Aku baru saja lepas mengikuti kursus dua tiga hari lepas.
Ada sessi kembara.
Kasihan pada kaum perempuan.
Masuk hutan, kena pacat.....
Balik rumah nanti pun kena pacat (tapi bagi perempuan yang dah kahwin sajalah).
...........
Petang tu kami bersiap nak balik.
Yang lelaki, yang perempuan.
Bezanya....
Yang laki, yang perempuan; siap.... balik.
Yang perempuan (pun untuk yang dah berkahwin saja)
Balik.... siap!
Psss.... Janda dan balu tak termasuk dalam kategori ini.
“The theatre is the only institution in the world which has been dying for four thousand years and has never succumbed. It requires tough and devoted people to keep it alive.” -John Steinbeck
26 April 2006
18 April 2006
Yang Pernah Dan Yang Tak Pernah Kita Tengok
Yang pernah kita tengok;
Yang tak pakai baju, tak pakai seluar, tak pakai kain....
Peluk
dalam tv dan cd
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, tapi yang dalam saja....
Peluk
dalam tv dan cd
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, tapi macam tak pakai…
Peluk
dalam tv, cd dan realiti
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, pakai tudung.....
Peluk
dalam realiti, tapi tak jumpa dalam tv dan cd
Yang kita mungkin tak pernah tengok;

selebriti botak sang penyanyi, ramai-ramai ambil giliran, tengah orang ramai-ramai, dalam realiti
Yang tak mungkin kita tengok;
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, pakai tudung, tapi sekejap saja terlondeh....
Peluk dan peluk dan.....
tak kira selebriti atau marhaenis
dalam tv, cd atau realiti
Tapi siapa tahu satu, dua, tiga hari nanti.......

17 April 2006
Temuduga Open
Cerita yang aku nak ceritakan ini adalah cerita dari orang punya cerita yang mendengar orang punya cerita. Maka akulah pencerita yang terakhir, menceritakan pada kalian sebelum kalian menceritakan pada orang lain pulak.
Kisah berlaku di satu sessi temuduga terbuka.
Penemuduga : Nama you?
Ditemuduga : Nama saya Si Anu binti Si Polan.
Penemuduga : You boleh speaking?
Ditemuduga : Can, sir!
Penemuduga : So it won't be a problem for you if I conduct this interview in English?
Ditemuduga : No problem, sir!
Penemuduga : Okay Miss Anu, what is your current designation?
Ditemuduga : Err.... what are you talking a roundabout sir, I don’t double stand?
Penemuduga tahan nafas. Temuduga diteruskan, oleh kerana English yang ditemuduga tunggang langgang, dia mengambil keputusan meneruskan dalam bahasa Melayu.
Penemuduga : Hummm... Ada bawa sijil?
Ditemuduga : Spare ticket? Yes sir, I bring lot spare ticket?
Penemuduga : Spare ticket? You mean certificate?
Ditemuduga : Yes, sir.
Penemuduga tahan nafas lagi. Temuduga diteruskan hingga hampir tamat. Ditanya dalam bahasa Melayu, dijawab dalam English yang tungging terbalik.
Ditemuduga : So, will you keep touching me?
Penemuduga : Will keep in touch, thank you.
Elok saja pintu ditutup, gegak gempita bilik temuduga.
Moralnya, jangan pergi temuduga terbuka!

14 April 2006
Senang lagu ni ja.........
Satu hari, aku lepak di sebuah kedai makan yang tidak terkemuka di Tanjung. Datang orang bertanya pada pelayan.
Orang Luar : Dik, tumpang tanya. Kat mana kedai jual bekas ayaq mineral water, yang ada batu dalam dia tu.
Pelayan : Tak jauh, dekat ja.
Orang Luar : Bole tunjuk dak?
Pelayan : Senang lagu ni ja, akak ikut jalan ni. Jumpa simpang, kona kanan masuk ikut Jalan Burmah Road.
Orang Luar : Jalan Burmah Road, okey.....
Pelayan : Terus sampai jumpa lampu traffic light, jangan kona mana-mana, straight terus saja sampai jumpa kedai besar belah kiri.
Orang Luar : Belah kiri, terima kasih.
Pelayan : Kalau akak sesat ka, apa ka, cuba try tanya orang kat situ.
Orang Luar : Terima kasih.
Biasalah, kesan kolonialisasi dan asimilasi.

