30 September 2007

Jamuan Berbuka Puasa Bakawalee Produksi Waktu Sesudah Itu

Semalam, produksi Waktu Sesudah Itu dari Bakawalee sama-sama berbuka puasa di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung. Saja nak berkongsi dengan kalian.

Muka-muka tak sabar menunggu masa nak membaham.


Menu ikan bawal tiga rasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, telur dadar, kerabu mangga/mempelam/pauh, kari kepala ikan.


Sessi membaham bermula. Angle yang diambil adalah bahagian orang yang kurang rakus bila makan. Mereka makan dengan mesra, dengan hati dan dan perasaan.


Sessi membaham selesai. Kini tinggal sessi menghabiskan sisa-sisa makanan yang ada. Mujur pinggan dan jag tu tak boleh di makan.


Sengetkan kepala. Bukti kerakusan ahli produksi. Tiada belas kasihan. Tiada kesan yang ditinggalkan. Oh ya, salad itu memang tidak dibaham kerana fungsi asalnya sebagai hiasan.

Terima kasih kepada semua ahli produksi Waktu Sesudah Itu. Inilah saja gaji kalian.

31 comments:

Puteri Ezza said...

Uiiii, berselera sungguh korang makan ye. Hikhik. Ehhh, yang berbaju kelabu itu kelihatannya seperti Buta Seni. Benarkah? Hikhik.

Nanti nak pegi Restoran Pen Mutiara la.. :-)

wanie_agk said...

org2 lapar mmg mcm tu.

Butaseni@Wan Raja said...

woi,aku baru nak bubuh sebelum hg masuk office.lagi pantas hg ye. :(

Pegawai Khalwat said...

Puteri Ezza
Berselera di samping kena paksa.

Wanie
Ya betul!

Butaseni
Aku efisien.

Puteri Ezza said...

Kena paksa makan ke? Ok ape. Hikhik.

jinggo said...

aku dengar ada siakap 3 rasa betoi ka....
kawan aku la kata.......

Butaseni@Wan Raja said...

woi jinggo,salah cakap sikit pun tak boleh ka? :(
tahukah anda pinggan pada gambar yg last tu adalah pinggan pegawai khalwat hahahahahahaha...sungguh!

artisticklytouch said...

wah bestnya...ada muka baru...selesai!!!!

Anonymous said...

marilah kita bersederhana dibulan ramadhan ini, semua orang letak entry berbuka..hehe..Waktu bulan puasa ni, yang paling nikmat adalah makanan! hehe

jinggo said...

memang betoi pinggan yang last sekali tu pinggan pegawai khalwat...

Qaseh Bidadari said...

sedapnyer..boleh tumpang sekaki...

Pegawai Khalwat said...

Puteri Ezza
Kena.

Jinggo
Siakap ka? Bukan bawal? Aku memang buta ikan.

Butaseni
Hang tanya sapa ni.

Art
Yang baru ni tak huhahuha macam dulu.

Amirahsyuhada
Ada lagi. Beribadat dan tido.

Jinggo
Itu artwork.

Mama Ranggie
Dua kaki pun boleh.

m i n e r a l . . . said...

terasa lapar la plakkk... slurpsss.
br pkl 11.25pm

Nur Hafiza Hasan said...

best nya bukak puasa ramai² lagu tu..
kalau takdak aral, sabtu ni miss tree bbuka ngan kawan² lama..
tp x ramai pun.. 4 orang je kot..
tp kat kb xdak karaoke la..
;p

siakap ngan bawal...???
jauh sangat tu bezanya..
hehehehehe..

~inilah saya~ said...

oooit..kecur ayeq liuq tengok makanan waktu-waktu tengahari ni...

hehe Selamat Berpuasa

DeeN said...

Oit, kerabu mempelam tuh sapa yg abiskan...? hak hak hak .. aku bukan buleh nampak kerabu tuh. Mulalah air liur meleleh nih huhuhu

Izariza said...

