14 August 2007

Satu Perkataan

Ada orang kata,
Kita harus pandai.
Maka aku kata,
Kita jangan pandai-pandai.

Ada orang kata,
Kita jangan jadi bodoh.
Maka aku kata,
Kita boleh buat bodoh-bodoh.

Ada orang kata,
Jangan buat benda yang bukan.
Maka aku kata,
Lebih jangan lagi buat benda yang bukan-bukan.

Satu perkataan boleh mengubah hidup
dan dunia.

Perkataan 'sah' mengubah hidup si bujang.
Perkataan 'serang' mengubah nyawa si hidup.
Perkataan 'berhenti' mengubah segala kemungkinan yang akan berlaku.

11 comments:

butaseni said...

perkataan 'sudeh' juga boleh memberhentikan sesuatu atau mengundang gelak tawa hehehehe.

jinggo said...

lebih baik memandai..........
dari diperbodohkan.........

lebih baik buat yang bukan.....
dari berkata yang bukan-bukan......

adakah 'sah' hanya akan mengubah hidup si bujang........
benarkah 'serang' itu yang boleh mengubah nyawa si hidup.........
perlukah 'berhenti' mengubah segala kemungkinan yang berlaku....

nUr@dDeEn said...

Heh! Macam dalam maknanya neh! Nak kena gali balik ker? :)

blackpurple said...

Biar pandai jangan memandai-mandai... heh!

crunchyahcock said...

hang kena tag woi

artisticklytouch said...

cubaan berpuisi ka? ha ha

hang ni pasai pa??

nanti sat, 26hb nih aku mai..aku mahu HIBURAN!!!!!

tapi ingat, taste kita berbeza ha ha

bunga rampai said...

Salam,

Dengan satu perkataan 'baca', entri ini telah mengubah sesuatu. Terima kasih entri ini.

p/s: saya dah google anjing pavlov tu :)

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Pun boleh....

Jinggo
Wo.

Nuraddeen
Kena!

BP
Betul.

Ahcock
Ok.

Art
Dengar macam puisi ka?
Psss... 26 aku tak ada, aku ke N9.

BR
Hang memang memahami maksud aku.

Ku Keng said...

Hari ini berfansuri ke?

Nezjoe said...

dalam sungguh!

Pegawai Khalwat said...

Keng
Tidak sampai ke tahap beliau.

Nezjoe
Sungguh!