24 August 2006

Tewas Pada Dua Gadis

Aku nak bercerita pada kalian, satu pengalaman yang tidak mungkin dapat aku lupakan. Nak bercerita tu segan ada, malu pun ada. Kerana inilah pengalaman pertama aku bermain dengan awek....

Dan aku tewas.

Banyak kali pulak tu.

Sewaktu aku menyewa di Alor Star, rumah aku diapit oleh dua buah rumah. Rumah pertama didiami oleh tuan punya rumah yang aku sewa pada ketika itu, dah rumah yang kedua itu pula oleh adiknya.

Rumah kedua ini ada dua orang anak dara, pada aku biasa-biasa saja raut wajah mereka, tapi cutting body tu memang boleh jadi model lingerie. Seorang bernama Jamilah, seorang lagi Haryati. Seorang kerja kilang, seorang sekolah menengah lagi. Setiap hari pasti salah seorang atau jika tidak kedua-dua anak dara ini akan menyidai kain pada sebelah pagi.

Aku pula pada ketika itu baru lepas mandi. Tandas dan bilik air yang terasing dari rumah menyebabkan mereka dan aku selalu terserempak bertentang mata, berpandangan tubuh aku yang sasa atau dada mereka yang montok itu.

Satu hari itu, hari yang tidak mungkin dapat aku lupa; ketika aku pun sedang menyidai kain, Jamilah menyapa aku.

"Abang tak kerja hari ni?"

"Tak. Nak pergi buat insurans road tax sat lagi"

"Lepas tu abang ada pi mana-mana ka?" tanya Jamilah lagi.

"Tak kot, awatnya?" aku dah mula berdebar.

"Milah nak mai rumah abang tengah hari satgi, rumah abang ada tv kan? Ada barang best Milah nak tunjuk"

Berderau darah aku. Dalam sedar tak sedar aku mengangguk. Dan semua kerja-kerja selepas itu aku rasa menjadi amat perlahan. Pakai baju perlahan, sikat rambut perlahan, buat insurans perlahan, buat road tax perlahan, motosikal pun perlahan; semua bahana tidak sabar menunggu tengah hari.

Dah sampai rumah, jantung aku berdegup kencang. Asyik kerling rumah sebelah. Dan tiba-tiba pintu rumah aku diketuk. Jamilah datang, membimbit sebungkus beg kertas, nampak macam banyak CD.

"Abang main dengan Milah ye!" katanya lurus.

"Abang tak pernah main Milah...." kata aku naif.

Dengan manja dia menjawab, "Tak apa, Milah ajarkan abang"

Dan bermulalah kelas pertama aku, Milah ajar aku bagaimana memegang, bagaimana memicit, skill tunggang terbalik, dan dalam pada itulah beberapa kali aku tewas di tangan Milah. Aku letih, geram.

Tiba-tiba Yati masuk, "Hah! Kantoi main tak ajak orang!"

Aku sangat terperanjat, tapi melihat senyuman Yati, aku jadi teruja pula.

"Baik akak bagi Yati main dengan abang seround, kalau tidak Yati habaq dekat mak"

Maka terpaksalah aku melayan pula kehendak Yati, maka tewaslah lagi aku kepada Yati. Tapi perkara yang aku tidak sangka akhirnya berlaku. Emak mereka sendiri datang ke rumah aku. Pintu pula memang tidak berkunci.

"Yati, kan mak suruh hang panggil kakak hang dengan abang ni balik makan nasi. Yang dok gila main Playstation tu tak habis-habis lagi? Hang jangan dok layan depa ni, tv kat rumah tu dah jahanam main benda ni la, ni nak bagi jahanam tv hang pulak. Sat mai umah makan nasi sekali," panjang leter emaknya.

8 comments:

Bunga Rampai said...

Hebatnya perempuan ;)

Saya sering saja ke sini bila ada masa luang. Sebelum dan selepas menghayati nukilan saya akan merenung 3 kuntum orkid itu. Amat menyenangkan. Tapi kali ini entah, bukanlah menyibuk, sejujurnya terdetik pula ingin tahu, En. Peg yang tangkap gambar bunga itu?

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha... Ingat main apa..
..tapi kesian kau...main dengan perempuan pun boleh tewas.....

artisticklytouch said...

alah.. aku ingat dara mana la..

Pegawai Khalwat said...

Bunga Rampai
Perempuan memang hebat.

Orkid itu aku kutip dari internet. Nanti aku letak bunga yang aku kutip sendiri.

BP
Aku tak reti bro, mestilah tewas.

Art
Cehh... hang ingat aku Azmir Aziz ka?

Bunga Rampai said...

Betul? Jangan lupa, saya tunggu.

Salam.

Anonymous said...

pompuan memang best!!

Pegawai Khalwat said...

Bunga Rampai
Tunggggguuuuu......

Liliputih
Hang pun best!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Sebest2 lelaki pun, best lagi perempuan.

hekhekhek