Terliur tengok juadah berbuka tu. Kami kat ofis ni pulak baru hari ni nak buat majlis berbuka puasa (sekali dengan khatam Quran, siap nasi kuning dengan bunga rampai dan bunga telur :D

blackpurple @ jowopinter said...

Nyam..nyam..nyam...

Siapa mamat yang asyik telek jag tu?

Anonymous said...

siut! silap saya, buka entri ini di siang hari.

Pegawai Khalwat said...

Mineral
11.25 pm? Eh... boleh makan la tu. Tunggu apa lagi?

Mistree
Buka di mana? White House? Zaiman Nasi Kukus?

Psss.. aku memang buta ikan. Tambahan lepas ikan tu dimasak.

Inilah Saya
Cobaan. Patut hang tengok time malam.

Nuraddeen
Semua pelahap, tak ada bukti siapa yang habiskan.

Izariza
Khatam Quran? Bagus tu! Bunga rampai pun join sekali?

BP
Nak habaq takut dia marah. Tapi hintnya dia tu pun komen kat sini dan geng teater jugak. Selalu jadi hero sebab macho.

jinggo said...

yang selalu komen kat sini yang geng teater tu yang selalu jadu hero tu sebap macho tu badan dia sasa ka tak......????

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

hoh..geng buta seni ngan jinggo ke...

jongos said...

ya,pinggan tu dia yang punya!ahmad uih uih yg punya.

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Ya... badan dia sasa. Siap ada kepak. Tak lama lagi sorang lagi member dia yang sasa akan join jugak.

Hana-ni-mo-nai
Ha ha... geng. Meh la join geng kami. Kami tak cukup heroin ni.

Jongos
Pinggan saja aku punya.

Anonymous said...

Che PegawaiKhalwat
Ohhhhh..bukan Jaimah Nasi Kukus ekk?
Femes gak tuh.. cuma yg x sedapnya.. dgr khabar tokeynya dikejar Along..
Heheheheheh..tu org kata laa..

WhiteHouse tu mmg femes.
Tp miss tree x penah gi la..
Agak pelik bagi perempuan nk lepak² kt situ..
Kena pandang slack ada lah.. dah lah dekat ngan Masjid..
Heheheheheheh..

jinggo said...

member dia tu yang mana satu haaa....????
betoi kaa....
fffuuuiiioooooo.....
aaadddddaaaa kepaaaakkkkk.......!!!!

sinaganaga said...

bila produksi tu nak mai KL? takut ka weh???

HAnA-Ni-Mo-Nai said...

tak cukup heroin?
punya la banyak munga kt pic tuh..btw..awek yg sebelah mamat korek jag tu sunnguh comey!
kim salammmmm

Bunga Rampai said...

Laparlah pulak ...

Sakit tengkok eh sengetkan kepala pasal nak tengok jugak gambar yang bawah sekali tu. Kesian salad tu ditinggalkan ... cakap kat heroin salad tu bagus untuk kulit :)

p/s suka imejan teratai tu, cantik. Ambik gambar sendiri? Hari tu imejan pelangi pun cantik, cantik sangat ... juga tangkap sendiri?

Salam.

Ceera said...

saya lapar!!!

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Bouncer!

Naga
Weh! Tak baca iklan ka weh! 24/11 ni la weh! Taman Budaya KL la weh!

Hana-ni-mo-nai
Ada, tapi nak tambah lagi. Lagi meriah, banyak karakter.

Psss.... awek comel tu dah ada orang cop. Nak kim salam ok je. Sama comey macam awak gak.

BR
Saja nak menyeksa kawan-kawan. Salad tu dia tak makan sebab fungsi sebagai hiasan saja.

Pssss... yup, teratai tu ambil sendiri, pelangi pun ambil sendiri. Atas permintaan awak dulu yang nak tengok pic yang saya ambil sendiri. Saya sahut cabaran tu.

Ceera
Aku pun!