05 April 2006

Haus - Ulasan Yang Terpulas

Seorang sahabat aku yang berpacak pada aliran realisme menegaskan, lakonan adalah elemen terpenting di dalam lakonan. Lakonanlah yang akan menghidupkan sesebuah cerita, lakonan jugalah yang akan memusnahkan cerita itu.

Aku setuju, tapi tidak seratus peratus. Kerana pada aku, elemen yang terpenting dalam menterjemahkan sesebuah naskhah ialah bukan setakat lakonan, tapi juga pengarahan.

Sebuah cerita yang punya pemain yang mampu membawa lakonan dengan baik, akan menyelamatkan cerita. Tapi sebaliknya, jika lakonan tidak baik, adalah menjadi tugas pengarah yang bagus untuk menyelamatkan cerita itu melalui olahan konsep, teknikal, set, permainan pentas dan sebagainya.

Sebab pada aku, itulah yang kurang dalam pementasan Haus, yang diarahkan oleh Halim Toha. Aku pernah menyaksikan lakonan Halim sebelum ini, dan pada aku lakonannya memang baik. Tapi sebagai pengarah, banyak yang boleh diperbaiki.

Ketara jelas ialah kelemahan pada watak-watak Primadona, Kelasi dan Orang Kaya. Mungkin mereka ini kali pertama berlakon, tapi itu bukanlah alasan kerana audien yang hadir tidak peduli samada mereka itu masih rookie atau ace. Audien mahukan pulangan daripada pelaburan wang dan tenaga mereka.

Naskhah haus memang menarik, jika digarap dengan lebih halus. Kerana konflik dahagakan air memerlukan runtunan emosi dan tenaga yang bukan sedikit dari para pelakon. Biarkan audien juga haus dan resah dengan pertikaian yang timbul. Bukan resah melihat jam menunggu masa tamat.

Set kapal yang bertingkat memang menarik. Kelasi yang diletakkan di atas sekali jelas menggambarkan kuasa yang ada padanya. Manakala Orang Kaya dan Primadona dan saling bertukar tempat dari tengah ke bawah jelas menggambarkan kedudukan mereka yang bisa berubah kerana kesusahan yang dialami.

Korus tidak banyak membantu sebenarnya, kerana sekali sekala mereka mengalihkan perhatian audien, tapi pengarah bijak menghadkan pergerakan mereka dan meletakkan warna yang suram pada korus.

Pencahayaan yang terlalu terang tidak menimbulkan mood keresahan pada audien. Mungkin juga pengarah mahu menggambarkan teriknya mentari yang memancar, tapi warna merah konstan pada kelasi telah mematikan kemungkinan itu.

Tapi yang menariknya, biar dengan beberapa kelemahan, audien seperti terikat untuk terus mengikuti cerita ini. Entah, aku tidak tahu kenapa. Mungkinkah kerana skrip? Atau audien terpengaruh dengan cerita Lost yang ditayangkan di kaca televisyen? Atau inilah keistimewaan pengarah yang aku tidak dapat kesan.

Ingat! Pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni.

4 comments:

Anonymous said...

skrip, dan juga pengarah MEMANG mempunyai keistimewaan yang saudara tidak dapat kesan.

itulah pendapatku.

Anonymous said...

MEMANG ? Apa maksudnya tu ?

Pegawai Khalwat said...

Err....

En atau Miss anonynous.....

Lepas ni, kalau boleh setidak-tidaknya letakkanlah initial pada komen. Eg:

Yada yada yada yada.....
-pegawai khalwat-

Senang sikit pembaca nak bezakan siapa.

Tq!

Snowy Nur Rainfall said...

Saya ni, antara penonton HAUS 4 April...

saya rasa bagus pengarahannya...tapi saya tak pernah lihatlah lakonannya (tapi saya rasa dia lagi terror berlakon kot!)

Hmm...sayang anonymous 2 ekor kat atas tu tak diketahui identitinya...tapi saya SETUJU...

Mungkin director Halim MEMANG ada keistimewaan!