10 April 2007

Lima Buah Tempatan Mula Dengan Huruf L

Satu malam, di sebuah restoran, sedang kami minum-minum, aku dan kawan bermain teka-teki. Beberapa teka-teki dikeluarkan, maka giliran aku bertanya.

Aku : Okey, hang dah bersedia?

Kawan : Aku anytime!

Aku : Aku nak hang jawab dalam masa lima saat boleh? Okeylah, takpa 10 saat.

Kawan : Tengok soalan la. Kalau susah mampuih aku nak jawab 10 saat.

Aku : Senang saja. Nama buah-buahan tempatan.

Kawan : Nama buah-buahan tempatan? Kacang tu.

Aku : Namakan lima...... dalam masa 10 saat...... buah-buahan tempatan yang bermula dengan huruf L. Lima saja.

Kawan : Errr..... limau.......

Aku : 1 limau

Kawan : Err.....emmm......

Aku : 2, 3, 4........

Kawan : Laici!

Aku : Laici bukan buah tempatanlah! 5, 6, 7......

Kawan : Err........ apa dia aahhh?

Aku : 8, 9, 10. Masa dah habis.

Kawan : Eleh.......... kalau 3 jam pun gerenti hang tak boleh bagi. Mana ada lima jenis buah tempatan mula huruf L.

Aku : Ada....... Limau, langsat

Kawan : Aisehh....... langsat...... terlupa...... lagi? Lagi?

Aku : Lambutan, Lulian, Lambai, Luku, Lokong, tu dah enam tu.

19 comments:

bunga rampai said...

Hahahaha... heh!
brunch dengan ketawa :D

cuaca said...

kah...kah...kah... gelak sambil guling2...

Ku Keng said...

Haiya tatak bole jawab, manyak lugi lor.

Pegawai Khalwat said...

BR
Brunch tu apa?

Cuaca
jangan tergolek sudah.

Keng
Lia manyak lugi lorr.

jinggo said...

Lu Lupa Lu Ludah Lambut, Lu Lari Lambat Lalu Li Luku Lu........

Anonymous said...

hahaha!
penah dpt email pasal menda ni
soaljawab antara juri dgn peserta msia & spore.pertandingan miss world ke hapa ntah.
miss spore jawab camtu arr..coz dia x leh sebut huruf 'R'

hana

~inilah saya~ said...

Ayoyoyo...ini macam pun bolehkaa...

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Lu lu, gua gua.

Hana
Mujur member saya tak dapat e-mel tu.

Eh... lupa, dia buta IT.

Inilah Saya
Muleh maa....

blackpurple said...

Haiya..lu buat lawak la blo...

Wah.. sudah menjadikan Asplenium nidus sebagai avatar ek. :)

jinggo said...

gua kelam ka.........
gua niah ka......
gua.........
gua....

Pegawai Khalwat said...

BP
Heheh.... aku pun tak tau nama saintifik avatar aku.

BP
Lu lu... lulu...

gitartong said...

huar! huar!

Pegawai Khalwat said...

Gitar
Haur! Haur!

ron97 said...

lu lucu la.

---------
Jom BOWLING 5 Mei 2007 (sabtu) ni.
kat Kelab Golf Bukit Jalil pukul 11 pagi.
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=5103

.:HalogAmora:. said...

sesekali PK wat lawak ha ha ha..

jinggo said...

HAR HAR HAR............
MEMANG LAWAK.............

Pegawai Khalwat said...

Ron
Wa pun baru tau wa lucu.

Halogamora
ha ha.... seronok kalo ada orang gelak.

Jinggo
Har har.... tak masuk bab half rate lagi. Ha ha...

jinggo said...

half rate......????

har... har... har... har... har...

Anonymous said...

ups sorry delete plz [url=http://duhum.com].[/url]