12 June 2009

Risiko Dalam Festival Teater

Sebenarnya, aku mengambil risiko yang cukup tinggi bila mementaskan karya sendiri untuk Festival Teater Pulau Pinang. Risikonya bukan apa, risiko mungkin tidak menang. Tapi bila kepuasan yang menjadi ukuran, maka aku butakan diri dan aku tutup mata orang lain dengan jihad kepuasan diri. Bagi aku, apa guna buat teater kalau tak puas. Menang tu cuma bonus. Ada orang kata kalau buat, menang, baru puas. Habis kalau tak menang?

Untuk festival tahun ini, ada tiga karya aku yang dipentaskan oleh aku sendiri dan rakan-rakan. Bukanlah nak kata karya aku ini bagus, kerana aku tahu karya aku ada banyak cacat-celanya, tapi mungkin karya aku ini kena dengan jiwa aku dan rakan-rakan aku yang lain.

'Dusta Pada Skala 1 Hingga 10' dipentaskan oleh Bakawalee, kumpulan aku dan arahan aku sendiri. Cerita dia lebih kurang macam filem Hollywood. Sangat mementingkan lakonan dan aspek dramatik. Kerana drama ini, bagi aku, boleh hidup walaupun tanpa sinografi yang baik atau set pentas yang lompong. Tapi kalau semua yang lain baik, maka baguslah. Ceritanya tentang 5 orang manusia yang tidak mengenali antara satu sama lain, diculik dan dikurung. Mereka cuma akan dilepaskan sekiranya mereka membunuh salah seorang dari mereka. Macam pernah dengarkan? Versi pentasnya aku harapkan lebih mencengkam penonton.

'Jebat : Rahsia Kesumat' pula dipentaskan oleh Te.Ta.Mu, persatuan yang aku turut terlibat. Ini sebuah monolog. Reverse chronology hubungan Jebat dengan Tuah. Jebat dengan Tuah lagi? Tak ada idea lain ke? Ada orang tanya macam tu. Dan aku jawab, lampu yang dicipta Edison pun dah jadi lampu jimat tenaga. Masih lampu juga kan? Cerita ini adalah sebuah hipotesis yang sengaja aku buat untuk menjentik minda audien untuk berfikir, atau mungkin berminat mengkaji Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah. Sengaja aku hipotesiskan bahawa kecintaan Jebat terhadap saudaranya Tuah kerana Jebat pernah menaruh perasaan pada Tuah sejak dulu lagi. Pendek kata gaylah tu, atau dalam kes ini biseksual. Berat? Ya, agak berat. Dan kalau nak disasarkan kemenangan, mungkin agak sukar kalau juri yang menjadi penilai agak konservatif.

'Neraka Petualang' pula dipentaskan oleh rakan baik yang lain di dalam kumpulan Resdong's. Resdong's adalah kumpulan yang sama yang pernah menjadi Naib Johan Festival Teater Kebangsaan beberapa tahun yang lalu. Ceritanya tentang petualang yang melarikan diri dari rumah pasung, dan menyorok di sebuah warung. Kebetulan tuan punya warung itu diganggu oleh penghulu yang korup. Maka petualang bertukar menjadi pembela. Cerita ini dipentaskan dalam bentuk purbawara. Maksud aku bukan purbawara tulen, sekadar mengambil suasana purbawara. Cerita ini juga agak mudah. Tetapi melihat kepada rekod kumpulan ini yang cemerlang di dalam hubungan chemistry, maka tidak mustahil mereka ada peluang untuk menang.

Tapi pastinya, kalau kemenangan menjadi ukuran, sukar untuk melihat siapa yang ada peluang. Ada yang membawa naskhah Mencari Juita, naskhah yang sudah boleh dikira bagus. Ada yang membawa cerita tentang tradisi yang telah pupus, iaitu berlokan. Dan oleh kerana penganjurnya adalah kementerian kebudayaan, pastinya cerita sebegini mempunyai tempat khas di hati juri, atau setidaknya urusetia. Begitu juga cerita budak-budak menari shuffle yang kemudian insaf dan menari zapin. Pendek kata, keputusan festival ini bergantung sepenuhnya pada selera juri.

Sebab itulah aku katakan, seni ini subjektif. Kalau aku yang menjadi juri, pastinya ada sesuatu yang aku harapkan dalam mana-mana pementasan. Begitulah juga mana-mana juri. Sebab aku pernah menerima nasib yang berbeza bila mementaskan karya sendiri. Aku pernah menerima komen positif daripada Ahmad Yatim dan Rosminah Tahir tetapi menerima komen yang berbeza daripada Marlia Musa, Zakaria Arifin dan Supiat Mukri. Begitu juga beberapa tokoh yang lain.

Tapi tak kisahlah. Sehingga kini, aku sanggup tanggung risiko ini, dan berterima kasih pada para sahabat yang turut sama-sama menanggung bahananya. Kerana perjuangan kami bukan sekadar musim festival.

