29 March 2007

Fikir Fikir

Sesetengah orang tidak dapat bekerja dengan baik dalam tekanan. Tapi aku tidak pasti sama ada definisi baik itu dapat aku aplikasikan dalam cara aku bekerja ketika dalam tekanan. Tapi yang pasti aku tiada masalah bekerja dalam tekanan.

Bulan-bulan sebelum ini aku memang pada tahap maha sibuk, hinggakan aku mengabaikan sebahagian besar kerja-kerja kreatif dalam Devian Dogma. Otak kanan aku tidak dapat berfungsi dengan baik pada ketika itu terutama bila setiap masa aku diasak dengan deadline jangka pendek. Maka bak kata Covey, "put first thing first". Maka terabailah minat aku.

Bila esok lusa aku nak pentaskan Devian Dogma ni, barulah otak kanan aku berfikir dengan pantas. Tapi aku terperangkap pula dengan kerja-kerja pengurusan yang terpaksa aku buat. Tapi sekarang pandangan aku dah makin jelas. Aku sudah nampak visual yang akan aku sampaikan setelah dibuat beberapa perubahan akibat kekangan masa, buruh dan kos.

Aku tidak tahu bagaimana orang lain berfikir secara kreatif atau dari mana mereka mendapat idea. Tapi bagi aku, ada beberapa perkara yang merangsang idea kreatif aku. Pertama bila aku menonton filem-filem, tidak kiralah apa filem pun. Ini termasuklah drama televisyen dan sebagainya.

Yang kedua bila aku memandu atau menunggang motosikal berseorangan pada jarak jauh. Memberi aku peluang untuk berfikir panjang, selagi aku tidak dibebani dengan perkara lain terutamanya perihal kerja.

Yang ketiga bila aku lepak bersama para sahabat di kedai mamak, sambil minum kopi atau susu segar campur telur, bersembang tentang teater, dan di situ juga otak kanan aku dengan pantas akan berfikir secara kreatif.

Pada masa-masa yang lain, aku sangsi. Tidak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, tiba-tiba aku dapat idea cantik punya ketika sedang bermesyuarat. Atau ketika aku sedang mengendalikan program. Atau ketika aku sedang makan nasi di rumah. Mungkin sebab itulah aku tidak boleh berfikir secara genius. Orang yang genius boleh berfikir dan mendapat idea di mana-mana saja.

Tunggu apa lagi? Mulalah berfikir.

8 comments:

.:HalogAmora:. said...

aku? .. masa driving/mandi/tgh dengar lagu/gardening.. selalunye la.

bunga rampai said...

Wah, ada perubahan lagi dalam blog. Saya fikir itu tandanya empunya blog sering berfikir :)

Aah, ada lagu joget ...

is150 said...

berfikir... bagi aku sonang jo.. banyakkan membaca... dan percaya kat org lain...

blackpurple said...

Berfikir itu cuma satu proses. Samada disengajakan atau datangnya secara kebetulan. Bagi akulah.

Tapi betullah. Kekadang idea itu datang bila kita tidak merasakan yang kita sedang berfikir....

Tapi berfikir itu juga perlu latihan dan pupukan...baru jadi budaya. Tak begitu..?

tuan tanah said...

Entti ini buat saya berfikir :D

Pegawai Khalwat said...

Halogamora
kalau bukan selalu?

BR
Sering? Sentiasa....

is150
Baca tu ok. Percaya kat orang? Nanti kena pijak kepala.

BP
Betul. Perlu latihan dan pupukan. Tidaklah main suap saja.

TT
Maka aku kena perbanyakkan entri lagi.

artisticklytouch said...

hik hik hik tertekan la tu

masa berak sambil menghisap rokok adalah paling baik untuk berfikir

Pegawai Khalwat said...

Art
Siksa aku dah habis!