24 September 2007

Budaya Adaptasi Novel Ke Filem

Tidak berapa lama lagi akan ditayangkan filem Bourne Ultimatum. Filem ini sebenarnya instalasi ketiga selepas Bourne Identity dan Bourne Supremacy. Ketiga-tiga filem ini berjaya di pasaran walaupun mungkin tidak boleh lawan filem box-office macam Transformer atau Lord of The Ring.

Untuk makluman kalian, filem ini sebenarnya adalah adaptasi daripada karya penulis novel terkenal Robert Ludlum. Robert Ludlum? Siapa tu? Kalau di Tanah Melayu ni, rasanya lebih ramai yang kenal J.K.Rowling, J.R.R.Tolkien, Michael Crichton, Tom Clancy mahupun Stephen King yang novel mereka telah banyak diadaptasi menjadi filem. Yang terbaru, tentunya Dan Brown yang tiba-tiba menjadi terkenal dek kerana Da Vinci Code yang kontroversi itu.

Tapi Robert Ludlum? Berapa kerat yang kenal Robert Ludlum. Satu karya Robert Ludlum yang diadaptasi ke filem yang pernah aku tonton adalah Apocalypse Watch, yang menceritakan kumpulan bawah tanah Pro Nazi cuba meracuni takungan air di Great Britain. Lakonan Virginia Madsen dan entah beberapa orang pelakon gred B.

Jadi, apa yang membezakan antara produksi gred B dengan produksi gred A? Ceritanya tetap sama hebat. Adakah pada lakonan para pelakonnya atau pada pengarahannya. Sukar dipastikan.

Filem-filem adaptasi ini kalau di Tanah Melayu memang amat kurang. Cubalah kira berapa kerat filem Melayu yang diadaptasi dari novel? Black Widow Wajah Ayu. Lagi? Entah, dalam senarai kosa kata filem aku, cuma itu sahaja filem adaptasi dari novel. Mungkin ada lagi, tapi aku yang buta filem.

Apakah lekeh sangat novel kita hingga tak boleh diadaptasi. Atau pembikin filem kita yang tidak mahu mengambil risiko mengadaptasi sesuatu yang belum tentu laku. Apakah salah masyarakat kita yang malas membaca. Kalau ada yang membaca novel pun populasinya tidak banyak. Dan kalau ramai pun yang membaca novel, dikatakan pula novel yang lebih banyak dibaca adalah karya picisan, bukan karya yang berat.

Dan semacam menjadi tren sebelum ini, buat filem dulu, baru buat novel. Eloklah kalau niatnya mahu memupuk budaya membaca. Tapi terpupukkah kalau sekadar membeli kerana menyokong produk itu sahaja?

Hubaya hubaya hubaya! Ketibaan pelbagai persoalan ke balai roooonnnggggg serriiiiiii!

12 comments:

jinggo said...

novel kita banyak yang berkisahkan cinta lebih popular.....
yang selebih nya memang kurang di minati org malaysia...
terutama org melayu.....
kalau kisah cinta yang nak di adaptasikan ke filem kena la lawan usop haslam dulu....
hihihiiiii.....
tunggu hang buat la...
ok kot...
aku nak tanya hang la....
kalau hang di beri peluang untuk mengarah filem yang diadaptasikan dari novel..... novel apa yang jadi pilihan....

Butaseni@Wan Raja said...

aku lebih minat novel yg telah diadaptasikan manjadi teater yg bertajuk Apokaliptika karta Dudok.

Butaseni@Wan Raja said...

karta pulok....karya dudok the dewa

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
1515 Faisal Tehrani.

Butaseni
Bila masa Apokaliptik asal dari novel? Hang tau? Hang tak tau....

Butaseni@Wan Raja said...

aku tau sebab aku tengok ada scorpion queen hahahhaa

ah_zan said...

Mat Som & especiallly P Ramlee's movie. Some are derive from all folks tales i.e. hikayat melayu lama.

artisticklytouch said...

ranjau sepanjang jalan, shahnon ahmad

janji diana

mira edora, khatijah apa ntah, tak ingat

Anonymous said...

gila-gila remaja..haha..

Pegawai Khalwat said...

Axan
Mat Som bukan novel biasa tapi novel grafik. Cerita hikayat tak kira aaaa...

Art
Ranjau Sepanjang Jalan, betul.
Mira Edora, betul.
Janji Diana? Errk....

Anony
Haha...

Anonymous said...

sebenarnya kita banyak novel yang best-best macam karya2 Faizal Tehrani dan Ramlee Awang Murshid.Tapi setakat ni tiada adaptasi dari novel ke filem yang berjaya, tidak tahu kenapa. Mungkin penulis skrip dan pengarah tak dapat menghayati novel ataupun kurang belanjawan. Filem kita amat parah, nak menandingi filem Thailand atau Hong Kong pun payah, malah filem Singapore pun lebih hebat dari filem melayu.

Anonymous said...

saya minat giler 1515..hehe

Bunga Rampai said...

Salam,

Menarik tulisan ini. Sesuatu untuk difikirkan.