Yang pernah kita tengok;
Yang tak pakai baju, tak pakai seluar, tak pakai kain....
Peluk
dalam tv dan cd
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, tapi yang dalam saja....
Peluk
dalam tv dan cd
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, tapi macam tak pakai…
Peluk
dalam tv, cd dan realiti
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, pakai tudung.....
Peluk
dalam realiti, tapi tak jumpa dalam tv dan cd
Yang kita mungkin tak pernah tengok;
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, pakai tudung.....
Peluk
selebriti botak sang penyanyi, ramai-ramai ambil giliran, tengah orang ramai-ramai, dalam realiti
Yang tak mungkin kita tengok;
Yang pakai baju, pakai seluar, pakai kain, pakai tudung, tapi sekejap saja terlondeh....
Peluk dan peluk dan.....
tak kira selebriti atau marhaenis
dalam tv, cd atau realiti
Tapi siapa tahu satu, dua, tiga hari nanti.......
16 comments:
heehh buat aku tersenyum sendirian...hmm manusia memang mudah lupa..selalu menghalalkan yang haram
Salam,
Sinis sekali ujaran itu, tapi saya suka. Mengingatkan saya kepada jalan pulang yang semakin hampir.
dalam maknanya tu...beingatlah selalu
entahlah mawi ni.
apalah nak jadi ngan peminat dia
Salam
Hah dalam Gubra dah ada nampak punggung ni nak jadi apa?
Wassalam
Biasa nampak mereka-mereka yang pakai baju senteng, nampak pusat, nampak alur2.... masuk mahkamah syariah pandai pulak bertudung litup.... menutup muka malu bila masuk tv....
haha! kena dah! ada yang terasa? dalam cd ka realiti?
saya insaf..
bagus..
mengingatkan semua..
terima kasih.
Tokey Panggung,
Melayu Boleh! Serba serbi boleh!
Kopi Suam,
Lupa tu tak lupa, tapi buat-buat lupa.....
Bunga Rampai,
Jalan pulang kita ingat, jalan datang pun kena ingat, perjalanan tu kita kena sedar.
Anony,
Dalam dok beringat ni lah yang ramai tak ingat.
Ron97,
Mawi? Siapa Mawi? :P
Tuan Faisal,
Tu satu permulaan, lepas ni tengoklah, macam-macam pula nampak.
Blackpurple,
Itu sebab nak hormat mahkamah. Yang lain tak hormat tak apa, tak kena saman.
Gitartong,
Saya terasa..... sebab iman saya selemah-lemah iman.
Ic3dlatt3,
Bagus, kalau dah ingat. Peringatkan orang lain pulak.....
syukur cuaca dapat baca entry ni
*sambil tadah tangan*
salam..
memang entry ni straight to the bull's eyes...kita semakin lupa dunia dunia dah nak dekat Qiamat...kalu nak peluk peluk...kawin ja laaaa... kan?
saper makan cili dia rase pedas...samper makan garam dia rasa masin..
siapa makan nasi dia kenyang :)
Cuaca,
*turut tadah tangan*
Simah,
Depa kata kawin muda tak enjoy hidup......
Kemat,
Makan cili banyak-gastrik, makan gram banyak-darah tinggi.
Op,
Kalau nasi tu orang tu makan sikit saja?
yang pasti, ramai yang suka tengok apa yang boleh ditengok itu.
sehingga buta!
Sayut,
Buta mata, buta hati, buta kare, buta perut!
(Bab perut aku tak mengata hang tau!)
Post a Comment