04 September 2007

Batal Tak Air Wuduk?

Satu hari, aku dan beberapa rakan sedang bersembang-sembang. Seorang sahabat yang terkenal dengan warak dan tawaduknya pun bercerita. Bab Hadis Soheh dan Palsu, bab nikah kahwin, bab Jamak Qasar, dan akhirnya bab Wuduk.

Dia pun bertanya.

Sahabat Warak : Aku nak tanya hangpa. Dekat sebuah surau, sorang imam tengah ambik ayaq semayang. Lengkap rukunnya.

Dia berhenti, menghirup kopi yang dah makin menipis asapnya.

Sahabat Warak : Tapi tiba-tiba Imam tu nampak sekoq anjing masuk kawasan surau tu, pi dekat, jilat kaki dia. Batai tak ayaq semayang Tok Imam tu?

Sahabat Sorang Lagi : Eh... batai la! Siap kena samak lagi.

Sahabat Warak : Aku kata tak batai.

Sahabat Sorang Lagi : Aik... awat pulak?

Sahabat Warak : Sebab anjing tu jilat kaki dia, bukan kaki Tok Imam tu.

Maka kalian pun patutnya tahulah apa yang kami telah lakukan.

2 comments:

wanie_agk said...

ceh!!

butaseni said...

hahahahaha macam mana aku takdak kat situ hah?haha aku dah boleh agak sapa yg punya angkara ni.si gembala ka?