04 April 2006

Dan Bibir Mungil Itu Kudakap.........

Semalam hujan lebat. Malam yang sedia dingin, makin dingin. Aku terjelepuk di sisi dia yang sedang menghirup koko panas yang aku bancuh. Sambil-sambil aku merenung mata hazelnya, mengingatkan aku pada kacang hazel yang ada dalam coklat yang aku makan pada dua minggu lepas. Rangup…….

Dia perasan tenungan aku, “Kenapa awak tengok saya macam tu?”

“Mata awak cantik….”, jawaban separa sedar aku berikan.

“Tipulah, awak bukan tengok mata saya”, manja tapi penuh provokasi.

Aku terusan merenung matanya, “Habis saya tengok apa?”

Dia diam. Dia senyum. Bukan….dia antara senyum dan tak senyum. Dia hirup koko panas, mengalihkan pandangannya ke arah timur. Dia gelisah.

“Janganlah…….”, masih manja, tapi kali ni menggoda.

Aku senyum…sedikit……, “Kenapa?”

Aku rapat. Dia kaku. Aku rapat lagi. Dia terus kaku. Dadanya berombak, ketara beralun.

“Kenapa?”, aku tanya lagi.

Bila bibir mungilnya terbuka sedikit untuk berbicara, aku segera terkam dan dakap dengan bibir aku. Aku nikmati basah dan kehangatannya.

Tapi itu tidak lama, kerana sensasi pedih di pipiku membantutkan rasa berahi yang sebentar tadi muncul. Dan bunyi guruh yang tiba-tiba memalu mematikan nafsu aku. Hairan, guruh itu seolah-olah suara. Suara….??

Aku Sebagai Sutradara: “CUT! Cut! Cut!”

Watak Dia : “Gatai!!! Tamo belakon la lagu ni!”

Watak Aku : “Alamak!”

Aku Sebagai Sutradara : “Apa alamak! Hang ingat aku buat cerita orang putih? Cerita blue? Teater terlampau? Aku suruh feel, bukan sampai pi cium dia!! Hang pi pujuk dia lekaih!! Jahanam cerita aku! %$#@&!! &^$#@ !!!”

(Tu baru satu perangai......)

6 comments:

Anonymous said...

aku pun suka acting! aku nak pegang watak crook. pukul, buli, rogol orang! ha ha ha! tapi muka aku baik tak macam crook.. macam cerita hang ni jadik hero pun baguih!

ps: dulu.pernah cuba ujibakat dengan khalid salleh punya teater (tajuk apa, lupa dah) sampai la ni belom ada jawapan. tak dapat la tu kot!

Anonymous said...

lain kali, pilih atress yg tak lawa.

sinaganaga said...

Oit oit! Bak mai aku try berlakon teater hang!

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
Muka baik tak macam crook la best. Orang tak sangka. baru ada suprise.

Ron,
Actress tu kira tak lawa dah la tu.

Bro. Naga,
Aku bagi actress tak lawa mau blakon tak?

Anonymous said...

kalo dh nama lelaki, lawa/tak lawa kalo ada depan mata (pree), semua hentam.

Sayuti said...

(teruja)