28 April 2009

Monodrama 'Manusia Raja' - Pasca Pementasan

'Manusia Raja' dah tamat malam Ahad hari tu. Daripada kapasiti 222 tempat duduk di Auditorium Taman Budaya Negeri Pulau Pinang, 43 orang hadir pada malam pertama dan 71 orang hadir pada malam kedua. Itupun pada malam kedua, sebahagian besar terdiri daripada pelajar Kolej Perubatan ACMS, terima kasih pada kalian, terima kasih pada semua.

Seperti biasa, aku mengakui kelemahan publisiti menjadi punca utama. Ada wakil dari Seberang Perai memaklumkan maklumat pementasan ini tak sampai ke sebelah sana. Itu aku akui. Malahan bukan semua tempat di seluruh pulau ada makluman tentang pementasan ini. Bukan apa, aku dah pernah buat kerja-kerja tampal poster satu negeri beberapa tahun lalu, tapi hasilnya tetap serupa. Bilangan audien yang hadir tidak ramai.

Pada pendapat aku, ada beberapa kaedah yang membolehkan kehadiran audien yang ramai, kalau di Tanjung ini.

Pertama, publisiti yang betul-betul menyeluruh, hingga di setiap flet ditampal, setiap kereta di kompleks beli-belah utama diletakkan flyer, diiklan di radio dan sebagainya. Tapi berbaloikah dengan kutipan RM 5 yang dikenakan? Untuk jangka panjang mungkin ya, tapi siapa yang sanggup menanggung beban kos jangka pendek ini?

Kedua, buat cerita yang ramai orang berlakon seperti bangsawan atau teater kanak-kanak. Maka ramai kawan yang akan hadir membawa kawan atau ibu-bapa hadir membawa anak-anak atau kawan ibu-bapa dan anak-anak. Kaedah ini terbukti berkesan. Tetapi tidak semua pementasan berjaya.

Ketiga, letaklah besar-besar cerita ini cerita komedi, maka ramailah yang berminat untuk datang bergelak ketawa. Kalau tak letak cerita komedi, tambahan lagi poster atau kain rentang tanpa muka manusia seperti yang aku buat, rasanya tak ramai yang berminat nak hadir. Ramai yang lebih suka poster seperti filem-filem di pawagam.

Cukup bab kehadiran audien.

Aku dan kawan-kawan telah lama menerima dan menelan mentaliti audien yang hadir. Biar seteruk mana kami berusaha untuk mengubah mentaliti dan paradigma audien, pastinya akan sentiasa ada audien baru yang hadir untuk cuba menonton teater dan datang dengan mindset yang tersendiri.

Contohnya pada malam pertama, walaupun audien tidak begitu ramai, tapi kami menerima audien yang begitu matang, dan boleh menerima apa yang dibawakan. Ada yang pertama kali datang, ada yang sudah beberapa kali. Tidak kisahlah mereka dapat cerna atau tidak mesej tersirat yang aku nak sampaikan, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan perhatian pada setiap patah kata para pelakon.

Perlu diingatkan, 'Manusia Raja' membawa empat cerita (ada tambahan pada minit terakhir) dan setiap cerita membawa isu yang cukup berat. Hitam membawa persoalan pemimpin yang cakap tak serupa bikin, Jebat : The Untold menanyakan pada audien apakah pemikiran stereotaip mereka boleh diubah setelah mendapati hero mereka tidak sempurna, Bangkai Yang Terbingkai menggunakan bahasa yang bombastik merungkai sifat wanita dalam dunia lelaki yang sesat dalam sedar, dan Aku Bukan Parewa mempersoalkan apakah pembunuhan anak sendiri boleh dijustifikasikan sekiranya untuk menghasilkan dunia yang lebih baik.

Pada malam kedua, aku dimaklumkan ada beberapa pelajar belasan tahun yang hadir menonton. Pastinya satu pendedahan baru kepada mereka. Tetapi sayangnya, mereka kerap ketawa sehingga menganggu audien lain. Ketawa pada ketika bukan komedi, memang agak menganggu. Ketawa pada karakter, pada pergerakan yang dilebih-lebihkan, pada props mainan, memanglah seperti sifat budak-budak. Tetapi itulah yang aku dan para sahabat yang lain perlu telan.

Aku meletakkan ruang komen di luar auditorium, agar audien boleh memberi komen pada sekeping kertas dan melekatkannya di dinding. Ada yang memuji, ada yang kata sangat membosankan. Tentulah aku terima hakikat nak memuaskan hati semua orang tidaklah mudah.

Tapi aku dan rakan-rakan yang lain tidak akan serik. Insyaallah akan ada sambungan Manusia Raja 2. Dan aku juga bercadang nak membawa siri ini ke lokasi yang sesuai sekiranya ada masa dan rezeki. Ini bukan janji, tapi usaha.

Projek terbaru Bakawalee, adalah untuk festival teater Pulau Pinang. Kami buat saja.

