02 July 2009

Ulasan Yang Terpulas - Monolog di Festival Teater Tanjung

Bermula semalam, atau kelmarin kata orang utara, Festival Teater Malaysia 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah bermula. 4 buah monolog telah dipersembahkan kepada juri dan beberapa kerat penonton yang hadir. Ini rebiu aku. Aku bukan juri, tapi aku suka hati saja nak buat rebiu dari pandangan akal yang dangkal dan naif dan daif.

Halusinasi Sang Algojo
Skrip, arahan, lakonan A. Hamid Mokhtar. Cerita tentang sang algojo yang kerjanya menggantung pesalah yang telah disabitkan kesalahan di penjara. Algojo kerap berhalusinasi, mungkin akibat tekanan perasaan dan akhirnya secara tidak sedar membunuh isterinya sendiri. Cerita berlaku di dalam penjara.

Skrip ini ada kekuatannya, tetapi kekurangan yang paling ketara bila pelakon terpaksa bertukar kepada banyak watak yang lain, dan kaedah yang digunakan ialah blackout. Konsentrasi kerap terganggu oleh blackout dan juga pengendalian pencahayaan yang tidak kemas, ada ketika terlalu laju ketika pelakon belum bersedia dan sebaliknya. Aku juga masih cuba mengaitkan antara pembesar zaman silam yang berkeris sebagai lambang kaya, orang tua bertongkat zaman silam sebagai lambang kuasa, dengan cerita yang menggunakan latar masa kini. Apa-apa pun, ideanya ada, cuma boleh diperhalusi lagi.

Eksperimen Pembunuhan Raja Lekuk
Skrip Abu Musarif (bukan Abu Sayaf), Arahan cikgu ..... (aku tak ingat nama dia), lakonan oleh .......(pun aku tak ingat nama dia). Seorang ejen dihantar balik ke masa lampaun untuk mendapatkan komputer IBM model apa ntah, komputer asal dengan pengaturcaraan Linux dan membawa balik bayi bernama Raja Lekuk, yang dikatakan bakal menjadi pemerintah yang zalim di masa depan.

Idea skrip memang rancak. Tapi pelaksanaannya, terpaksa pengarahan dan lakonan, masih memerlukan usaha yang jauh. Tapi aku puji kerana mereka berani mencuba. Yang berlakon tu pelajar sekolah menengah dan yang mengarah adalah cikgu sekolah menengah, yang mungkin tidak banyak pendedahan kepada teater tapi aku minat. Pendek kata, teruskan berjuang.

Jebat : Rahsia Kesumat
Skrip Dudok, Arahan dan Lakonan Wan Azrul. Hipotesis tentang adakah Jebat bernafsu songsang kerana kasihnya yang melampau kepada Tuah hingga sanggup menderhaka.

Ini aku tak boleh rebiu, kerana karya sendiri dan aku sendiri berada dalam pasukan itu. Tapi apa yang boleh aku katakan, persembahan semalam memang bagus, tapi aku pernah lihat yang lebih bagus. Mungkin kerana aku tak sempat buat raptai penuh.

2 tingkat
Skrip Abu Musarif. Lakonan dan Arahan Fizi.
Cerita ala Robin Hood. Seorang lelaki yang cuba menjustifikasikan dirinya kerana dia seorang perompak, dan hasil rompakannya diserahkan kepada orang kampung.

Lakonan Fizi, aku akui memang bagus. Dengan latihan dan tunjuk ajar yang betul, dia boleh pergi jauh. Sayang kerana permainan ruang dan level agak tidak menyeluruh. Kekurangan yang ketara pada pengarahan apabila banyak aspek seperti terabai. Kekuatan difokuskan pada pelakon semata-mata. Ada ketika pelakon nampak sesat mencari apa yang nak dikata, tapi bijak disembunyikan. Olak tubuh boleh diperkemaskan lagi. Keseluruhan, bagus.

Begitulah serba ringkas dari aku yang naif dan daif ini. Harapnya aku sempat nak buat rebiu setiap teater yang aku tonton selang sehari, kalau sempatlah.

