22 July 2009

Ulasan Yang Terpulas - Hanya Lala

Salah satu keuntungan bila menghasilkan cerita yang bukan berbentuk realisme, ialah orang tidak boleh mempertikaikan logik cerita berkenaan. Kenapa tidak begini, kenapa tidak begitu yang biasa disebut-sebut dalam latar realisme, cuma menjadi perlambangan sahaja.

Oleh itu bila Hanya Lala mengambil latar laluan di antara syurga dan neraka, (dalam persepsi teater, bukan persepsi mana-mana agama), maka yang menjadi pilihan hanyalah metafora yang dipaparkan. Setiap satu watak mewakili bangsa masing-masing. Ada bangsa Melayu, Indonesia (Melayu juga kan?), Amerika (tidak pasti Yahudi atau Nasrani) dan Arab.

Naskhah Hanya Lala adalah sebuah kritikan keras penulisnya terhadap rencam dunia yang dikuasai oleh manusia kaya yang gila kuasa. Dan ada beberapa sub-plot yang mengkritik penggunaan bahasa yang tidak betul, jihad yang tidak kena tempat, dan sebagainya. Pokok pangkalnya, ia adalah cerita tentang kuasa yang tidak habis-habis dituntut biarpun sampai mati. Cara untuk meneruskan perjalanan ini ialah dengan membebaskan diri dari kuasa (cara yang dilihat oleh penulis).

Hanya Lala adalah sebuah skrip yang berjela-jela, penuh dengan isi dan falsafah. Jika tidak digarap dengan betul, samalah seperti mendengar ceramah politik parti bebas. Isinya memang baik dan kritikannya memang tepat dan berinformasi. Tetapi bagi sesetengah orang, boleh mendatangkan kebosanan. Mujurlah juga pengarah bijak mengatur masuk korus untuk menghilangkan kebosanan yang mungkin terjadi dek fakta dan terjahan yang dilontarkan oleh pelakon.

Cuma sayangnya, aku merasakan kerap kali korus ini terlebih mencuri tumpuan hingga apa yang ingin disampaikan itu tipis dek keseronokan menonton korus itu. Dan aku juga berasa lakonan empat pelakon utama itu baik, cuma tidak cukup mantap. Ada yang kurang menjiwai watak, ada yang terikut-ikut telor Arab P.Ramlee (kalau boleh dikaji cara Arab sebenar bercakap pasti lebih berkesan), dan ada yang ter'overshadow' rakan lakon yang lain. Kekurangan ini menyebabkan lakonan mereka menjadi sedikit cacat. Aku berkata begini kerana latar belakang pelakon yang banyak pengalaman dan penuh ilmu di dada. Bukannya budak baru belajar.

Dan sedikit sayang lagi bila pengarah tidak cuba mencari pendekatan lain selain daripada bukatup lampu. Menggelapkan pentas biarpun 2 saat adalah terlalu 80an dan menganggu mood audien, kecualilah ia memang disengajakan sebagai salah satu bentuk cerita. Pendapat peribadi aku, korus yang ramai dan seksi itu boleh dimanfaatkan sewaktu perubahan babak.

Tetapi pada pandangan keseluruhan, aku berbangga kerana sudah ada orang yang mampu menghasilkan skrip yang sebegini baik, pengarah yang baik dan pementasan yang baik. Sekurangnya aku boleh menarik nafas lega bila sudah ada pelapis seperti mereka ini. Tahniah!

Tukaran akan datang - Neraka Petualang oleh Resdong, 23 Julai 2009, 8.30 malam

7 comments:

artisticklytouch said...

first!! he he

lalalalalallalalalala

Anak Antu Seni said...

lalala hari hari kerja lalala kerja la kerja lalalala
bila agaknya kita nak buat teater muzikal lalalala nd lala lalalalala siput lala llalala
latt

abu musarrif bin abu bakar said...

muzika lala lat?macam rancak ja?

patungcendana said...

cerita fantasi ya?

Anonymous said...

HAI PATUNGCENDANA...AWAK NI CANTIK LA...BLEH BERKENALAN KER?

WAK

artisticklytouch said...

oit, nak cari kenalan p buat facebook ka, friendster ka, myspace ka...ini blog usop plak jadi bahan ha ha poyo la hang wak!!

eh, cita pasal muzikal, bukan latt kata nak buat muzikal ka? tapi aku dah dengaq cita ni sejak aku di zhong zheng lagi he he

Anonymous said...

buah chempedak di luar pagar,
ambik galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
salah dan silap harap maafkan,

selamat dah..
tu DUDOK kata, kalau budak baru belajaq tak pa...

hekekekeke...
kami belajaq PPSMI, tapai gatai nak buat teater jugak, ikut abang-abang kat sana la...

selamat dahhh...