Seminggu lamanya aku keluar dari kepompong kehidupan aku. Seronok juga outstation sekali sekala kerna bisa mengumpul ramai kawan baru. Sewaktu di
Kebetulan aku berpakaian kemas hari itu, kemeja lengan panjang, slack, kasut hitam.
Kami memilih di salah sebuah gerai yang agak ramai pengunjungnya. Mungkin kerana enak masakannya. Biasanya begitulah. Orang agak ramai, jadi suasana agak kelam kabut dan aku terpisah dari kawan aku.
Menu pilihan aku; kari ikan talang, telur dadar bersaiz suku, ulam pegaga dengan sambal belacan.
Menu pilihan kawan aku; kari ikan talang, telur mata kerbau (mata lembu kalau sesetengah tempat), ayam masak kicap, ulam salad, ulam raja, ulam timun, sambal belacan.
RM 5.00 dan RM 4.00!
Jauh bezanya tu! Sedangkan lauk kawan aku jauh lebih mewah.
Kalau aku belum bayar, pasti ada soalan sarkastik yang akan keluar dari lidah durjana aku ni.
Apa harga makanan sekarang pun ikut cara berpakaian? Ikut costume?
9 comments:
mungkin laa.. hang kena pakai macam pengemis untuk makan free. haha!
ada betui gak kata gitartong tp bila pakai cam pengemis nanti plak kena halau..shuh..shuh..cam ayam jaa.sian..tp klu ati tuan gerai baik kirak langkah kanan la..dapek makan free
yang sebenarnya.. dorang ni main belasah jer sebut berapa yg dorang suka.. dah nasib ko, kena time dia terpikir pasal no 5 agaknya...
kalau aku, aku sound jer depan2
Gitar,
Pengemis pakai lagu mana?
Lime,
Itu la.... tapi masih konpius, pengemis pakai lagu mana?
Lan,
main belasah? Nak kena belasah ni!
Ron,
Masalahnya aku dah ada kat belakang, nak sound depan lagu mana?
kalau tak redha dengan harga, tak sah jual beli tu.
Sayuti,
Akad dah buat dan dah selesai bang.
Agaknya berapa pulak harganya kalau berjubah, berserban.........??
....kat pumpong la tu.
Post a Comment