12 comments:

tegezoot said...

Pastikan aku sentiasa ada dalam team ni utk Manusia Raja.

Sengal Ubi said...

pegawai khalwat,

kita mengalami masalah yang sama. kekurangan audiens dan mentaliti audiens. memang kita mahu audiens terhibur dengan pementasan. tapi aku ingat kata-kata a. samad said. mentaliti orang malaysia terhadap teater salah. mereka melihat teater sebagai hiburan bukan pengajaran.

aku setuju audiens klien teater yang utama. tapi banyak aktivis teater yang membelakangkan matlamat asal teater. untuk memanusiakan manusia. sebab cerita-cerita yang mengajar ini berat, banyak yang memilih untuk mementaskan genre komedi dan cinta untuk menarik audiens.

ini yang aku fikirkan salah. aku tak tahu pegawai khalwat bagaimana tapi bagi aku matlamat tak menghalalkan cara. aku yakin kita ada pilihan, sama ada kita 'go with the flow' atau kita buat sesuatu untuk mengubah mentaliti audiens.

aku yakin nak tukar ambil masa. mungkin kejap, mungkin lama. kalau ada pengarah yang boleh garap naskah berat kepada ringan, aku rasa audiens mahu menonton.

betul kata pegawai khalwat, kita patut duduk bersembang pasal audiens.

dan aku memang tunggu ulasan pegawai khalwat untuk manusia raja. ada rezeki bawa produk ke pahang. aku boleh tolong uruskan sikit banyak kalau jadi.

macam mana kakak aku jaga teknikal hari tu? hehehe~

Anonymous said...

Malam kedua emceenya lagi best dari malam pertama...saya nak emcee tu lagilah...Nak nak !

Pegawai Khalwat said...

TegezootPasti.

Sengal UbiTiada yang salah dalam seni, terutamanya teater. Masing-masing punya citarasa berbeza.

Bab komen, aku tak pasti aku sesuai tak nak komen cerita aku sendiri. Aku tunggu beberapa orang lain komen.

AhmadfadliMC mangkaq!

tegezoot said...

Sengal Ubi buat la apa yg u rasa suka! yg penting datang dari hati dan usaha yg bersungguh.

Penjejak Badai said...

midi belakon gak tu...kagum2..bayaq berapa kat dia?

Fasyali Fadzly said...

aduih. susah gak camni kan.. klu mcm tu, meh la pindah KL... hehe..

Bunga Rampai said...

Sedih juga membaca entri ini. Satu realiti yang saya kira warga penggiat teater terpaksa telan walau pahit.

Jangan berputus asa, teruskan perjuangan. Perubahan tidak berlaku dalam masa yang singkat, apalagi yang berkait dengan mentaliti manusia.

Ada baiknya kalau kumpulan teater berkerjasama dengan lain-lain pihak selain Jabatan Kebudayaan/Kesenian. Barangkali boleh cuba Jabatan Wanita/Keluarga, Jab. Agama, pihak Polis - rangkaikan remaja rempit/penganggur/lepak dengan aktiviti teater.

Juga pandangan saya, kalau pentingkan audiens dan mahu menarik lebih ramai penonton dari kalangan orang-orang biasa, biarlah naskah itu yang tidak terlalu berat dan tidak juga terlalu ringan (lainlah kalau untuk pertandingan) - agar mereka dapat membina apresiasi awal terhadap teater.

Salam.

Malaysia Tanahairku said...

Bak kata Che`Lan jangan putus asa dlm mncapai impian yg murni.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau takut dilambung ombak toksah gatai berumah di pantai.

Klau aku x dpt trlibat dlm bidang ni di dunia biarla aku jdi pembantu pentas di syurga maya.

kt syurga ada seni ?

Aloy Paradoks said...

bagi gua publisiti dan reputasi adalah faktor samada ramai org atak tak.

Pegawai Khalwat said...

TegezootTangan atas, tangan bawah.

Penjejak BadaiBayaq nasi kandaq Hameediyah Campbell Street.

VitaminTunggu aku dapat kerja gaji mahal kat UiTM ka, UM ka, UPM ka, UKM ka, bole la pindah.

BRSemua tu kami dah buat. Tapi nak menarik bentuk audien seperti mat rempit/ penganggur tu, kami dah letih nak buat. Sebab benda ni macam tak berkesudahan.

Kami dah 5 tahun buat naskhah yang tidak terlalu ringan dan tidak terlalu berat. Hingga otak ni dah semacam tepu, macam tak berkembang.

Kalau pertandingan pula, ia tak mementingkan isi naskhah, tetapi kehendak penganjur dan pembuatan teater itu sendiri.

Che' Gu PeaceKat syurga ada apa saja.

Aloy ParadoksItu betul. Tapi kami semua malas nak buat publisiti betul-betul (penyakit) dan kami tak ada nama.

ryann said...

berjuang di regional memang besar cabarannya. respek dgn kegigihan.