17 October 2007

Ayam Putih

Balik raya baru ni, aku pulang ke kampung halaman sendiri, kemudian ke rumah mentua. Setelah aku dan kereta aku dilenjan hingga lembik untuk berhari raya rumah adik beradik, maka tibalah di destinasi terakhir. Bapa dan ibu saudara aku yang punya kebolehan mengurut.

Maka aku pun dengarlah mentua aku bersembang dengan abangnya dengan mesra sekali.

Mentua : Abang selalu kalau mengurut, apa pengeras dia?

Bapa Saudara : Ikut keadaanlah aku tengok teruk ka kena urut tu. Tapi biasanya aku suruh cari tiga ekor ayam putih.

Mentua : Ayam putih? Mana nak cari tu? Susah jugak sekali sekala nak jumpa ayam putih tu.

Bapa saudara aku ketawa.

Bapa Saudara : Hangpa ni la. Kalau dah kata tu, yang tulah, tak boleh ubah. Kalau ayam selasih, kot la susah. Ni ayam putih, pi market la.

Aku : Market?

Bapa Saudara : Ayam daginglah. Hangpa ingat ayam kampung saja ka yang bulu putih?

Ketawa makin rancak.

6 comments:

jinggo said...

kalau ayam kaler merah boleh tak....
ayam sabong ka......
ayam utan ka.....
ayam-ayam ka.......
:-)

butaseni said...

kalau ayam hot n spicy yang selalu hang dengan jinggo lahap tu,mesti pak menakan hang urut lagi best hahahahaha

.:HalogAmora:. said...

habaq kat uncle hang tu...cakap biaq la teranggg...hehe..

3 ekoq ayam buat rendang pon sedap tuh

artisticklytouch said...

ayam kat market kaler putih ka?

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Ayam-ayam? Burung ayam-ayam?
Atau tabung ayam?

Butaseni
Amboi, aku dengan Jinggo jugak la yang pelahap. Hang jugak la yang tak pelahap, maintain sasa maskulin.

Halogamora
Nak habaq, tak berani, takut nanti nak minta tolong urut, siap la....

Art
Market yang hang pi semua ayam dah siap sembelih, siap layur. Ni market yang ayam belum mati, sembelih situ, proses bulu situ.

rena said...

ayam putih.. kena pakai fair n lovely la
hihihi