23 January 2007

Astro & Bola

Kawan-kawan aku selalu membebel kerana hak penyiaran Liga Perdana Inggeris diberikan kepada Astro. Bukan itu saja, Serie A, Bundesliga, dan La Liga juga dimonopoli oleh Astro.

Jadi bila aku beritahu suatu ketika dulu, yang aku pasang Astro, maka malam itu ramailah kawan-kawan datang buat lawatan mengejut.


Kawan-kawan : Kami mai ni nak tengok Astro.

Aku : Laa...... awat tak habaq nak mai. Peti ais aku kosong ni. Dahla mai lenggang saja.

Kawan-kawan : Takpa, kami mai nak tengok Astro saja.

Aku : Ikut suka hangpalah.

Kawan-kawan : Mana remote?

Aku menjuihkan bibir ke arah remote yang terletak di sebelah televisyen.

Kawan-kawan : Bola channel berapa?

Aku : Bola?

Kawan-kawan : Oh..... lupa, hang baru masuk Astro, tak hafal nombor channel lagi. Bak sini buku panduan.

Aku : Tak payah nak buku panduan.

Kawan-kawan : Hang ingat ka nombor berapa?

Aku : Tak payah ingat. Pasai aku mana bubuh channel sukan.

Kawan-kawan : Laaa........ awat tak habaq awai-awai?

Malu bertanya sesat jalan.

7 comments:

Anonymous said...

Le awat tak letak Sports channel?
Lagu ni macam mana nak nonton Liverpool mengalahkan Barcelona dalam Champions League kelak.

Rugi rugi.

Viva la Liverpool!!!

Anonymous said...

Saya sudah lama tidak menonton ASTRO. Sampai lupa yang mana satu saluran sukan.

Anonymous said...

Tuan rumah sah kaki bangku :)))

p/s sesat jalan patahlah balik, cari jalan datang, kalau jumpalah ;)

Salam.

Anonymous said...

hubby ske sport channel ni.. kalau x silap channel 80/84. awat hang x subscribe channel tu tau minat bola..

Anonymous said...

hehe..tahniah! tahniah! ko sudah berjaya memperdayakan ore2 yg suka berziarah rumah kengkawan semata2 nak tengok TV / Astro. Mujur kat umah aku tak pasang Astro. Kalo x makin meriah la nanti uhukssss...

Pegawai Khalwat said...

Jannah
Aku sokong All Black!

Inilah Saya
Lama tu. Hang pi mana?

BR
Memang kaki bangku pun. Sebab aku main ragbi. Macam mamat iklan MAA.

Pss... masih ingat entri sesat itu ya? :)

Halogamora
A'ah.... betul dah tu.

Nuraddeen
Haha... tu pun aku tak pasang cenel movie. Walau aku kaki movie jugak.

artisticklytouch said...

Aku ingat juihan mulut hang bila aku minta remote nak tengok konsert AF...

Mesti kawan2 hang mai lepaih aku balik...sebab peti ais kosong..ha ha sedapnya hotdog cheese...