Ketika aku menulis entri ini, sebenarnya aku sedang sakit kepala. Sakit kerana tidur yang tidak cukup dan kerja yang overload. Ada program besar yang aku kena selesaikan. Kerja tetap kerja.
Tapi entri oleh Art sebenarnya telah membuatkan aku turut berasa mahu bersuara pada kali ini. Aku nak bercakap tentang penjenamaan semula produksi teater. Orang putih kata rebranding. Jangan samakan entri aku ni dengan penjenamaan semula teater di Malaysia, kerana itu biarlah bijak pandai yang bercakap tentangnya. Aku lebih suka kecilkan skop kepada satu-satu produksi.
Seperti mana yang kalian tahu, tahun ini adalah tahun Festival atau Manifestasi Teater di setiap Negeri. Dipanggil festival jika lebih dari enam kumpulan masuk dan manifestasi jika kurang dari lima. Dan tahun ini juga ada antara rakan-rakan aku akan mementaskan naskhah yang sama, jika aku boleh katakan sama, dengan sentuhan kosmetik. Ubah sana, ubah sini, mantapkan apa yang patut.
Memang tak ubah seperti menjenamakan semula sebuah pementasan yang lama. Nak pula teater yang nak dijelmakan balik ini pernah mendapat anugerah pada tahun-tahun yang lepas.
Aku melihat ini sebagai satu strategi.untuk menang. Yelah, kalau kau dah tahu cacat cela pemainan kau, maka tentulah dapat diperbaiki lagi. Macam permainan bola sepak contohnya. Sebuah pasukan yang baru pertama kali bermain pasti aka nada cacat celanya, natijahnya kalah dalam pertandingan. Yang midfielder main striker, yang striker semput, yang defend main ganas nak mampus, dan sebagainya. Jadi bila tiba perlawanan kedua dan seterusnya, berkat latihan berulang kali, semua kelemahan ini diatasi satu demi satu.
Sama juga prinsipnya dengan pementasan teater. Pementasan kali pertama akan menerbitkan segala cacat cela. Blocking tak betul, pace tak kena, penghayatan kurang, speaker hissing kuat sangat, face light tak cukup dan seribu macam benda lagi. Jadi bila dipentaskan kali kedua dan seterusnya, semua kekurangan ini akan dapat diperbaiki.
Itulah salah satu sebabnya aku mengadakan pementasan keliling; untuk memantapkan produksi yang aku bawa. Bolehlah aku tengok apa yang tidak kena sepanjang pementasan. Sama jugalah dengan contoh bola sepak yang aku beri. Tapi jangan salah faham, aku bukan berniat untuk menang. Aku berniat untuk yang terbaik, untuk audien, untuk produksi dan untuk aku. Barulah semua puas hati.
Tapi persoalan yang Art timbulkan ialah bila sesebuah pementasan itu, yang dipentaskan oleh pengarah yang sama, sudah agak lama selang masanya, mahu dipentaskan lagi, itupun bila tiba musim berteater. Maka naskhah asal itu pun dicincang, dibentuk menjadi lebih baik lagi. Cerita diolah semula, watak ditambah mungkin dibuang, jalan cerita berubah, walaupun objektif cerita sama. Maka Art pun mempersoalkan, kenapa cerita yang sama? Kenapa tidak dicuba cerita-cerita yang baru dan buat kesilapan yang baru supaya kita boleh belajar dari kesilapan yang baru dan menjadi lebih gigih.
Ada juga yang mementaskan cerita yang sama, tanpa sebarang olahan, cuma pada teknik pengarahan dan susunan set. Itupun kalau dibuat begitu, tapi nampaknya yang ada ini lebih suka fotostat saja kenangan lama, di tampal bulat-bulat kerana itu lebih mudah kerana pementasan ini telah terbukti kualitinya. Di mana rebrandingnya itu? Pada aku ia lebih kepada refotostat. Strategi untuk menang barangkali.
Maka kalian fikir dan bayangkanlah sendiri. Wajar atau tidak. Adakah mereka berlaku zalim pada diri sendiri dan gelanggang teater itu, dan para penontonnya.

6 comments:
Teringin betul nak join teater ni, tapi apakan daya bakat dah berkarat.
rebranding ke? mungkin tidak tapi untuk menang mungkin ya
Inilah Saya
Tak mungkin bakat akan berkarat.
Art
Ha ha....
tidak sempat menghasilkan naskah baru mungkin juga. Tapi, betul la tu rebranding, jangan jadi macam sarikat telebisen dua saluran tu sudah la, konon-konon rebranding, tapi, tak nampak perubahan positif yang ketara pun.
Aku tak dapat membezakan sangat yang telah direbrandingkan bila menonton ni. Mungkin aku 'buta' seni teater agaknya...
Pa'chik
Ha ha.... entahlah. Mungkin juga sebab ia masih perlu menjalankan tanggungjawab sosial.
BP
Tidak juga, mungkin hang tak perasan. Rebranding yang paling ketara sekarang ni adalah kumpulan TM dan CIMB. Itu kalau korporat.
Dalam teater sama saja, cerita yang sama, tapi ditokok tambah tolak bahagi.
Post a Comment