13 July 2009

Ulasan Yang Terpulas - Bicara

Bicara adalah sebuah naskhah yang penuh dengan polemik dan falsafah. Sangat penuh dengan perkataan. Kalau audien yang hadir untuk melihat sebuah teater yang padat dengan isi, maka inilah cerita yang sesuai. Untuk beri gambaran yang tepat, mungkin kalian boleh menonton Pulp Fiction oleh Quentin Tarantino.

Cuma bezanya Pulp Fiction digarap dengan baik termasuk dari segi sinematografi, pengarahan dan sebagainya, menjadikan ia sebuah filem yang tidak begitu membosankan. Kelemahan utama bicara tentunya pada pengarahan dan sinografi. Sinografinya ada, tetapi kurang jelas dan tidak membantu.

Ruang lakon yang luas tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelakon, menjadikan tenaga mereka mengalir begitu sahaja. Tambahan lagi dengan set yang minimal, seolah tidak membantu penceritaan. Aku orang yang tiada masalah dengan teater miskin, tetapi kalau ia tidak membantu penceritaan, itu akan jadi masalah semua orang. Mungkin pencahayaan ruang perlu dilihat sekali lagi untuk membantu para pelakon.

Lakonan kebanyakannya baik. Baik dalam erti kata aku pernah melihat perkembangan lakonan mereka sejak dua tahun lepas. Namun, bagi tahap festival teater, lakonan mereka semua perlu dimantapkan lagi. Tak perlulah aku bangkitkan tentang watak dan perwatakan, aksi-reaksi-interaksi dan segala mak nenek lagi. Tapi, sekurangnya lakonan mereka dah bertambah baik berbanding sebelumnya, itu yang paling utama.

Sebenarnya banyak permainan yang boleh dimainkan di dalam pementasan ini. Biarpun dipentaskan atas platform sekolah, tetapi banyak lagi boleh dimainkan oleh pelakon. Ini jatuh pada tanggungjawab pengarah untuk menyuntik nilai artistik kepada pementasan ini.

Apa-apa pun, aku harap grup ini terus hidup kerana mereka ada signature sendiri dan pendirian mereka sendiri serta idea dan konsep mereka sendiri.

Maaflah kalau ulasan ini datang lambat. Aku tersangkut dengan persiapan Dusta Pada Skala 1 Hingga 10.

5 comments:

Anak Antu Seni said...

abu caskonaro gigi !!

abu musarrif bin abu bakar said...

haha...kami bukan resdong,bukan h1n1 ...heheheeeee

abu musarrif bin abu bakar said...

haha...kami bukan resdong,bukan h1n1 ...heheheeeee

abu musarrif bin abu bakar said...

haha...kami bukan resdong,bukan h1n1 ...heheheeeee

Anonymous said...

salam hormat,

aku bangga ada seorang rakan kawan dan taulan seperti Pegawai Khalwat yang boleh membuat perhitungan bahas cerita dengan sehela nafas dan bukan sehela nafas naga, itupun jikalau dikira lewat, aku tak pasti lah,

PK, kalau lewat buat ulasan, kena marah ka? siapa pulak yg dok buat pemantauan, ini rahsia kesumat ni,

huhu
ZR