08 October 2007

Laskar Mana Baik?

Biasanya dekat raya ni orang buat entri pasal raya. Tapi aku tidak. Entahlah, saja nak tunggu waktu kecederaaan agaknya. Semalam tadi aku menonton Stealth. Filem yang keluar selepas Jamie Foxx terkenal dengan filem Ray. Terus diaorang pasarkan nama Jamie Fozz sedangkan mamat tu cuba pelakon pembantu.

Itu bukan persoalan utama, tapi persoalan yang ingin aku timbulkan ialah isu yang dibangkitkan dalam cerita ini.

Laskar Kepintaran Buatan lawan Laskar Manusia.

Ceritanya tentang sebuah pesawat yang amat canggih dipandu oleh Kepintaran Buatan yang digelar EDI, dan tiga buah lagi pesawat yang canggih, dipandu oleh manusia yang cekap. Dikatakan Kepintaran Buatan itu akan menggantikan manusia di dalam peperangan.

Aku bukanlah penyokong peperangan. Malah aku benci peperangan. Tapi bak kata M.Nasir dalam lagunya, ‘perang tak boleh dielakkan hari ini atau esok pasti berlaku, maksudmu perang yang lagi satu’. Pendek kata, perang ini tetap akan berlaku dalam diri manusia.

Balik kepada persoalan.

Kata hero dalam cerita itu, perang masih memerlukan manusia, yang mempunyai keupayaan berfikir, menaakul, emosi, pertimbangan, belas kasihan dan lain-lain lagi.

Kata ketua hero dalam cerita itu, apakah dia lebih suka jika perang nanti membawa pulang mayat-mayat dalam beg plastik, dalam keranda. Dan terpaksa menerangkan pula perkara itu kepada ibu bapa yang kesedihan.

Secara akal logiknya, kedua-duanya ada kebenaran. Mana satu yang jadi pilihan, aku sendiri belum dapat membuatnya. Lainlah kalau dunia kita ini aman.

Aku membayangkan, kalaulah di zaman kita masih memerangi pengganas komunis. Kita hantar laskar drone Kepintaran Buatan yang kerjanya memusnahkan musuh. Yang ditemuinya pengganas komunis yang mengandung, dan tanpa belas kasihan dia membunuh pengganas itu.

Aku membayangkan pula, kalau kita hantar laskar manusia kita, dan manusia laskar kita pula dengan belas kasihan melepaskan pengganas komunis yang mengandung itu, tapi pengganas itu mengambil kesempatan belas kasihan itu, membunuh pula laskar manusia kita itu. Maka bertambah mayat untuk di bawa pulang.

Mana yang lebih baik?

14 comments:

Anonymous said...

crita tu dah lama laa..hang baru tgk kaa?

DeeN said...

Cerita tu dah lama laa.. hang baru tgk ka? Tp aku pun lom tengok lagi.

Aku tak suka tgk citer perang2, tak romantik hak hak hak hak ..!

m i n e r a l . . . said...

ermm... berfikir sy kali ini...ermmmm . . .

artisticklytouch said...

make food not war...weh tak cita pun geliga babi masuk hospital kena ketit nyamuk....

Anonymous said...

hmm..
saya pun tak pasti untuk pilih laskar yang mana satu.
tapi kan bagus kalau boleh gabungkan kedua-duanya. jika musuh yang dikasihani oleh laskar manusia itu mengambil kesempatan, biar saja laskar drone Kepintaran Buatan yang teruskan..

Pegawai Khalwat said...

Nuraddeen
Aku dah lama tengok. Cuma kali ni berpeluang berblog tentang isu tu.

Mineral
Lepas ni ada lagi entri berfikir.

Art
Suspek saja, bukan betoi pun. Akai tak mau posa secara legal la tu.

Rena
Selalunya kita terpaksa memilih. Sebab tu ada kos melepas dalam Prinsip Ekonomi.

~inilah saya~ said...

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin

kerisLekuk7 said...

uhhhhhh....dalam dok sibuk keje tu sempat lagi menonton.....cayalah..cd bila mahu siap.

Pegawai Khalwat said...

Inilah Saya
Sama la aku pun.

KerisLekuk7
Oi... ni kat Astro la!
CD? Hang ingat buat CD macam buat kuih raya ka?

jinggo said...

laskar cinta......
lagu tau sapa menyanyi haaa.....

Nur Hafiza Hasan said...

Salam Eid Mubarak..Ampun+maaf andai ada salah&silap atau terkasar bahasa..Semoga Eid ini dipenuhi kegembiraan & penuh berkat. Amin.

pjoe said...

tapi yang hantar drone tu manusia juga kan?
hehe
SELAMAT HARI RAYA!

wanie_agk said...

aku cadangkan ko saja yg pergi perang, boleh?

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Aku tau nyanyi. Tapi tak sedap.

Miss_Tree
Salam.

Nezjoe
Sebab tu kena buat pilihan.

Wanie
Aku tiap-tiap hari berperang dengan diri sendiri.