Pernah tak kalian dihubungi oleh telemarketer yang memang pandai berbohong dan menipu orang dengan memutar belitkan fakta? Mereka cuba menjual produk mereka bukannya dengan cara memujuk mengatakan produk mereka bagus, tapi dengan menipu. Aku hampir terkena. Hari itu aku mendapat panggilan dari seorang telemarketer. Sembangnya lebih kurang begini.
Telemarketer Penipu : Selamat pagi encik Pegawai Khalwat. Saya dari syarikat Putar Kepala ingin membuat pengesahan untuk proses penghantaran ekspress kad baru encik.
Pada ketika itu, aku percaya cakap dia kerana kad kredit aku sudah hampir tamat tempoh. Kemungkinan dia cuma nak buat pengesahan.
Telemarketer Penipu : Boleh saya tahu bila kad encik tamat tempoh? Visa atau Mastercard?
Aku : Bulan sekian dan tahun sekian.
Telemarketer Penipu : Jadi kad encik bermula dengan nombor 1234 5678, betul ye encik?
Aku : Ya betul.
Telemarketer Penipu : Jadi boleh tak cik habiskan nombor yang berbaki tu.
Tanpa sebarang syak, aku pun memberi nombor kad itu. Dia tak minta nombor tiga digit di belakang kad, jadi aku memang tidak syak.
Telemarketer Penipu : Encik ada pakai selain daripada Mastercard/Visa tak?
Aku : Ada
Telemarketer Penipu : Dari bank mana encik?
Eh... takkan dia tak tahu kad apa aku pakai? Aku dah mula ragu. Tapi aku layan macam biasa. Sehinggalah satu ketika.
Telemarketer Penipu : Jadi boleh saya dapatkan alamat encik untuk penghantaran kad ini. Encik nak guna alamat rumah atau alamat pejabat?
Aku : Eh, takkan awak tak tahu alamat saya?
Telemarketer Penipu : Saya cuma nak confirmkan untuk hantar kad ini pada encik.
Aku : Kad apa yang awak nak hantar pada saya?
Telemarketer Penipu : Kad ini percuma saja encik, encik guna kad ini untuk dapat kelebihan diskaun diberibu-ribu tempat yang mengambil bahagian. Contohnya hotel, kedai dan sebagainya.
Aku : Betul percuma?
Telemarketer Penipu : Percuma encik. Encik cuma perlu bayar RM500 ++ untuk activation. Sekali saja.
Aku : RM500 ++?? Apasalah pulak saya nak kena bayar RM500?
Telemarketer Penipu : Itu sekali saja encik, kad diskaun ini encik boleh dapat diskaun yang banyak.
Aku : Saya tak mau!
Telemarketer Penipu : Kenapa encik tak mau. Kami cuma tawarkan kad ini pada pelanggan terpilih saja. Encik rugi kalau encik tak nak.
Aku : Saya tak mau. Buat apa nak bayar lagi RM500 ++ untuk diskaun yang bukannya selalu saya dapat. Saya bukannya semesti shopping kat kedai atau tidur di hotel diskaun tu.
Telemarketer Penipu : Tapi encik, untungnya
Aku : Saya tak mau!
Telemarketer Penipu : Baiklah, terima kasih encik.
Fuhhh... nasib baik aku tak tertipu. Begitulah mereka memutarbelitkan fakta. Selepas itu, ada beberapa orang lagi telemarketer yang menelefon aku. Salah seorang dari mereka tidak pandai memutar belit.
Telemarketer Tak Pandai Tipu : Selamat pagi encik, saya nak tawarkan kad diskaun pada encik....
Aku : Saya tak mau!
Telemarketer Tak Pandai Tipu : Terima kasih banyak-banyak cik.
Bijaknya mereka ini, kerana mereka jarang membuat panggilan menggunakan kod kawasan Lembah Kelang iaitu 03. Biasanya mereka akan gunakan nombor telefon bimbit. Siapa nak sangka yang telefon itu bukannya berkaitan urusan rasmi kerja tetapi urusan rasmi mereka. Dan selepas itu, setiap kali ada panggilan sebegitu, aku akan jawab.
Saya tengah drive ni, boleh telefon lain kali?
Saya tengah makan ni, macam mana nak cek nombor kad kredit saya.
Saya ada meeting ni.
Saya tak mau!!!
12 comments:
hehe..geli hati sy membaca lelucon anda Tuan Pegawai Khalwat. Biar pun sebenarnya taipan ini adalah berbau amaran tetapi sy tetap rasa geli hati dan kaki.
;) I've been thru this too, and since that i'll give every possible excuse i can think of to hang up. Cos you knw wat, i think promoting / selling things via phone is a 'pemalas' attitude. And it's not fair for some promoter / sales person who go place to place to sell things. i rather give these people chance to talk than those lazy arse tele-cheater. ;)
telemarkerter penipu : Encik saya naka bagi Encik pakai kat diskaun ni. Encik berminat tak?
Chegu Peace: Tak maula. Dah banyak kad saya pakai. Mycard, ATM card, business card, gokard....
macam-macam ada......
dulu byk kali kene..sampai terbg 3 digit no tu..bile dah bg baru rase tertipu..cepat2 cal bank ..suruh cancel kan transaksi. then mati kan card credit tu.bijak.
telemarketer penipu: Encik cubala kad saya ni tak rugi tau?
Aku: Takpela lain kalila
telemarketer penipu : Ala bolehla encik?
Aku: Boleh...bleh blah( bush, dish, dash) Ok saya nak jual kad insurans kat encik. nak beli tak?
haha aku macam buleh dengaq intonasi hang!!!
especially time argument tuh haha
pernah kena gak..tapi cepat cepat cut off - tgh sibuk
aku penah telemarketeer 13 tahun dulu...tp dulu aku straight to the point dgn customer aku..." encik nak tak nak?taknak sudah..."...
maksud aku penah keja ni dulu...
telemarketer tak pernah tapi kena kacau dengan orang ajak pi seminar MLM ikut fon adalah..
masa tu baru daftar jobstreet ja..
ergh...
Saya pula menerima panggilan daripada mana entah, katanya ada tawarkan produk kesihatan, akan diadakan di hotel 5 star - saya jawab ringkas - tak mahu!
Tapi dia memang cekap, dia tanya - encik ada masuk pertandingan teka apa benda (tak ingat) semasa pesta buku hari tu?
Saya terkedu seketika - emmm ... tapi tahu ini taktik mengarut lagi menipu! Masuk beberapa minggu yang lepas, hampir 10 sekali menelefon utk skim yang sama.
pernah kena juga.
duit nak makan pun jenuh berjimat.ni nak suruh beli kad dia, bayar guna kad kredit plak.
Post a Comment