08 April 2006

Cerita Sebelum Maulidur Rasul

Sahabat aku sedang menolong seorang pegawai kerajaan melatih anak buahnya untuk persembahan pentomin sempena sambutan Maulidur Rasul hari Selasa, 11 April 2006 ini.

Pegawai : Awak tolong buat sajak dengan syair sekali ye.

Sahabat : Aik, bukan saya patut menolong tengok-tengok saja?

Pegawai : Kami semua tak pandai buat syair dan sajak.

Maka sahabat aku pun bersengkang mata membuat sajak.

Esoknya….


Pegawai : Sajak awak ni tak dengar macam sajak pun. Mana syair?

Sahabat : Tak macam sajak? Puan nak sajak yang macam mana?

Pegawai : Yang macam syair, yang mendayu-dayu tu.....

Sahabat control gelak………

Pegawai : Lagi satu, boleh tak awak masukkan isu Hijrah dan tajuk dia pun ada pasal Hijrah.

Sahabat : Hijrah? Nak cakap pasal Hijrah?

Pegawai : Yelah….. kan bersempena sambutan nanti.

Sahabat : Bukan ke kita nak sambut Maulidur Rasul?

Pegawai : Ye ke? Maulidur Rasul dengan Maal Hijrah tak sama ke?

Sahabat aku dah bergolek ketawa di atas lantai………

9 comments:

ron97 said...

kalau aku,
bukan takat guling guling.
dah sesak nafas kena panggil ambulan dah..

eloklah di bawa ke rumah PERKIM

Pegawai Khalwat said...

Ron,
Entahlah... itu aku tak cerita lagi nasib sahabat aku yang dipenaya buat semua kerja. Sedangkan permintaan asal cuma untuk coach budak-budak tu saja.

Memang patut dia gelak, release tension.

Ku Keng said...

Hahahaaaaaaaaaaa. Aku pun bergolek sama. Ini kes naya.

sinaganaga said...

Ha ha.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,
Golek, jangan tak golek.

Bro. Naga,
Ha ha, jangan tak ha ha.

Sayuti said...

saya nak ketawa pon ada, nak nangis pon ada. kelakar, tapi sedih.

Pegawai Khalwat said...

Boleh buat semua sekali Sayut, ikut giliran.

artisticklytouch said...

aku bersimpati dengan sahabatmu ittew.... dengarnya dia masih lagi meraikan selesainya bala yang menimpa dirinya ittew.

setiap yang berlaku itu ada hikmahnya sebab dengarnya ada 4 permohonan untuk mengisi borang... hehehehhe

Pegawai Khalwat said...

Yaka? 4 permohonan?

Wah.... hikmah buat kerja kebajikan la ni.

Terima ja borang tu, kita select, interview, praktikal, pastuh baru pilih.

Kalau tak reject ja.