12 April 2006
Lagi cerita Maulidul Rasul
Nawaitu nak berbuat kebajikan (disulam dengan harapan dapat habuan dunia), maka aku pun menolong seorang sahabat dalam projeknya sempena Maulidul Rasul. Dia buat projek persembahan kanak-kanak OKU. Ada satu perbualan yang menarik perhatian aku.
Sahabat : Ha... lepas ni kamu pergi ke sebelah sana. Lepas tu ikut buat-buat baca buku.
Budak : Bang, tanya sikit boleh?
Sahabat : Tanya apa pulak?
Budak : Abang kaler rambut ya?
Sahabat : A'ah, kenapa?
Budak : Orang kaler rambut mana boleh sembahyang!
Esoknya, sahabat aku datang pakai songkok.

Dewan Persidangan - Ulasan Yang Terpulas
Lawak! Memang lawak! Tapi malangnya, yang menjadi adalah lawak boria. Itulah nasibnya bila aku menonton Dewan Persidangan, persembahan terakhir dalam Projek Tahun Akhir Lakonan dan Pengarah Pusat Pengajian Seni USM.
Diarahkan oleh Amilrunizam Zainuddin dengan rangkaian lebih kurang 10 orang pelakon, termasuk Rosliza Manan selaku Tuan Yang Tertinggi iaitu pemegang watak utama; Dewan Persidangan memang menghiburkan. Terutama watak pemilik angsa yang berjaya membawa lawak boria ke atas pentas.
Pementasan ini sememangnya ada punch & impact. Audien tertunggu-tunggu setiap adegan, untuk mendengar apa pula hujah Tuan Yang Tertinggi dan apa pula hujah pesalah-pesalah yang datang ke dewan persidangan. Tapi kredit itu aku lebih suka berikan kepada naskhah skrip itu sendiri, kerana kekuatan skrip itu sendiri yang membuatkan para audien memberikan sepenuh tumpuan.
Masalah yang paling utama, masih lagi lakonan. Cuma sesetengah watak sahaja yang berjaya membawakan karakter mereka dengan baik. Watak seperti Pemilik Itik Angsa, Syeikh, Tukang Angkat Sumpah dan Tuan Yang Tertinggi itu sendiri pada aku berjaya membawa dan memainkan watak masing-masing (ada ruang untuk peningkatan lagi sebenarnya, tapi dalam kes pementasan ini, sudah memadai).
Watak-watak selebihnya tidak begitu meyakinkan dan tidak membantu memberi tenaga kepada penceritaan. Sayang sekali…… kerana kekuatan cerita ini hanyalah pada penghujahan. Sekiranya aksi dan reaksi yang lebih diberikan, maka cerita ini pada sesetengah adegan akan lebih hidup.
Permainan ruang dan pentas juga tidak dimanfaatkan sebaiknya. Kerana terlalu banyak pergerakan yang tidak diperlukan telah mengakibatkan reaksi dan interaksi yang tidak menjadi. Contohnya bila Tukang Angkat Sumpah yang setiap kali perlu mengacukan tombaknya pada pesalah bila pesalah mendekati Pembuat Roti, tapi pesalah tiada reaksi langsung kepada tombak itu.
Yang utama, pujian harus aku berikan kepada pengarah, kerana berjaya membuatkan audien faham bahawa Tuan Yang Tertinggi itu adalah Amerika Syarikat, Pembuat Roti adalah Israel Zionis. Watak-watak lain adalah mewakili Palestin, negara Timur Tengah yang lain serta negara-negara ketiga.
Pengarahan, secara umumnya tiada masalah. Tapi jika pengarah lebih kreatif lagi, pasti lebih menarik. Dan jika pengarah dapat mengawal para pelakonnya, pasti lebih-lebih menarik lagi.
Ingat! Pengulas adalah insan yang naïf dan daif seni.

08 April 2006
Cerita Sebelum Maulidur Rasul
Sahabat aku sedang menolong seorang pegawai kerajaan melatih anak buahnya untuk persembahan pentomin sempena sambutan Maulidur Rasul hari Selasa, 11 April 2006 ini.
Pegawai : Awak tolong buat sajak dengan syair sekali ye.
Sahabat : Aik, bukan saya patut menolong tengok-tengok saja?
Pegawai : Kami semua tak pandai buat syair dan sajak.
Maka sahabat aku pun bersengkang mata membuat sajak.
Esoknya….
Pegawai : Sajak awak ni tak dengar macam sajak pun. Mana syair?
Sahabat : Tak macam sajak? Puan nak sajak yang macam mana?
Pegawai : Yang macam syair, yang mendayu-dayu tu.....
Sahabat control gelak………
Pegawai : Lagi satu, boleh tak awak masukkan isu Hijrah dan tajuk dia pun ada pasal Hijrah.
Sahabat : Hijrah? Nak cakap pasal Hijrah?
Pegawai : Yelah….. kan bersempena sambutan nanti.
Sahabat : Bukan ke kita nak sambut Maulidur Rasul?
Pegawai : Ye ke? Maulidur Rasul dengan Maal Hijrah tak sama ke?
Sahabat aku dah bergolek ketawa di atas lantai………

