03 August 2006

Sayang Sri Tanjung & Blind Date - Ulasan Yang Terpulas



















Imejan Blind Date


Sayang Sri Tanjung dan Blind Date merupakan dua buah teater yang cukup berbeza.

Satu teater Melayu dalam dialek tempatan, dan satu lagi teater Inggeris dalam dialek tempatan juga.

Sebelum lidah aku mengeluarkan nota-nota keras yang mungkin menikam, aku mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kedua-duanya, kerana dihasilkan oleh Melayu dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Walau tidak ramai, tetapi jumlah itu lebih baik daripada tidak ada langsung.

Sayang Sri Tanjung, dipentaskan kali yang kedua. Kali pertama, aku turut sama berlakon memegang salah satu watak. Tapi kali ini, kekangan komitmen menyekat aku untuk turut serta. Aku cuma hadir menempek pada hari-hari persembahan.

Ceritanya di sebuah warung tentang usaha orang kampung yang ingin bertemu YB untuk meluahkan masalah mereka yang tinggal di tanah wakaf. Tanah wakaf itu dituntut oleh cucu orang yang mewakafkan tanah itu untuk pembangunan. Dan disokong pula oleh Penghulu. Yada yada yada.

Apa yang boleh aku katakan, seperti biasa pastinya ada anamoli-anamoli dalam apa-apa persembahan. Dan fokus yang paling ketara ialah kelemahan pelakon menghayati watak. Bila dialog sudah tidak dapat diingati, dialog orang lain pun tak ingat juga, maka ritma tempo persembahan itu pun tenggelam macam Titanic. Sesekali saja tempo itu diangkat kembali bila ada adegan marah-marah. Bila kembali berdialog, maka aku rasa menyesal kerana tidak berniaga bantal pada malam-malam persembahan itu.

Pengarahan Razali Ridzuan, juga banyak terbantut kerana memberi penekanan kepada lakonan, aspek yang beliau sangat mahir. Rasanya banyak yang boleh dilakukan untuk menutup kelemahan pelakon, tambahan lagi itu adalah skrip beliau sendiri. Gaya pengarahan beliau sebenarnya memerlukan pelakon yang ultra hebat untuk menguatkan skrip beliau yang selalunya banyak bermain dengan ayat. Tanpa pelakon yang bagus, maka jahanamlah naskhah yang diangkat.

Blind Date pula sebuah cerita stereotaip ala tv pendidikan 18SX. Arahan Shah Zainal, seorang mahasiswa. Aku bukanlah penentang idea yang klise atau stereotaip, tapi idea yang sebegitu jika disokong dengan gaya penceritaan yang jitu, maka ia akan tetap menarik. Begitulah aku rasa pada Blind Date. Ceritanya biasa.

Cerita seorang lelaki Melayu (atau Mamak) jatuh cinta dengan perempuan Cina buta (Cina Buta?). Lelaki itu ada AIDS, tak mahu kahwin dengan perempuan tu walau cinta akan dia. Perempuan itu mahu kahwin jugak-jugak. Maka berceritalah lelaki itu dengan adik perempuannya tentang seks yang selamat, kondom, water based lubricant, dan sebagainya. Yada yada yada.

Konsep kontemporarinya menarik, setnya menarik, cuma ada di antara pelakonnya yang tidak menarik; kerana tidak menghayati watak dan cuma melontarkan dialog. Jika tidak, teater ini pasti tidak menghampakan. Cuma kadangkala aku rasa pemilihan kostum itu agak keterlaluan kerana tidak semua jalan cerita itu menuntut kostum yang sebegitu. Tapi tak apalah, kerana yang hadir menonton pun berpakaian lebih kurang juga.

Apa-apa pun. Tahniah buat mereka. Anamoli ini biasa, terkandung dalam mana-mana persembahan. Yang penting kalian buat. Dan jangan serik.

12 comments:

Anonymous said...

bagus jugak kalau bagi peluang pengarah-pengarah muda ni mengarah lakonan.. Walaupun tak sehebat mana sekurang2nya diorang cuba.. kan? kan?

Pegawai Khalwat said...

Orochi
Blind Date tu memang pengarah muda. Sayang Sri Tanjung tu pengarah tua.

Anonymous said...

"Apa-apa pun. Tahniah buat mereka. Anamoli ini biasa, terkandung dalam mana-mana persembahan"

'anamoli' tu apa?

merujuk pada pakaian yang dipakai oleh penonton yang sama seperti kostum pelakon atau istilah dalam persembahan teater?

Pegawai Khalwat said...

Gitar
Anamoli ni istilah saintifik. Abnormal, deviant, unusual. Dalam astronomi pun ada jugak.

Tapi aku tafsirkan anamoli (sepatutnya anomali) sebagai kelainan. Dalam pementasan tu perkara yang tak kena tu aku tak kata silap (silap pada aku tapi mungkin betul pada orang lain) jadi aku gunakan anomali.

Pakaian tu pulak bukan istilah. Aku merujuk kepada trend pakaian penonton yang sama dengan trend dalam show tu; sleveless, body hugging, spaghetti stripe.

Rontol
Kata sana teater macam mana?

Anonymous said...

yang kaku tu,
elok diserapkan sahaja dalam drama radio. hahaha

Anonymous said...

dah lama x pi tgk teater. rindu rasanye...

blackpurple @ jowopinter said...

Tuan pegawai, Komitmen dan minat kau pada persembahan seni teater aku kagum.... Tak ada ke cita2 nak masuk ke layar perak pulak..?

Romantis Selatan said...

ooo begitu rupanya.

Pegawai Khalwat said...

Ron
Kalau intonasi pun kaku, drama radio pun jahanam.

Halogamora
Eloklah ubatkan rindu tu segera.

BP
Layar perak ni dengan teater banyak perbezaannya, dari segi cabaran, dugaan, komuniti, komitmen dan sebagainya.

Romantis
Itulah itu.

Anonymous said...

Payah sebenarnya nak mendramakan teater dan juga menteaterkan drama kan?

Pegawai Khalwat said...

d'arkampo
Ya... antara mahu dan putus asa.

Anonymous said...

Korang pernah dgr pasal Teater Diaspora Bangsat x? Blh x bagitau sket pasal citer ni. Klu ada gmbr lagi bagus. Please...