14 March 2007

Kencing Yang Kencing

Semalam aku bersama beberapa sahabat, lepas latihan teater, kami lepak melepas lelah di sebuah gerai char kuey teow. Seorang sahabat bertemu sahabat lamanya di situ lalu bercerita panjang. Kawan ni duduk mana, kawan tu kerja mana.

Sahabat Lama : Si Anu hang tau ka dia dok buat apa la ni?

Sahabat Aku : Oh.... dia tu dah ada kareer tetap sekarang.

Sahabat Lama : Kerja apa?

Sahabat Aku : Kerja dengan majlis perbandaran.

Sahabat Lama : Tu ka?

Sahabat Aku : Tapi cukup celaka dia. Pagi-pagi buta mai ketuk rumah aku.

Sahabat Lama : Awat? Minta jadi penjamin?

Sahabat Aku : Penjamin kejadah apa. Suruh aku kencing. Dua kali pulak tu. Tengah hari mai lain, kata tumpah. Celaka betoi! Nak kencing orang suruh aku kencing pulak.

6 comments:

blackpurple said...

Ini 'kencing' yang mana satu nih..?

artisticklytouch said...

seperti kukenal siapa yang kencing. Kenalkah?

Pegawai Khalwat said...

BP
Kencing betul dan kena 'kencing@tipu'.

Art
Tak, hang tak kenal, aku tak kenal, tapi PPLT kenal.

Psss... ada berita hangat dari PPLT tetang D'az.

bunga rampai said...

Hehehe...faham...

Salam, selamat berhujung minggu :)

artisticklytouch said...

D'az?? macam pernah dengar...nak kahwinkah?

Pegawai Khalwat said...

BR
Maaflah, replynya dah hari kerja.
Selamat bekerja.

Art
Kahwin? Ha ha ha!
Bukan, kisah dia membesarkan diri, pada orang yang sebenarnya sahabat kepada sahabat kita.