12 April 2006

Lagi cerita Maulidul Rasul

Nawaitu nak berbuat kebajikan (disulam dengan harapan dapat habuan dunia), maka aku pun menolong seorang sahabat dalam projeknya sempena Maulidul Rasul. Dia buat projek persembahan kanak-kanak OKU. Ada satu perbualan yang menarik perhatian aku.

Sahabat : Ha... lepas ni kamu pergi ke sebelah sana. Lepas tu ikut buat-buat baca buku.

Budak : Bang, tanya sikit boleh?

Sahabat : Tanya apa pulak?

Budak : Abang kaler rambut ya?

Sahabat : A'ah, kenapa?

Budak : Orang kaler rambut mana boleh sembahyang!

Esoknya, sahabat aku datang pakai songkok.

13 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Budak itu tau yang mewarnakan rambut tu salah tapi yang budak tu tak tau, mewarnakan rambut juga sebenarnya mungkin tak salah....

pakai songkok? hehehe....

Sayuti said...

kena pada tempat, cara dan perlaksanaan, boleh warnakan rambut. tapi, pakai songkok tu... kelakar.

loppiess said...

eeee..boleh, pakai inai apa tak leh pulak. Kata Munah pada aku.

Soalan: Betul ke apa yg Munah katakan?

Pegawai Khalwat said...

Blackpurple,
Bab salah tak salah aku tak tau, tapi yang aku tau kalau dye tu dah menyerap ke dalam rambut, sah ambil wuduk.

Sayuti,
Betul Sayut. Tapi bab pakai songkok tu, sebab sambutan Maulidur Rasul. Kalau Hari Raya Korban, mau dia pakai serban.

Loppies,
Kalau tak salah aku, betul apa Minah kata. Kalau tak salahla.....

Anonymous said...

jujurnya budak itu. tapi budak itu tidak faham seni! kaler rambut itu seni! seni lah! hahahaha!

Kopi Suam said...

Hmm kalau kaler rambut pakai inai tak salah..nabi kata kalau rambut putih boleh warnakan sebab nak bezakan orang islam dengan orang yahudi...tapi tak boleh warnakan dengan kaler hitam

Anonymous said...

satu projek yang BERJAYA!
hahaha

loppiess said...

to tokey panggung,
kali ni kita cerita pasal kaler rambut je, bab lain akan dibentang dalam isu isu akan datang.

to pegawai yg khalwat,
cadangan isu akan datang: lelaki pakai seluar pendek.

artisticklytouch said...

kahkahkah.... aku kenal sahabatmu ittew!!!! tapi dialog dia lain sebenarnya....

pakai songkok? dia tak mahu jadi bahan ceramah maulidur rasul kot hehehehe

sinaganaga said...

rambut aku? aku kalerkan dengan warna perang gelap. :)

Pegawai Khalwat said...

Gitartong,
Budak tu kecik lagi kot, tu dia konpius.

Kopisuam,
Orang Yahudi rambut putih ka? Aku tak tau pulak. Info baru ni.

Loppies,
Lelaki kat padang bola ke?

Art,
Dialog tu ditambah ajinomoto, biasala.... bahan ceramah? Kuang kuang kuang!

Bro. Naga,
Perang gelap? Rambut ke bulu?

the artist and i said...

kepala makin botak!

Pegawai Khalwat said...

Heartbeat,
Bole pakai rambut palsu pa... lagi macam-macam kaler.