09 April 2009

Tak Pernah Puas

Memang sudah menjadi fitrah sifat manusia yang tidak pernah puas. Sebab itu ada pepatah kalau diberi betis dan peha, diberi peha nak dada. Tiada ukuran puas yang boleh digunapakai, kecuali kepuasan yang melibatkan fizikal.

Misalannya makan. Kalau diberi pilihan, aku sangat yakin semua orang mahu kepuasan makan. Mahu makan yang lebih sedap berbanding lebih kenyang. Kalau ada yang mengekang pun mungkin faktor kewangan atau kesihatan.

Pemilikan kenderaan misalnya. Bagi yang berpendapatan rendah, pastinya bersyukur kalau dapat membeli kereta second hand cap tempatan. Tapi bila pendapatan dah naik sedikit, nak pula kereta baru. Bila naik lagi, nak pula kereta import dan begitulah ia berlarutan.

Contoh lain yang berkaitan nafsu. Seorang lelaki yang biasa melihat seorang perempuan memakai skirt atau seluar pendek, mungkin tidak berasa apa-apa. Tapi kalau perempuan yang sama memakai baju kurung atau kebaya kain belah, akan ada perasaan pada lelaki itu untuk melihat lebih dari itu, sedangkan bukannya tak pernah tengok. Seperti juga pemakaian baju low cut yang menampakkan cleavage, membuatkan sang lelaki mahu tengok lebih lagi kerana tak puas.

Inilah antara sifat manusia yang sangat sukar untuk diubah. Harapnya kita memandang serius perkara ini, kerana setidaknya kita sedar kelemahan kita.

Kelemahan dek nafsu.

11 comments:

Aloy Paradoks said...

allo beb..gua antara contoh manusia yang bergerak dengan nafsu....

Re : "Tentunya kita berkumpul ini untuk mendengar bagaimana saya bergerak dengan kekuasaan ringit bukan,,, bagaimana ringit menjadi kuasa yang paling agung" ada mcm Engku Daffa tak gua cakap?

kerisLekuk7 said...

kalau tak ada nafsu tu tergolong dalam masalah manusia yang keliru

JKKN Penang said...

di hospital penang kalau pesakit yang keliru tu (no 13), nafsu kena ada juga, kalau tak jadi macam tu lah (no13)

tegezoot said...

Aku la tuh! kuat nafsu! nafsu hmmm...makan!

blackpurple @ jowopinter said...

Ada sesetengah manusia nafsu itu Tuhan mereka.

Bunga Rampai said...

Bukan manusia kalau tidak bernafsu. Tidak diciptaNya nafsu dengan sia-sia.

Nafsu itu berhikmah. Diasuh membawa nikmat. Dibiarkan menjadi laknat.

Salam :)

jinggo said...

nafsu tu nafsu la jugak.....
kalau ujan lebat.... dalam keta boleh basah tu kira nafsu jugak ka????

eeerrmmmmm.... (sambil berfikir)

Mak Su said...

saya pun kuat juga, susah juga mau puas, oops.

Pegawai Khalwat said...

Aloy
Kita semua sama.

Kerislekuk
Contoh?

JKKN Penang
Wad 13?

Tegezoot
Hummmm.....

BP
harap kita tergolong dalam golongan sesetengah lagi.

BR
Bagaimana mengasuhnya? Dibiar semua orang tahu.

Jinggo
Perlukah tunggu hujan lebat?

Maksu
Kalau sedar diri tak apa.

artisticklytouch said...

sapa yang tak pernah puas ni?

bila kita tak puas, kita berusaha untuk mendapatkan yang lebih lagi....dengan cara yang halal ar...bagus juga tak pernah puas neh, so that kita tak berada dalam zon selesa. Kalau cepat puas nanti tak berkembang pulak....

Bunga Rampai said...

Asuh hati/jiwa berpandukan Kitab dan Hadis.