21 September 2007

Nostalgia Puasa 1

Puasa ni, pada aku, yang paling mencabar adalah apabila kali pertama aku mula kerja kilang lepas habis SPM. Mula-mula kerja tu memang tak ada masalah, sebab aku kerja di bahagian production. Duduk pun dalam aircond. Tapi tak lama lepas tu, bila kilang nak mula expand, bangunan baru pun dah siap. Maka kami yang jantan-jantan nilah yang jadi mangsa. Kena angkat mesin, angkat kotak, segala macam angkat lagi.

Kalian bayangkanlah tengah-tengah panas lit-lit. Angkat kotak. Rasa macam kerja buruh kasar. Dengan dahaga, dengan kebanyakan member aku yang kerja sekali pun tak puasa, minum teh o ais sruppp sruppp dengan selambanya. Masa itu memang betul-betul mencabar keimanan aku.

Yang paling aku tak tahan siap beli bekal nasi, makan belakang stor. Lepas makan bau sambal petai. Memang tak tahan. Mujurlah iman aku masih kuat dan kukuh. Tapi berbuka pada waktu itulah yang paling aku rasa nikmat. Kerana letih badan bekerja, kerana mampu menahan nafsu sama. Setiap suap aku rasa berbaloi.

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Memang banyak dugaannya kalau berpuasa tengah bekerja berat nih. Tapi bak kata ustaz aku dulu, nabi dulu masa berpuasa lagikan pergi berperang....

Butaseni@Wan Raja said...

dugaan bagi aku pulak pada bulan posa ni sekarang.sepanjang 4 tahun ni.sebab aku kerja di fashion department.kalau boleh aku kena tutup mata aku sepanjang masa.posa dapat penat ja kerja kat situ. :D

ps:sekilas ikan di air aku tau apa yg hang nak kata kat aku hahahahahaha

Bunga Rampai said...

Setiap suap mengandungi berkat dan rahmatNya. Hadiah kemenangan perang nafsu.

Salam.

artisticklytouch said...

Bukan ka hang setiap masa menghargai setiap suapan?

ah_zan said...

bukan masa time free skool hang suruh si dexter tapau kat mamak sekolah kaaa???tapau nasik + telur + daging + ikan bilis + kuah manis?
bukan ka?heheh

jinggo said...

BAGUS AXAN........
pecah lubang....
aku baru nak puji kawan aku...
tetiba kantoi besaq....
hahahahahahhaaa.............

Pegawai Khalwat said...

BP
Itulah. Itu pun ramai yang merungut dan ambil kesempatan.

Butaseni
Ya... hang dah insaf, aku tau.

BR
Amin!

Art
Ya... rezeki Allah.

Axan
Jangan dok buat bidaah. Aku tak buat keja karut tu. Aku bukan geng hoki macam hang, kawan dengan Dexter.

Jinggo
Hang percaya fitnah maka hang pun bersubahat jugak.

jinggo said...

aku bukan pecaya...
tapi hang dah kata tak betoi ok la...
aku pecaya kat hang.......
alhamdulillah.....

Anonymous said...

Dulu keja kilang , sekarang Pegawai Khalwat. Selamat Berpuasa.