31 March 2006

Mamak! Wangge! Kira!

Suatu hari, aku membawa rakan lama makan nasi kandar yang terkenal di Tanjung.

0 : Kau bawa aku makan nasi kandar yang sedap. Macam Nasi Kandar *******

$ : Aku nak tanya hang, hang nak makan yang sedap atau yang selesa.

0 : Ada beza ke?

$ : Selesa tak semestinya sedap. Macam restoran yang hang sebut tu. Tapi kalau sedap tak semestinya selesa pulak.

0 : Jauhari juga yang mengenal manikam. Aku nak yang sedap.

$ : Hang belanja?

Dia membelek kopek duitnya, aku nampak warna merah dua keping.

0 : Boleh…….

Dan aku pun bawa dia ke lokasi nasi kandar yang sedap. Sebuah kedai di celah kedai yang dipenuhi binatang peliharaan seperti kucing, lipas dan tikus.

$ : Hang pilih la dulu lauk. Aku nak pi beli top up.

5 minit kemudian aku sampai.

$ : Alamak!

0 : Kenapa?

$ : Tak apalah. Makan dulu.

0 : Sedap betul! Tak sama dengan kedai yang biasa aku makan. Tapi tak bersihlah…..

$ : Kos melepas.

Habis makan.

$: Mamak! Wangge! Kira!

Mamak pun kira.

0 : RM 35.70? Mahal gila!

$ : Aku lupa nak bagi amaran kat hang. Jangan ambik udang, sotong dan telur ikan serentak. Dan jangan ambil lebih dari satu.

0 : Aku mana cukup duit!

Kena juga aku!

9 comments:

Sayuti said...

kesian... tapi sedap pulak bila baca pasal lauk2 tu.

:D~

Sayuti said...

lagi satu, ulasan2 anda tentang teater tu tak dapat saya komen kerana saya tak pernah menonton teater secara serius. tapi, ulasan2 anda membuatkan saya nak tengok teater. betul!

Anonymous said...

haha! mamak! aku tahu.. aku pernah kena..

Anonymous said...

dia saja ambik lebih untuk kenakan hang suh bayar jugak
hahaha

Pegawai Khalwat said...

Sayut,
Hang nak yang sedap atau yang selesa? Ehh.....

Cuba-cuba la tengok teater dan lihat disebaliknya.

Gitar,
hang pernah kena? ha ha ha! Padan muka kita!

Ron,
Nasib baik aku ada duit lebih. Kalau tak??

Ku Keng said...

Tuan Pegawai, jangan ambil kira mahal, kolestrol sheikh, kolestrol.

blackpurple @ jowopinter said...

kedai mamak ni selain mahal, satu lagi aku cukup tak suka, tiga kali kira, tiga-tiga mesti lain harga...........

kunci hilang said...

ha ha.
pergi buat laporan.
nanti mamak tu famous. masuk surat khabar.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,
Kolestrol tu yang sedap!

Blackpurple,
Lain kali kira dua kali cukup. Kalau tak puas hati suruh dia kira lima kali. jangan tiga kali, nanti kita yang tak puas hati.

Kunci,
Kedai mamak tu dah tak larat masuk surat khabar sebab kesedapannya. Tapi takat denda RM1000, celah gigi jela bagi dia.