10 September 2007

Ulasan Yang Terpulas - Waktu Sesudah Itu - Versi Bakawalee

Alhamdulillah, pada 8 & 9 September yang lepas, aku dan rakan Bakawalee telah berjaya mementaskan sebuah teater separa improvisasi. Aku katakan begitu kerana kami telah mencincang naskhah berkenaan dari 45 muka surat dan 17 babak sehingga menjadi 9 babak dan dipentaskan selama 1 jam. Latihan pun tak lama kerana ini adalah projek ekspress. Semua pelakon bermain dengan senario yang diberikan dan senario itu adalah hasil potong/cantas/kerat/tampal setiap babak yang ada. Inilah percubaan pertama kami berimprovisasi dengan sebuah cerita yang serius. Jadi memang ada kelemahan-kelemahan dek kurangnya tempoh latihan dan juga kurangnya pengalaman.

Pementasan ini merupakan gabungan antara muka baru dan lama. Lama pun tak lama sangatlah, tapi lebih sesuai kalau aku katakan muka yang dah biasa muncuk di pentas teater Tanjung. Muka-muka baru pula terdiri daripada para pelajar berani mati dari USM. Jadi boleh juga dilihat jurang yang agak ketara. Yang membanggakan, muka baru cukup cepat belajar dan mereka memang layak muncul di pentas teater. Visual latihan sedang dijalankan di bilik yang berhawa dingin dan selesa.

Pementasan ini sebenarnya sumbangan kami yang tidak seberapa kepada Ulang Tahun 50 Tahun Kemerdekaan, terutamanya Jabatan Kebudayaan & Kesenian Pulau Pinang yang menjadi penganjur bersama. Rugi rasanya pentas auditorium P.Ramlee tidak bermandikan cahaya lampu yang menerangi sebuah pementasan bertemakan kemerdekaan. Dengan masa yang suntuk dan bajet yang ciput, kami usahakan juga agar pementasan ini dapat direalisasikan. Visual pemain sedang memanaskan badan dengan permainan ultraman, rambo, pontianak.


Aku bersyukur kerana pementasan ini berjalan dengan lancar dengan izin-Nya walaupun ada sedikit kekangan seperti rumah naik air, hilang suara dan sebagainya. Pada aku, inilah percubaan berani mati Bakawalee, membuat sebuah teater improvisasi serius dengan para pemainnya kali pertama mencabar diri memegang watak yang tidak biasa dengan diri mereka. Dan dalam masa yang singkat mereka berusaha untuk menjiwai watak berkenaan. Visual raptai penuh Bidin cuba menghalau Hendon dari rumahnya, dengan Karim mendengar dengan penuh sabar.


Istimewanya pada kali ini kerana kami ada menu ikan talang kering dari Tanjung Dawai dan pelbagai ikan laut dalam seperti ikan landuk, ikan kacang dan bermacam nama ikan yang aku tak pernah dengar dan tidak ada di pasar basah dan juga pasar besar, yang diimport khas dari laut di Satun. Semua ikan hasil tajaan Jinggo. Visual ikan landuk bakar dengan gulai ikan talang kering sedang dibaham oleh pelahap-pelahap ekstrem.


Itulah serba sedikit tentang pementasan ekspress ini. Nak iklankan di sini pun tak sempat. Terima kasih kepada semua yang sanggup membantu dan sabar dengan kerenah aku. Visual semua pemain dan petugas pentas sedang mendengar taklimat dan komen tentang kelemahan, keburukan dan kelebihan mereka.

14 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

ternyata memang aku tak baguih.

tegezoot said...

aku pun sama jugak! tapi Alright!!!

Anonymous said...

awat tak habaq kata ada teater sempena merdeka.kalo dak, bleh la pi tengok..huhu

hana

jinggo said...

aduh kesian....
sampai hilang suara la....
rumah sapa yang naik air tu.....
ish... ish... ish... kesiaannnn...

DeeN said...

"Terima kasih kepada semua yang sanggup membantu dan sabar dengan kerenah aku.."

Er..er.. hang garang ker? ;)
Selamat berpuasa!

Anonymous said...

sodap makan!

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Bro, selamat berpuasa :)

Unknown said...

ini musti d penang... bila nak buat teater di KL?

selamat berpuasa bro.

sinaganaga said...

bila nak berteater 10 minit di Maskara, bang?

Unknown said...

Salam.

Manyak bagut la lu main itu tieter ho? Tapi aa itu gambat nasi tapau bikin wa tatak sinang lulok lo! Pasat apa lu tau ka? Pasat puasa ma! Aiya...!

Soli aa tumpang nyalan. Salam Ramadhan.

artisticklytouch said...

apa aku nak komen ha?

jiwa! jiwa takdak! jiwa!

ha ha

tak syoknya sini takda pasar ramadan..

Nur Hafiza Hasan said...

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada Enche Pegawai Khalwat..

Selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih.
Semoga segala amalan kita diberkati Allah.
Aminnnnnnnn~

Pegawai Khalwat said...

Maaf kalau aku lewat membalas komen kalian. Aku sekeluarga demam sejak seminggu lepas.

Butaseni
Usaha tangga kejayaan!

Tegezoot
Piiraahhh!

Hana
Laa? Liana tak habaq? Tak patut.

Jinggo
Taste member hang.

Nuraddeen
Tak garang, cenge.

Kamarul
Musti!

BR
Selamat!

Halogamora
Bulan 11 insyaallah.

Naga
Bila ada masa, ada tenaga, ada Izin.

Ah Kim
Palan palan nyalan.

Art
Jiwa mai kot mana kalo masing-masing pun dok terkial2 nak mereka line.

Psss... tak dak pasar Ramadan? Takpa, hotel punya menu pun best apa.

Miss_Tree
Aminnn!!

blackpurple @ jowopinter said...

Ikan talang kering, ikan landuk, ikan kacang ...isk! Tak pernah jumpa aku...