28 August 2007

Bandar Di Raja

Bercakap tentang pekan, aku teringat Pekan, Pahang.

Pekan, Pahang adalah bandar di raja. Begitu juga Arau, Perlis serta Kuala Kangsar, Perak.
Di sini letaknya Istana Di Raja.

Aku sangat pasti tiada bandar di raja di Tanjung. Tapi aku tak pasti di negeri-negeri lain.
Aku pasti Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor ada bandar di raja tapi aku tidak tahu di mana.

Kalian tahu?

12 comments:

butaseni said...

kat tanjung ada apa,sapa kata takdak.bandar diraja kat sini namanya Taman Nusantara,rumah WanRaja!hihihi

jinggo said...

wan raja.......?????
permaisuri dia tak dak ka.......????

nUr@dDeEn said...

Hehehe .. nak kena siasat neh!

crunchyahcock said...

kat tanjung.. bandar raja uda?
jalan raja dan yaa ..wan raja???

bunga rampai said...

Salam,

Saya menggaru-garu kepala. Baik, nanti saya selidik. Terima kasih entri ini. Kalau tidak, saya buat tak tau jer!

Mak Su said...

tak tahu... aku tahu keretapi bukit bendera je.. nanti ada duit byk dlm poket aku nak satu family naik keretapi tu... hihihi, sori, tak jwb soklan

aku said...

kalau dekat selangor..
klang adalah bandar diraja..
hehe..

salam..
MERDEKA..

Anonymous said...

perlis-arau
kedah-anak bukit
perak-k.kangsar
selangor-klang
n.9-seri menanti
johor-?
pahang-pekan
terengganu-?
kelantan-?

Izariza said...

Tak tahu .. adik tak tahu ..
Penyu menangis siapalah tahu ...? :)

sinaganaga said...

Polis di-Raja aku tahulah. ha ha.

blackpurple @ jowopinter said...

Yang pasti Parit Raja itu bukan bandar di raja Johor......!

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
A'ah... sedara Rajagopal.

Jinggo
Permaisuri wan raja? Ada... tapi sat-sat saja.

Nuraddeen
Siasat jangan tak siasat.

Ahcock
Bandar raja uda? Burung raja udang aku tau.

BR
Ya... silakan... kami sedang menunggu jawapan.

Maksu
Bukit Bendera pegi hiking la best.

Aku
Ya... betul. Aku (maksud aku, aku bukan kau yang bergelar Aku) baru perasan.

Anony
Kedah- Anak Bukit, betul ke? Sebab ada istana di sana? Lain?

Izariza
Penyu menangis penyu biru tau.

Naga
Haha... tak best, aku tau Kastam Di Raja.

BP
Ha ha... abis tu kat mana?