07 April 2006
Selepas Titik
Selama sepekan ini saja sudah ada dua roh yang diangkat dari dunia yang penuh dengan duniawi ini. Ayahanda kepada sahabat kerja aku, bonda kepada kepala hidang besar di tempat kerja aku.
Kematian yang mencubit aku. Hidup kita tak lama.
Entah esok, entah lusa. Entah sekejap lagi. Entah selepas titik ini.
Aku masih bernafas…… syukur.
Tapi kenapa aku mesti masih lupa dan alpa?
.
.
.
.
Aku bukan berbicara tentang aku sahaja, tapi juga kalian!

06 April 2006
Imejan Teater Nur, Protes, Mayat & Red Carnation
Adegan dari Red Carnation
Semua imej/foto adalah ihsan Adeline Ong, Pengarah Red Carnation -
Thanks girl!
05 April 2006
Teater Jalanan Pelajar Tahun Dua Lakonan & Pengarahan USM - Ulasan Yang Terpulas
Agak lama juga aku tidak menyaksikan teater jalanan atau street theatre. Tidak ramai yang sanggup melakukannya. Mungkin kerana tidak ada masa, tidak ada idea, tidak ada rakan lakon atau mungkin juga tidak ada berani.
Tapi bagi pelajar-pelajar tahun dua Lakonan dan Pengarahan Pusat Pengajian Seni USM, tidak ada istilah ‘tidak ada’ pada mereka. Atas paksarela mereka mesti melakukannya.
Buah tangan pensyarah yang merupakan seorang doktor falsafah di Pusat Pengajian Seni USM, aku kira sebuah stereotaip yang segar.
Stereotaip – kisah hantu ala Pontianak Harum Sundal Malam merasuk seorang gadis dan usaha untuk dukun-dukun dan pawang-pawang untuk memulihkannya.
Segar – ritual yang ala main puteri dilakukan pada waktu puncak, ketika para pelajar USM sedang dalam perjalanan pergi dan balik ke kuliah, ditambah lagi dengan peserta sebuah seminar baru keluar rehat dan yang paling utama penggunaan alat bukan muzik seperti penyapu, botol berisi air, mug dan sebagainya yang dimanipulasi bunyinya menjadi muzik latar. Teater jalanan seperti ini memang jarang sangat dipentaskan di Pulau Pinang.
Ramai juga yang menonton; yang duduk melepak di situ, yang baru keluar seminar, yang dalam pejabat, yang lalu-lalang. Sayang ianya terlalu pendek dan impaknya kurang, kerana dilakukan siang. Kalau buat malam, mesti lebih impak, lebih seram. Tapi siapa yang nak tengok?
Aku boleh bayangkan kalau ia dilakukan di lokasi luar USM, maka pakat berkerumunlah orang ramai melihat apa yang terjadi, dan mungkin juga mereka ini pakat kena halau dek pihak berkuasa bahana tidak mendapatkan kebenaran serta menganggu ketenteteraman awam (Ganggu lalu lintas pedestrian, perhimpunan tanpa permit dan sebagainya).
Entahlah, aku tak pernah mencuba di kawasan kota. Setakat pernah cuba di Kebun Bunga. Dan terdengar orang berkata waktu itu, ‘eh…mana kamera?’. Teater dah disamakan dengan drama televisyen.
Buat Dr. A.S. Hardy, buatlah selalu. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau boleh buatlah kat luar USM pula, kita tengok siapa yang kena!

