Monodrama 'Manusia Raja' adalah sebuah projek yang diinspirasikan oleh Projek KoKen geng Rumah Anak Teater. Teater yang dipersembahkan tidak akan tamat sekali ini saja, tetapi akan disambung ke Jilid 2, Jilid 3 dan selanjutnya.
'Manusia Raja' merupakan istilah yang dipetik daripada Kassim Ahmad di dalam bukunya Mencari Jalan Pulang. Beliau menyebutkan konsep Manusia-Tuhan, iaitu manusia sebagai khalifah yang boleh menentukan nasib dan destininya sendiri, terutamanya yang buruk. Kerana yang baik itu datang daripada Tuhan (Kassim Ahmad. Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam. ZI Publications Sdn. Bhd. 2008. ms 15-18) Aku tak mahu mengulas panjang tentang konsep ini. Kalau kalian nak penerangan yang lebih lanjut, carilah buku berkenaan.
Ada tiga cerita yang akan dipersembahkan secara solo atau monodrama.
Jebat : The Untold
Sebuah hipotesis tentang pergumpalan konflik diri Jebat yang dilihat dari kaca mata yang berbeza. Suatu amalan yang sangat taboo pada zaman itu tetapi dijadikan persoalan utama karya ini. Apakah dendam Jebat pada Sultan Melaka menjurus kepada nilai persahabatan semata-mata, atau mungkin lebih dari itu?
Hedonistik Mengejar Lari
Sebuah adaptasi daripada cerpen Dianadirani bertajuk Dialog. Konflik seorang wanita moden yang menjalani cara hidup bohemianisme. Menjadikan Tun Teja dan Mahsuri sebagai idola wanita anggun tetapi pada masa yang sama seteru kerana melalui cara hidup yang nyata berbeza. Konflik pertembungan wanita dua zaman di dalam dirinya.
Aku Bukan Parewa
Dia bukan penjahat, dia tidak pernah membunuh, tetapi kali ini dia membunuh orang yang paling dia sayangi. Semuanya kerana dia merasakan dia perlu untuk mengubah dunia menjadi lebih baik, ketika orang lain cuma tahu beromong kosong saja. Dia menunggu masa untuk dicela dan dihukum, namun dia tak akan menyerah. Terutama bila orang yang dia bunuh ialah.........
Semua tiga cerita ini ada drama di dalam drama. Ketiga-tiga bentuk lakonan monodrama diguna pakai iaitu monolog, soliloquy dan aside. Tontonlah dan lihatlah teater ini dari mata burung, bukan dari dalam tempurung.

12 comments:
weh, mana aci, entry hang mesti hang copy paste p bakawalee-tetamu....
mana skrip? mana?
terima kasih atas info otai paranormal tu broo
knp masa koken dlu kite tak bersua muka.
geng penang memang macam tuh, mai KL setahun sekali pastu senyap2...depa mai jumpa artis jaaaaaaaa.........hehe
wah..mono drama!!! Tahniah..dan selamat berjaya...
hidup 'dewa teater penang'. apa-apa pun buat yang terbaik 'jangan buat leceeeeehhhhh....'(salah satu petikan dialog dalam lagu tu lagu ni)
ArtAku dah emel weh.
AloyHang mai hari lain kot.
Arthang tu, bila aku mai pi Redang la, pi Johor la. Tak bagi aku naik Honda City baru la tu.
Pssss... ingat geng sini kaya-kaya ka? Paham-paham jelah.
Raja AzrulTerima kasih.
JKKN PenangSapa dok buat bidaah tu? Aku tak setanding LKA, dia buat sekali terus pengarah suka, offer buat setahun terus.
pegawai khalwat, eksperimentasi tiga monodrama yang mempunyai tiga pendekatan yang berbeza sangat menarik.
aku faham apa yang pegawai khalwat komentarkan dalam blog aku. aku pun tengah bereksperimentasi dengan mentaliti audiens di pahang.
pegawai khalwat jangan lupa komen tentang monodrama pegawai khalwat di blog. mahu juga aku baca.
selamat berjaya pegawai khalwat. kirim salam pada kakak aku, nida si pengurus pentas yang baik hati itu.
hehehe~
bro...nape wat monodrama lak ni?...
Monodrama? tarakpa!!!
mono la mono,
sekali sekali bermono, mesti sempoy punya,
budak2 st. nicholas tak mau buat mono jugak ka PK, try laa...
hi Art life,
"WOW"!
friends,
friends are like family,
"we are family"
come visit us at:
http://universalsquadpoweredbyhots.blogspot.com
see you there!
Post a Comment