Adalah menjadi salah satu sifat aku suka kepada yang anti. Bukanlah pula bermakna aku ini anti kerajaan atau sukakan kehidupan yang sonsang, tapi aku sukakan kesegaran. Cerita-cerita yang berbentuk anti kebiasaannya lebih segar kerana di Malaysia ni tidak ramai yang membikin cerita yang berbentuk sebegini.
Tapi tidak semestinya cerita yang berbentuk bukan anti seperti teater realisme, purbawara atau bangsawan itu aku tidak suka. Asalkan cerita itu menarik, aku tiada masalah menyukainya. Dan aku juga tiada masalah menghargai mana-mana persembahan atau naskhah sama ada baik atau tidak. Cuma bila aku menonton naskhah yang anti, terutama yang memprovok minda, ada semacam satu karan yang mengejut aku untuk terus berkarya.
Apa itu karya anti? Kalau mengikut pandangan aku yang naif dan daif seni ni, karya anti turut meliputi karya seperti anti realisme iaitu surrealisme dan absurdisme. Tapi sebenarnya aku lebih menyukai karya yang anti dari segi isinya, bukan sekadar penyampaiannya.
Kalau teater, aku tidak pasti jika ada karya yang pernah aku tonton atau baca adalah karya yang berbentuk anti dari segi isinya. Mungkin Wangi Jadi Saksi boleh juga dikategorikan sebagai anti, kerana melihat sejarah Melayu dari kaca mata Dang Wangi. Dan juga seperti karya terbaru aku, Jebat : The Untold, aku kira sebagai sebuah karya anti kerana aku melihat Jebat dari satu sudut yang lain.
Kalau filem Melayu, filem-filem Mat Sentul seperti Mat Bond, Mat Magic dan segala macam Mat lagi, aku kira adalah filem-filem yang berbentuk anti samada dari segi persembahan mahupun isinya. Kalau filem Barat, maka tontonlah Unforgiven arahan Clint Eastwood.
Anti dari kaca mata aku yang naif dan daif seni ialah satu pandangan atau persepsi yang baru atau segar tentang sesuatu perkara yang sama. Perlu aku tekankan di sini, inilah anti yang aku cari. Jangan pula kalian balik semak kamus dan mencari definisi anti yang sebenar kemudian datang dan menghentam aku.
Unforgiven misalnya, sebuah garapan yang pada aku sangat bagus. Kalau kita melihat filem koboi, selalu digambarkan hero itu segak, dan handal bermain pistol serta handal memacu kuda. Di dalam Unforgiven, persepsi baru dibuka. Watak utamanya dikatakan sebagai pembunuh yang paling kejam, telah pencen dan menjadi penternak babi. Dan dia membunuh ramai koboi lain bukan kerana dia cekap, tapi kerana dia mabuk dan kerap bernasib baik.
Itulah yang tidak banyak ada di dalam penceritaan di tanah air kita ini. Jika kalian ada contoh cerita sama ada teater Melayu, filem-filem tempatan dan luar negara yang berbentuk sebegitu, kabarkanlah pada aku. Aku kepingin membaca atau menontonnya.

7 comments:
Melawan arus memerlukan keberanian dan keyakinan. Keberanian dan keyakinan membawa perubahan.
Menarik tulisan ini dan saya teruja untuk menonton Jebat: The Untold.
Saya tunggu pementasannya.
Bunga Rampai
Pementasannya pada malam 9 September 2006 di Auditorium Taman Budaya Kedah, sempena Festival Monodrama Wilayah Utara.
Malam ini? Alahai, tak kesampaian lagi hasrat.
Moga pementasan berjalan lancar, dan sukses. Salam.
iklan POWER ROOT anti kebiasaan.
"..Saya menang moto!!"
Bunga Rampai
Udah sukses....
Ayaq Kuat
Anti yang secara tak sengaja. Boleh diterima jua.
Aku ingatkan 'anti' yang bagaimana... Kalau 'anti' yang seperti itu aku pun suka....
Ya. Sesekali pemikiran kita harus diajar untuk menerima idea yang diluar normal...meskipun di luar kebiasaan yang logik...
BP
Ramai yang selalu anggap anti itu songsang. Anti bukan songsang.
Post a Comment