Haus - Ulasan Yang Terpulas
Seorang sahabat aku yang berpacak pada aliran realisme menegaskan, lakonan adalah elemen terpenting di dalam lakonan. Lakonanlah yang akan menghidupkan sesebuah cerita, lakonan jugalah yang akan memusnahkan cerita itu.
Aku setuju, tapi tidak seratus peratus. Kerana pada aku, elemen yang terpenting dalam menterjemahkan sesebuah naskhah ialah bukan setakat lakonan, tapi juga pengarahan.
Sebuah cerita yang punya pemain yang mampu membawa lakonan dengan baik, akan menyelamatkan cerita. Tapi sebaliknya, jika lakonan tidak baik, adalah menjadi tugas pengarah yang bagus untuk menyelamatkan cerita itu melalui olahan konsep, teknikal, set, permainan pentas dan sebagainya.
Sebab pada aku, itulah yang kurang dalam pementasan Haus, yang diarahkan oleh Halim Toha. Aku pernah menyaksikan lakonan Halim sebelum ini, dan pada aku lakonannya memang baik. Tapi sebagai pengarah, banyak yang boleh diperbaiki.
Ketara jelas ialah kelemahan pada watak-watak Primadona, Kelasi dan Orang Kaya. Mungkin mereka ini kali pertama berlakon, tapi itu bukanlah alasan kerana audien yang hadir tidak peduli samada mereka itu masih rookie atau ace. Audien mahukan pulangan daripada pelaburan wang dan tenaga mereka.
Naskhah haus memang menarik, jika digarap dengan lebih halus. Kerana konflik dahagakan air memerlukan runtunan emosi dan tenaga yang bukan sedikit dari para pelakon. Biarkan audien juga haus dan resah dengan pertikaian yang timbul. Bukan resah melihat jam menunggu masa tamat.
Set kapal yang bertingkat memang menarik. Kelasi yang diletakkan di atas sekali jelas menggambarkan kuasa yang ada padanya. Manakala Orang Kaya dan Primadona dan saling bertukar tempat dari tengah ke bawah jelas menggambarkan kedudukan mereka yang bisa berubah kerana kesusahan yang dialami.
Korus tidak banyak membantu sebenarnya, kerana sekali sekala mereka mengalihkan perhatian audien, tapi pengarah bijak menghadkan pergerakan mereka dan meletakkan warna yang suram pada korus.
Pencahayaan yang terlalu terang tidak menimbulkan mood keresahan pada audien. Mungkin juga pengarah mahu menggambarkan teriknya mentari yang memancar, tapi warna merah konstan pada kelasi telah mematikan kemungkinan itu.
Tapi yang menariknya, biar dengan beberapa kelemahan, audien seperti terikat untuk terus mengikuti cerita ini. Entah, aku tidak tahu kenapa. Mungkinkah kerana skrip? Atau audien terpengaruh dengan cerita Lost yang ditayangkan di kaca televisyen? Atau inilah keistimewaan pengarah yang aku tidak dapat kesan.

04 April 2006
Dan Bibir Mungil Itu Kudakap.........
Semalam hujan lebat. Malam yang sedia dingin, makin dingin. Aku terjelepuk di sisi dia yang sedang menghirup koko panas yang aku bancuh. Sambil-sambil aku merenung mata hazelnya, mengingatkan aku pada kacang hazel yang ada dalam coklat yang aku makan pada dua minggu lepas. Rangup…….
Dia perasan tenungan aku, “Kenapa awak tengok saya macam tu?”
“Mata awak cantik….”, jawaban separa sedar aku berikan.
“Tipulah, awak bukan tengok mata saya”, manja tapi penuh provokasi.
Aku terusan merenung matanya, “Habis saya tengok apa?”
Dia diam. Dia senyum. Bukan….dia antara senyum dan tak senyum. Dia hirup koko panas, mengalihkan pandangannya ke arah timur. Dia gelisah.
“Janganlah…….”, masih manja, tapi kali ni menggoda.
Aku senyum…sedikit……, “Kenapa?”
Aku rapat. Dia kaku. Aku rapat lagi. Dia terus kaku. Dadanya berombak, ketara beralun.
“Kenapa?”, aku tanya lagi.
Bila bibir mungilnya terbuka sedikit untuk berbicara, aku segera terkam dan dakap dengan bibir aku. Aku nikmati basah dan kehangatannya.
Tapi itu tidak lama, kerana sensasi pedih di pipiku membantutkan rasa berahi yang sebentar tadi muncul. Dan bunyi guruh yang tiba-tiba memalu mematikan nafsu aku. Hairan, guruh itu seolah-olah suara. Suara….??

Aku Sebagai Sutradara: “CUT! Cut! Cut!”
Watak Dia : “Gatai!!! Tamo belakon la lagu ni!”
Watak Aku : “Alamak!”
Aku Sebagai Sutradara : “Apa alamak! Hang ingat aku buat cerita orang putih? Cerita blue? Teater terlampau? Aku suruh feel, bukan sampai pi cium dia!! Hang pi pujuk dia lekaih!! Jahanam cerita aku! %$#@&!! &^$#@ !!!”
(Tu baru satu perangai......)
Subscribe to:
Posts (Atom)