Agak lama juga aku tidak menyaksikan teater jalanan atau street theatre. Tidak ramai yang sanggup melakukannya. Mungkin kerana tidak ada masa, tidak ada idea, tidak ada rakan lakon atau mungkin juga tidak ada berani.
Tapi bagi pelajar-pelajar tahun dua Lakonan dan Pengarahan Pusat Pengajian Seni USM, tidak ada istilah ‘tidak ada’ pada mereka. Atas paksarela mereka mesti melakukannya.
Buah tangan pensyarah yang merupakan seorang doktor falsafah di Pusat Pengajian Seni USM, aku kira sebuah stereotaip yang segar.
Stereotaip – kisah hantu ala Pontianak Harum Sundal Malam merasuk seorang gadis dan usaha untuk dukun-dukun dan pawang-pawang untuk memulihkannya.
Segar – ritual yang ala main puteri dilakukan pada waktu puncak, ketika para pelajar USM sedang dalam perjalanan pergi dan balik ke kuliah, ditambah lagi dengan peserta sebuah seminar baru keluar rehat dan yang paling utama penggunaan alat bukan muzik seperti penyapu, botol berisi air, mug dan sebagainya yang dimanipulasi bunyinya menjadi muzik latar. Teater jalanan seperti ini memang jarang sangat dipentaskan di Pulau Pinang.
Ramai juga yang menonton; yang duduk melepak di situ, yang baru keluar seminar, yang dalam pejabat, yang lalu-lalang. Sayang ianya terlalu pendek dan impaknya kurang, kerana dilakukan siang. Kalau buat malam, mesti lebih impak, lebih seram. Tapi siapa yang nak tengok?
Aku boleh bayangkan kalau ia dilakukan di lokasi luar USM, maka pakat berkerumunlah orang ramai melihat apa yang terjadi, dan mungkin juga mereka ini pakat kena halau dek pihak berkuasa bahana tidak mendapatkan kebenaran serta menganggu ketenteteraman awam (Ganggu lalu lintas pedestrian, perhimpunan tanpa permit dan sebagainya).
Entahlah, aku tak pernah mencuba di kawasan kota. Setakat pernah cuba di Kebun Bunga. Dan terdengar orang berkata waktu itu, ‘eh…mana kamera?’. Teater dah disamakan dengan drama televisyen.
Buat Dr. A.S. Hardy, buatlah selalu. Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau boleh buatlah kat luar USM pula, kita tengok siapa yang kena!

6 comments:
teater dalam dewan pon blum pernah tinguk, pa lagi teater di jalanan...hehehehhe...em, teringin la plak mo tinguk pas baca entry nie... :)
Ini sebenarnya idea Dr Kipli yang tidak dapat hadir hari ini (ada kematian dalam keluarga) jadi Dr Hardy tolong jaga. Story ini bermula dari cerita pontianak di Sungai Nibong. Sebagai penutup bagi sidang ini, kami buatlah.
teater jalanan hari2 berlaku dan macam2 cerita.
tapi yang hang cerita ni tak pernah pulak tahu. awat tak bagi tau awal bleh gak pi tengok!
Hitomi,
Teater dalam dewan kat Tanjung ni boleh penuh kalau kena gaya. Aku dah pernah tengok teater Melayu dan Inggeris yang penuh.
Adel,
Thanks for the info. Pontianak Sg. Nibong? Ha ha ha... pontianak Shell...
With your permission, i want to put some of the final project pics, extracted from your blog. Thanks!
Gitar,
Aku pun baru tau time tu!
Kau tulis,
Sayang ianya terlalu pendek dan impaknya kurang, kerana dilakukan siang. Kalau buat malam, mesti lebih impak, lebih seram. Tapi siapa yang nak tengok?
Aku fikir,
Kalau buat malam, siapa pula yang berani lakonkan? Takut tersampuk pula!
Tapi aku amat bersetuju, teater jalanan ini memang patut dibikin selalu. Supaya orang awam lebih senang mendekati dan memahami ekspresi seni.
786,
Kalau ada yang tersampuk, barulah betul-betul lakonan realistik. ha ha ha!
Post a Comment