27 September 2007

Penggali Kubur

Hari itu aku sempat pulang ke kampung sekejap. Sempat berterawih dan bertemu kawan-kawan lama di kampung. Maka macam-macam cerita keluar. Antaranya.

Kawan Lama : Eh, hang ada dengaq cerita pasai Pak Leh Tukang Korek Kubuq?

Aku : Aku nak dengaq cerita kampung ni? Balik pun jarang-jarang. Awat pasai pa?

Kawan Lama : Ni lah aku nak cerita. Minggu lepas ada mayat. Jadi Pak Leh macam biasa la. Aku masa tu baru mai ambik moto aku tayar pancit, aku tinggai kat mesjid. Aku nampak dia tengah korek liang.

Aku : Pastu?

Kawan Lama : Aku saja la pi sembang dengan dia. Aku tanya tak letih ka Pak Leh bulan-bulan posa korek liang ni? Dalam pulak tu. Tanah pulak bukan tanah pasiaq, tanah gambut, tanah selut. Habih satu badan.

Aku : Dia kata apa?

Kawan Lama : Dia kata fardu kifayah Man, mana ada orang lain yang sanggup korek liang dah la ni. Dulu ada la dua tiga orang. La dah susah nak dapat. Buat aku sakit demam, sapa la nak ganti.

Aku : Betoi jugak kata dia tu. Buat sekali dia sakit demam terkejut time ada mayat, sapa yang nak korek liang? Benda tu dia buat sat saja aku tengok. Kalau orang tak biasa ntah berjam-jam.

Kawan Lama : Lepas tu aku tanya lagi. Awat Pak Leh korek liang tak pakai kasut? Takut payah pijak ka? Tanah pasiaq senang sikit kot? Hang tau dia jawap apa?

Aku : Apa? Ada petua kot?

Kawan Lama : Dia kata….. mana boleh korek liang pakai kasut. Bila nak terkorek?

Aku : Haa?

Kawan Lama : Aku pun heran mula-mula. Pastu dia kata, orang korek liang pakai cangkui. Pakai kasut pakai tak siap la. Hadoi…. Dan lagi mengena aku tu.

Dan aku pun ketawa berdekah-dekah, tak tahan dek lawak Pak Leh. Siapa kata penggali kubur tak ada sense of humor.

12 comments:

butaseni said...

orang kampung hang loklaq kan?
hehehe

Nezjoe said...

aku tak pernah gali kubur
tapi kambus balik kubur, pernah
dah 3 kali - arwah atuk, nenek dan sepupu aku
tu pun letih nak mati
pergh!

artisticklytouch said...

orang sungai duri...lagu tu lah... he he

Puteri Ezza said...

Hikhik. Memula tu ingat awak nak cerita pasal pengalaman ngeri si penggali kubur. Rerupanya cerita lucu pulak da. Hikhik. Kelakaq... kelakaq... :-)

Anonymous said...

ang balik kg mana..

jinggo said...

lepas ni buat cerita penggali kuboq pulak la.....

rena said...

alahai pak leh..

Wira Nordin said...

sebelum korek dia ada ritual dia jugak sebenarnya

Ku Keng said...

ha ha. Bujak Pak Leh ni. Selamat beribadah dalam hari-hari baki.

mama ranggie said...

lawak ler plak...

kamaruladli said...

pak leh mmg kool!

Pegawai Khalwat said...

Butaseni
Sense of humor tak semestinya loklak.

Nezjoe
Aku pun pernah kambus balik kubur. Betoi kata hang, penah ya ampun.

Art
Awat hang ingat orang Permatang Pasiaq korek kuboq pakai kasut ka?

Puteri Ezza
Ngeri pun ada, tapi itu lain cerita.

Anony
Balik kampung aku.

Jinggo
Sapa nak jadi penggali kuboq?

Rena
Alahai Rena

Wira Nordin
Ya ka? Tak tau pulak aku.

Keng
Ha ha... terima kasih tuan.

Mama Ranggie
Ha ha...

Kamarul
Kool tapi berpeluh bila nak korek kubur.