03 April 2007

Sekali Air Bah, Sekali Budaya Berubah

Tak lama lagi akan ditayangkan filem Jangan Pandang Belakang. Dan sekarang ni pun rasanya sedang ditayangkan Chermin. Dulu ada Potret Mistik dan khabarnya PM A.Razak sedang dalam perancangan sebuah cerita seram yang baru. Dah selesai penggambaran.

Eloklah. Sekurang-kurangnya kita tahu industri filem kita tidak sepi. Walau harus aku akui yang aku memang amat jarang menonton filem di pawagam. Kecuali filem itu dapat review yang baik atau trailernya sangat menarik, atau filem-filem mega yang memang aku nantikan kemunculannya, maka aku tidak akan menonton. Bukan tidak suka, tapi tiada masa. Kerana tiap kali aku menonton, pasti akan ada 10 panggilan tak terjawab. Tidak kiralah siang atau malam.

Betul kata orang, sekali air bah, sekali pantai berubah. Sekali tukar kepimpinan, sekali corak pemerintahan berubah. Kali terakhir aku menonton filem seram Melayu ialah filem Perawan Malam lakonan Ziela Jalil. Itupun dalam format VHS. Selepas itu, dah tak ada filem seram Melayu yang diterbitkan dengan larangan menerbit dan menayangkan filem-filem yang tahyul dan ganas.

Kalau dulu, kerap juga dapat menonton hantu cina yang melompat-lompat sambil mendepakan tangan. Diletakkan azimat di dahi mereka maka mereka pun senyap. Kalau nak mengelakkan diri dari di makan hantu, maka tahan nafas seolah-olah dah mati. Hantu cina sekarang pun dah berubah, dah tak melompat macam dulu lagi (berdasarkan filem yang dibawa ke Malaysia, kalau masih ada hantu yang melompat di sana, tak tahulah pulak aku).

Panjangnya intro. Sebenarnya aku nak bercakap tentang budaya yang kian berubah. Bukan setakat di Malaysia, tapi di mana-mana saja. Lihat saja filem-filem tentang hantu ini. Dulu, budaya hantu di Malaysia terhad kepada toyol, pontianak, langsuir, pocong dan beberapa nama lagi. Toyol dan pontianak memang dah ada orang buat cerita. Yang lain tu aku tak tahu kenapa tiada orang buat.

Tapi lihat saja sekarang ni, filem hantu Malaysia dah banyak berubah. Kecuali Pontianak Harum Sundal Malam yang memang merupakan pontianak, filem-filem lain sudah tidak meletakkan ikon-ikon hantu ini sebagai pilihan. Hantu ini sudah ada pelbagai bentuk yang lain. (Jangan dibincangkan perihal metafizik dan keagamaan di sini tentang hantu dan syaitan atau makhluk halus, kerana aku bercakap tentang budaya semata).

Begitu jugalah halnya dengan filem Hong Kong, dulu hantunya melompat-lompat, sekarang dah boleh terbang dan berlari. Boleh merasuk melalui telefon lagi. Begitu juga halnya dengan filem Siam. Nang Nak adalah kayu ukur yang baik kerana ia dibikin dari legenda, tapi hantu-hantu moden dah tak begitu.

Hollywood? Jangan tanyalah. Sebab memang mereka tidak ada budaya yang kekal. Sejarah mereka pun bermula sejak Columbus menjejak kaki ke Amerika Utara. (Sekali lagi, jangan dibangkitkan polemik tentang seorang ahli pelayaran Cina yang terlebih dahulu menjejakkan diri di sana). Hantunya pun pelbagai, dari yang berupa hodoh, sehinggalah ke pontianak yang cantik tapi bergigi tajam, kepada hantu yang tidak berupa.

Budaya itu berubah. Selalunya tanpa orang sedar.

7 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku terfikir, mereka yang menerbitkan filem hantu atau seumpamanya itu untuk budayakah, senikah, komersialkah atau suka-suka..?

Yang pasti, filem sebegitu akan dikira berjaya bila dapat 'menakut-nakutkan' khayalak yang menonton ... Rasa 'takut' itupun budaya juga barangkali.. :)

Anonymous said...

kita mmg di momok kan dgn cerita hantu sejak dari kecil lagi bagaimana hantu itu di gambarkan juga satu budaya... sedar atau tidak org kita mmg senang terpengaruh dgn trend penyampaian cerita hantu dr luar.

*terus terang, aku x momok kan anak2 aku dgn hantu..*

Pandang Dengar Diam said...

Berubah lah macam mana pun cerita2 dah hasil2 seni mereka, kerana itu adalah saingan yang hebat untuk menghasilkan sesuatu kerja yg bagus.

Yang penting nyer kita tidak perlulah nak berubah dengan cara dan gaya yang tidak senonoh.

Bunga Rampai said...

Saya tak suka tengok cerita hantu yang ada rupa kerana tidak menakutkan, saya suka hantu yang ghaib :)

Mahu tidak mahu budaya itu memang berubah, dan kadang tercemar. Saya kira kita perlu sedar tentang perubahan budaya supaya kita tidak terpesong dari fokus budaya setempat. Penggiat teater berkemampuan melakukannya!

Salam.

sinaganaga said...

wo!

artisticklytouch said...

kalau ko tengok Dora bila dia bangun pagi, nescaya kau akan menjerit HANTUUUUUUUUUU!!!!

tapi apa yang kau buat dengan Dora hingga ke pagi?

Pegawai Khalwat said...

BP
Untuk budaya? Susah nak jumpa, mungkin hanya dalam dokumentari.

Untuk selain dari itu, bersepah!

Halogamora
Baguslah hang tak buat macam tu kat anak-anak.

Cuma harapnya lepas ni, cerita2lah skit bila ada masa sesuai. Takut depa lebih kenal dracula dan ju-on.

Cuaca
Tak perlu bercerita pun dah banyak yang tunjuk benda tak senonoh.

BR
Hantu yang ghaib? Tak panggil hantulah kalau gitu.

Pssss.... penggiat teater pada skala yang kecil, dan tanpa sokongan, mungkin ambil masa yang lama.

Naga
Uwop! Uwop!

Art
Tak sempat buat apa-apa pun.

Psss.... fulus...fulus....