Beberapa hari saja lagi pementasan aku dan rakan-rakan akan bermula. Ada benda yang dah siap, tapi ada benda yang tak siap. Biasalah tu. Aku tak kisah sangat sebab aku ini fleksibel orangnya.
Tapi aku bukannya nak bercakap tentang pementasan aku. Semalam, aku singgah makan dekat nasi beratur di sebuah kawasan perumahan yang agak dekat dengan kawasan pementasan aku. Aku panggil nasi beratur kerana setiap kali pergi mesti kena beratur. Tak tahulah apa orang setempat panggil gerai tu.
Seingat aku, gerai tu dah ada dari mula-mula aku menjejakkan kaki di asrama sekolah yang juga berdekatan dengan gerai itu. Mula-mula jadi junior tu, aku tak biasa sangat dengan nasi tu. Al-maklumlah, dibuka hanya selepas pukul tujuh, dah masuk waktu perintah berkurung pun. Tapi bila dah masuk tingkatan tiga, dah mula kenal kurang ajar dan pemberontakan, maka nasi beratur jadi pilihan selain beberapa menu lain di kawasan itu.
Iyelah, siapa yang larat makan ikan naga, bihun dawai, nasi beras. Dapat merasa makanan yang dijual dah dikira syurga. Menu utama, nasi, gulai daging, telur, ubi. Sebab itu yang paling murah. Kalau ada duit sikit, bolehlah makan ayam, ikan bareback atau ikan belah belakang, dan sebagainya.
Gerai tu dekat pula dengan surau. Dekat sangat. Jadi selalunya, bila kami keluar, waktu Maghrib, jika dengar suara yang mengimamkan Maghrib tu adalah ketua warden kami, maka kami akan timing betul-betul. Sempat tak beratur sehingga habis solat dan doa. Bukan apa, takut ustaz ketua warden tu keluar tengok ada muka kami di luar kawasan asrama waktu perintah berkurung. Tak pasal-pasal kena. Kalau agaknya tak sempat, maka kempunanlah kami walau lauk dah ada depan mata.
Sekarang masih ada lagi. Siapa yang nak mencuba, bolehlah. Datang ke Tanjung dan aku akan bawa. Ini bukan nasi kandar dan bukan iklan nasi kandar.

5 comments:
first time nih dgr ikan naga, ikan bearback. bila la bleh sampai penang ek.
nasi beratur?? hehe.. nice name. maybe,kalu kamu pergi time tuan kedai baru nak bukak kedai,maybe kamu x yah beratur.
Halogamora
Maila holiday sini. Bawak famili sekali.
Penyu
Sebelum dia bukak dah ada orang beratur.
Aku rasa aku macam pernah mencemar duli di sana....
weh ada satu lagi tempat kena beratur jugak...beratur panjang2 ambik lauk simple jer..
haa...kat area itu jugalah si anu digigit telinganya sampai putus lalu kena masuk wad
Post a Comment