12 April 2006

Dewan Persidangan - Ulasan Yang Terpulas

Lawak! Memang lawak! Tapi malangnya, yang menjadi adalah lawak boria. Itulah nasibnya bila aku menonton Dewan Persidangan, persembahan terakhir dalam Projek Tahun Akhir Lakonan dan Pengarah Pusat Pengajian Seni USM.

Diarahkan oleh Amilrunizam Zainuddin dengan rangkaian lebih kurang 10 orang pelakon, termasuk Rosliza Manan selaku Tuan Yang Tertinggi iaitu pemegang watak utama; Dewan Persidangan memang menghiburkan. Terutama watak pemilik angsa yang berjaya membawa lawak boria ke atas pentas.

Pementasan ini sememangnya ada punch & impact. Audien tertunggu-tunggu setiap adegan, untuk mendengar apa pula hujah Tuan Yang Tertinggi dan apa pula hujah pesalah-pesalah yang datang ke dewan persidangan. Tapi kredit itu aku lebih suka berikan kepada naskhah skrip itu sendiri, kerana kekuatan skrip itu sendiri yang membuatkan para audien memberikan sepenuh tumpuan.

Masalah yang paling utama, masih lagi lakonan. Cuma sesetengah watak sahaja yang berjaya membawakan karakter mereka dengan baik. Watak seperti Pemilik Itik Angsa, Syeikh, Tukang Angkat Sumpah dan Tuan Yang Tertinggi itu sendiri pada aku berjaya membawa dan memainkan watak masing-masing (ada ruang untuk peningkatan lagi sebenarnya, tapi dalam kes pementasan ini, sudah memadai).

Watak-watak selebihnya tidak begitu meyakinkan dan tidak membantu memberi tenaga kepada penceritaan. Sayang sekali…… kerana kekuatan cerita ini hanyalah pada penghujahan. Sekiranya aksi dan reaksi yang lebih diberikan, maka cerita ini pada sesetengah adegan akan lebih hidup.

Permainan ruang dan pentas juga tidak dimanfaatkan sebaiknya. Kerana terlalu banyak pergerakan yang tidak diperlukan telah mengakibatkan reaksi dan interaksi yang tidak menjadi. Contohnya bila Tukang Angkat Sumpah yang setiap kali perlu mengacukan tombaknya pada pesalah bila pesalah mendekati Pembuat Roti, tapi pesalah tiada reaksi langsung kepada tombak itu.

Yang utama, pujian harus aku berikan kepada pengarah, kerana berjaya membuatkan audien faham bahawa Tuan Yang Tertinggi itu adalah Amerika Syarikat, Pembuat Roti adalah Israel Zionis. Watak-watak lain adalah mewakili Palestin, negara Timur Tengah yang lain serta negara-negara ketiga.

Pengarahan, secara umumnya tiada masalah. Tapi jika pengarah lebih kreatif lagi, pasti lebih menarik. Dan jika pengarah dapat mengawal para pelakonnya, pasti lebih-lebih menarik lagi.

Ingat! Pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni.

2 comments:

el-Maaniq said...

Ya. Skrip 'Dewan Persidangan' memang best. Aku pernah lakonkan watak Si Pembuat Roti.

Tuan yg tertinggi Amerika dan Si Pembuat Roti Zionis? Haha. Kami dulu tak terfikir sampai ke situ.

Pegawai Khalwat said...

El-maaniq,
hang berlakon bawah arahan sapa? Nazri ka?