22 comments:

patungcendana said...

salam...

betul ...seni itu subjective

takpe...teruskan berjuang...mulakan dengan satu kangkah...however...the first step is always alone...

relevan kah komen aku ni...

have a nice weekend...:-)

lenny erwan said...

Menang memang bagus, tapi kalah pun tak apa-apa. :-)

jinggo said...

aku sentiasa ikut.....
aku sokong.......

pemerhati bahasa said...

patung cendana,
'Mulakan dengan satu kangkah?'

hmm, macamana tu, satu kangkah' tu macam satu kangkang atau satu kangkangan ker?

atau satu tongkah?

kangkah, bahasa baru. bunyinya menarik, tapi apa maksudnya.

Claire said...

u wanna know something? syyy.... ;) i never watch a theater before, in fact those few times i went n watch you guys practice was my first taste of almost-theater experience. ya la..belum tgk act kat pentas lagi kan. :D

from someone who is a stranger to these area, I can see that you guys love it and it shows in your work. so...just keep doing what you are doing now n eventually it will pay off in the end. ;) caiyo!

patungcendana said...

pemerhati bahasa...

typing error tu...langkah la...:-)

aku type sambil basuh baju...ahaha

artisticklytouch said...

boleh tak hang hentikan menegaskan yang hampa bertanding bukan untuk menang. nilah sebab aku dah meluat dengan festival, kita takleh lari dari terfikir menang ke kalah, kalah ke menang...just concentrate on the work.

itu...penari shuffle yang insaf lalu menari zapin tuh sapa punya??

Pegawai Khalwat said...

patung cendana
- Relevan oooo

Lenny Erwan
- Stojo....

Jinggo
- Lepas ni hang kena ubah pulak bagi orang tua ikut hang, bukan budak-budak saja.

Pemerhati Bahasa
- Salah taip tu.

Art
- Dah nama pertandingan Art, yang tulah ada dalam kepala otak orang. Lagipun, yang join ni bukan semua orang lama, ada orang baru. Lagi satu, aku cuba jugak nak mencapai perancangan strategik kita masa kat Safa beberapa tahun yang lepas. Ha ha ha...

Aloy Paradoks said...

patah kaki...

Bunga Rampai said...

Merasa puas itu sendiri adalah satu kemenangan!

Naskhah-naskhah yang sangat menarik dan menguja saya untuk menonton tapi mungkin tidak berkesempatan :(

Moga sukses!

Salam :)

patungcendana said...

re:...aku pun suka lagu tu...dan aku suka lagu alone again...kumpulan dokken...dan aku tak pernah tengok cerita sepi...huhuhu...

have a nice weekend

Sengal Ubi said...

aku yakin skrip pegawai khalwat ada kualiti, mungkin menunggu platform terbaik untuk mengangkatnya.

mungkin ftpp platform yang terbaik, siapa tahu?

Dr. Shark said...

semoga Allah menemukan kita di gelanggang teater dalam satu perjuangan kepada NYA...dari Tok Janggut.

Pegawai Khalwat said...

Claire
Welcome to our world. Join us!


Aloy
Bualah cerita lain. Sempat tak?

BR
Ya, betul tentang puas itu. Insyaallah kalau ada rezeki kami cuba ke KL lagi.

Patung Cendana
hang rebel....

Sengal Ubi
Anda pasti?

Dr. Shark
Insyaallah....

artsoul said...

latihan semalam telah memberi saya satu kepuasan...anyway thanks!

Anak Antu Seni said...

peduli apa risiko ? boh ja.... mampuih p nak jadi apa pun tak pa punya.. !!

Pegawai Khalwat said...

Artsoul
Jadi selama ni tak climax la? Eh... tak puas la?

Anak Antu Seni
Mana boleh macam tu. Teater bukan kerja sorang saja. Kerja berkumpulan, takkan kerana seorang nak ambik risiko, dia nak tarik yang lain ambik risiko yang sama.

patungcendana said...

hahaha...aku memang rebel....

rebel without a cause...:-)

emotion device said...

Hi Pegawai Khalwat.. Just hanya ingin mengucap salam. Semoga FTPP akan membawa kejayaan pada anda. Art is Hard.. Saya pun tertekan dengan FTP yang lalu. Bukan niat untuk berlawan dan menunjuk kehebatan. Hanya la permulaan untuk belajar dan mencari pengalaman. Apa kami lakukan hanya ingin enjoy berteater dan buat yang termampu dan iklas. Bukan mencari anugerah.

Penjejak Badai said...

WAHAHA..BUAT JA..MANA ADA SALAH KA BETOI...SEMUA TUH ATAS MASING2 INDIVIDU YANG KATA NI SALAH DAN BETOI....YAHOO.....PELAKON SAYA DAH KEMBALI....ANYWAY PENGADIL SAPA KALI NI?

Pegawai Khalwat said...

Patung Cendana
James Dean ek.

Emotion Device
Tahniah kerana menang pelakon lelaki terbaik festival teater perak.

Penjejak Badai
Habih sapa belakon lokan? Pengadil masih dirahsiakan.

emotion device said...

Terima kasih. Tapi ianya sudah bagaikan suatu beban bila ada yang tidak merestui. erm