29 April 2007

Semerah Padi Diteaterkan, Bagaimana?

Baru-baru ini aku menonton lagi Semerah Padi. Bukan Sumpah Semerah Padi dan bukan juga Mentera Semerah Padi. Tapi sebuah filim lakonan mantap P.Ramlee dan Nordin Ahmad.

Pada aku, inilah filem terbaik P.Ramlee, cerita asal Omar Rojik, lakon layar juga P.Ramlee. Daripada plot ceritanya, lakonannya, pengarahannya, mis en scene nya, sinematografinya, bahasa filemnya; memang tinggi kalau nak dikira tahun 1956 ia diterbitkan.

Dan itulah saja filem yang kita boleh dengar laungan azan oleh P.Ramlee. Dan ada beberapa perubahan pada cerita asal Semerah Padi. Kalau ikut Omar Rojik, beliau mahu ketiga-tiga watak mati. Cuba jengok filemkita.com .


Aku sangat berkira-kira mahu mementaskan Semerah Padi ini. Tidak kiralah sama ada sebagai teater adaptasi, purbawara mahupun bangsawan. Tapi memikirkan kerenah birokrasinya yang melibatkan royalty dan sebagainya, sedikit sebanyak telah menangguhkan usaha aku.

Aku boleh hentam jalan saja, tapi ke belakang nanti, takut juga banyak cerita. Lebih baik bersedia dari disaman berjuta sedangakan untungnya entah ke mana.

Tapi, satu masa....... aku akan buat jugak!

9 comments:

jinggo said...

best tu.........
tapi kan..... tak susah untuk cari pelakon nya.......................
kan ada bapak silat pulau pinang.......
semua bapak bapak teater......
bapak gelar pulau pinang......
yang tak dak cuma bapak gay saja....
selamat tak ada gay........

Butaseni@Wan Raja said...

buat-jgn tak buat,
semua umat-umat mu cuma tunggu arahan mu wahai dewa........

kerisLekuk7 said...

Jangan takut lawan.....lawan...pedulikan orang dan saman..bak kata :-
bahasa muda darah bergelora

tegezoot said...

datang lembut kita sudu, datang keras aku bagi siku ong bak!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Wah..nak tengok adegan sula-menyula itu dalam bentuk teater pulak.. :)

(Azan P Ramlee dalam filem itu cukup mengesankan.. :) )

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Tak selamat jugak.

Butaseni
Saman sapa nak bayaq?

Keris7
La dah tua, nak lawan lagu mana.

Tegezoot
Kalau tak datang?

BP
Ha ha.... adegan tu disensor.

zizie ali said...

dah lama hafal dialog ni:
"...semerah padi sudah aman. tapi hatiku belum aman..."

jinggo said...

apakah artinya aman kalau hanya di mulut tidak di hati..............
apakah artinya aman kalau hati masih berhasat dengki..............
apakah artinya aman kalau jiwa masih dikonkong...................
apakah artinya aman kalau diri asyik menyendiri..................

Pegawai Khalwat said...

Zizie
Giliran aku pula menghafal.

Jinggo
Pulau Aman?