20 June 2009

10 Golongan Penggiat Teater Tanjung

Sejak tahun 2002 aku di Tanjung, ada beberapa jenis penggiat teater yang aku kenal pasti, yang hadir dengan niat tertentu.

1. Berteater kerana wang - mengharapkan dapat habuan serba sedikit dari teater. Ada juga yang mengharapkan habuan yang banyak persis kebanyakan teater di Kuala Lumpur, terutama teater Inggeris.

2. Berteater kerana mencari jodoh - ada juga yang datang ke sini, dengan harapan jumpa makwe, pakwe, boipren, girlpren, bakal suami, bakal isteri.

3. Berteater kerana nak melepaskan masalah - ada yang ada masalah tempat kerja, masalah keluarga, masalah peribadi. Jadi teater ni dijadikan ruang untuk melepaskannya. Adakalanya bawa masalah ke sini.

4. Berteater untuk berseronok - ada suka berseronok, enjoy semata-mata. Nak serius pun susah. Dan tak bersungguh-sungguh.

5. Berteater kerana nak mencuba suatu yang baru - yang macam ni pun ada. Sebab dia tak pernah berteater, maka dia masuk mencuba. Selalunya, mereka ini sama ada tak kekal lama, atau akan terus kekal kerana dah ketagih.

6. Berteater kerana ikut kawan - dah kawan ajak, ikut sajalah.

7. Berteater kerana nak menyatakan sesuatu - ini ramai juga. Tidak kiralah sebagai pelakon, pengarah, penulis skrip atau sebagainya. Biasanya ada yang mereka ingin nyatakan.

8. Berteater kerana nakkan kepuasan - golongan ini tidak ramai. Biasanya selepas beberapa lama berteater barulah niat itu berubah menjadi golongan ini.

9. Berteater kerana merasakan apa yang orang boleh buat, dia boleh buat - pun ada juga. Dia tengok orang boleh buat, dia rasa dia boleh buat.

10. Berteater kerana memang minat dan cintakan teater - ini ramai juga. Tapi biasanya minat ini datang sekali dengan beberapa niat lain.

Kalian rasa diri kalian dalam golongan mana satu? Atau mana dua? Mana tiga?
Atau ada lagi yang aku tertinggal? Kalau di Tanjung, setakat ini saja pemerhatian aku.

18 comments:

Aloy Paradoks said...

hehehehhehehe.....

mamat khalid said...

aku teringin datang. teringin aku tinggi cuma rezeki tidak kesampaian. insyallah keinginan aku tetap tebal.

Anak Antu Seni said...

aku dari golangan dusta skala 1 hingga 10

patungcendana said...

aku golongan pertama...aku memang materialistik...tak caya tanya aloy...hehe

artisticklytouch said...

hang rasa aku kat mana? aku rasa, aku 7 & 10....

Pegawai Khalwat said...

Aloy
Gelak ada makna tu.

Mamat Khalid
Abang punya teringin pun dah cukup tinggi maknanya bagi kami.

Anak Antu Seni
hang memang.

Patung Cendana
Kaya kaya kaya

Art
Aku pun rasa hang macam tu. Cuma aku rasa hang dah kurang masuk no. 7 la ni.

malau said...

salam Semua

Tertarik dengan isu ini.

Dulu- Dulu saya join teater sebab nak berlakon. Sebab nak join dalam group seni.

Lepas tu - Bila dah kenal teater, saya nak mendalami lagi ilmu teater. Nak join teater. Yang penting dapat makan.Popular.

Lepas three - Join teater sebab kawan-kawan. Minat semakin berkembang. Sebab kena wat assignment.

Masa freelancer - Join teater sebab minat. Adakala sebab nak dapatkan duit. Sebab kalau xder duit, macam mana nak teruskan hidup berjuang untuk teater.

Kini - Join teater sebab minat. Nak dapatkan kepuasan. Sebab kerja dalam bidang ni.

Kesimpulan - Di Malaysia, penggiat teater yang hidup dengan kepuasan teater tak ramai. Kena ada backup lain untuk hidupkan teater.Di Malaysia, ramai yang minat teater. Pikirkan kepuasan. Tapi kita perlukan duit untuk hidupkan teater. Perlu gabung duit + minat + kepuasan + sokongan. Jangan ada yang join teater sebab nak popular.

Claire said...

:) whatever the reason are...these people makes it happen.

ryann said...

bukan setakat di tanjung je rasanya

Bunga Rampai said...

Ok lah tu 10 je. Kalau 15, payahlah jugak! :P

Apa jua alasan, penglibatan mereka tetap saja memeriahkan dunia teater tempatan.

Salam :)

Anonymous said...

berteater kerana mencari jodoh?hahahaha...tak semua...sorang saja kot hahahahahahhahahahaha...................ABELI


(wak)

Dedaun Puitika said...

Setiap satu yang dilakukan punya alasan sendiri. Apapun alasannya, teater bergerak untuk menyatakan atau menyuarakan lahiriah dan dalamannya. Terpulang pada org2 teater itu sendiri,samada apa yang hendak disampaikan itu, sampai atau tidak. Segalanya bermula dengan keihklasan. Yang ihklas berakhir dengan kemenangan.Teruskan berkarya.

Deana Amane said...

aku....

aku dlm golongan yg ke 8 dan 10 kot!

The Island of NAMOYAKI, said...

salam hormat tuan empunya blog,

seni itu berbagai-bagai,
ilmu juga berbagai-bagai,
gaya dan cara juga berbagai-bagai,

kesemuanya diuji dengan berbagai-bagai,
kesemuanya diuji ombak dan badai,
terlepas pandang nyawalah yang tergadai,

seni itu berbagai-bagai,
auto city wujud di seberang perai,
educity wujud di hujung pantai,
theatre city belum muncul dikedai,

semua itu bukankah pelbagai,
apa saja tentulah ada pemula bagai,
pandangan diulik pelajarilah pelbagai,

pelajari pelbagai ilmukan pelbagai,
ruang aristotle ruang pelbagai,
disitu tepat mengenal badai,

ruang ilmu ruang minda pelbagai,
ruang minda ruang mashyur pelbagai,
ruang pentas ruang pelajari pelbagai,

pentaskan ilmu pentaskan pelbagai,
pentaskan tertib pentaskan berbagai,
Ilmu Allah Maha Segala Pelbagai,



salam hormat tuan 'arts for life'
mohon ampun dan maaf menumpang lalu,

The Island of NAMOYAKI, said...

:)

ohho ho oh ho ..transformasi...

Raja Azrul said...

aku hanya nak berteater sebab kepuasan..

aku akan puas bila tengok penonton menghargai karya aku, dan menonton dengan sorakan kegembiraan...

tapi tak dinafikan, dalam berteater, niat lain juga turut muncul..tapi ia hanyalah sampingan semata-mata..hehehe

The Island of NAMOYAKI, said...
This comment has been removed by the author.
The Island of NAMOYAKI, said...

'theatre', in term of 'education',
bolehkan tuan penunggu...

teater didalam terma-terma 'pendidikan',

'educational theatre',
how nice, chewahhh..

ref: T.I.E,
(Theatre In Education)

setuju?

the NEXT kin of Augusto Boal! fuyoo...tasmat habisss..