Apa-apapun, terima kasih kepada Dr. Shark, Helmi dan geng-geng Tronoh Teather Shop dari Universiti Teknologi Petronas yang hadir memberi sokongan pada malam itu. Maaf tak sempat nak sembang panjang semalam. Harap lepas-lepas ni kita boleh bersembang lagi dan bertukar fikiran.

Tukaran akan datang, 5 Julai 2009, Teater kanak-kanak, Kisah Si Semut.

15 comments:

artisticklytouch said...

nanti aku nak tengok videonya..aku p tengok Kisah Semut yang dah menang ittew..

Claire said...

:) From my point of view as a newbie, Wan Azrul did a great job & i really enjoy his performance. Pada pandangan saya yg tidak seberapa jauh ni, skrip PK ni sangat menghiburkan, pelakon pula punya penghayatan yang bagus biarpun ada tersasul di sana sini...hopefully he'll win. ;)

tegezoot said...

Usop Hebat!!!

Anak Antu Seni said...

sememangnya aku bencikan pertandingan...

Dr. Shark said...

Thank you for inviting us. Tapi sayang tak dapat tengok dua lagi monolog (petang) untuk di buat perbandingan. Anyway, I hope takdir menyebelahi Jebat! Oh...Wan Azrul tu pertama kali berlakon ke? Pengalaman yang bagus. Teruskan usaha lebih gigih (macam cikgu sekolah sign repot kad pulak)

artisticklytouch said...

usop dewa!!!

Claire said...

Err... Dr Shark, i was referring to myself as a newbie for this whole theater thing. I believe Wan Azrul has plenty of experience in acting. ;)

Pegawai Khalwat said...

Art
mai awai, nanti penuh. Jangan last minit suruh aku mai ambik pulak, kang jem.

Claire
Thank you Claire. Menghiburkan dah berjaya. Ada beri kesan apa-apa tak? Contohnya more intellectual ke.

Tegezoot
Hebat kat kampung buat apa.

Anak Antu Seni
Tapi yang pronya, hang dinilai oleh orang yang memang kita tau bagus dalam hal begini. Hang nak dikatakan bagus oleh kebanyakan penonton yang tidak mendalami teater? Cukupkah?

Dr. Shark
Soalan Dr. tu seolah membuktikan lakonan Wan Azrul sepatutnya lebih hebat dari itu. Ya, memang sepatutnya. Dia bukan pertama kali berlakon. Anyway, terima kasih kerana datang. Kalau TTS ada show, jemputlah kami. Kalau ada masa terluang kami cuba sampai.

Art
Dewa kalah buat apa?

Claire
Dr. Shark not talking to you Claire. Mua ha ha....

Nyda Zamani said...

Tahniah!!
Jebat best!
hehe

Claire said...

hihihi....i was wondering why in a sudden Dr is saying that Wan Azrul was acting for the first time..i thought he get that idea somewhere here...hehehe

Intellectual eh? The script literature was very good i think & mmm...in a way, i think the whole thing was u telling people to think differently, as in challenging minds to be more open and those sort of things, yes?

Pegawai Khalwat said...

Nyda
Lepas ni Nida lak jadi Dang Wangi.

Claire
Exactly! You are absolutely right. I want people to think outside the box.

Anak Antu Seni said...

saya dah pernah dinilai oleh orang yang betul2 bagus dalam hal ni, cuma x suka suasana pertandingan kerana rasanya jiwa seni saya ini bukan untuk dipertandingkan...

Anonymous said...

walau apapun berlaku,aku tabik spring la kat korang2 semua ni...nak kene hafal 3,4,5,6 helai muka surat...conform aku pengsan...


wak

The Island of NAMOYAKI, said...

salam PK,

ulasan tentang 'audience's crowd' pula di mata pemerhati-pemerhati, wadi pemikir, pengarah, panca seni tentang pementasan teater di tanjung setakat ini?

Dr. Shark said...

Apa yang terjadi pada Skala 1-10 PK?