07 May 2007

Imejan Produksi Devian Dogma di Perlis dan Kedah

Seperti mana yang telah aku dan rakan pasukan produksi aku janjikan, kami telah bawa Devian Dogma jelajah ke Perlis dan Kedah. Sambutan yang diterima memang sangat baik. Di Kedah misalnya, full house. Terima kasih orang Perlis dan Kedah. Aku tak mahu cakap banyak lagi, biarlah foto yang menceritakan segalanya.

Kami, pasukan teknikal bertolak malam. Tidur di asrama Taman Budaya Perlis. Ini hasil kamera yang bergegar atas kereta.
Apa-apa pun, mesti makan dulu. Baru boleh kerja. Murah dan enak. Tambahan lagi bila ada orang belanja.

Bukit yang telah kami sasar untuk tawan awal-awal lagi bila sampai sini. Tapi sabar, habiskan kerja dulu.

Sedangkan memasang set mudah alih di pentas auditorium di Perlis. Barnya boleh diturunkan dengan sistem counter-weight.


Kerja dah habis. Maka kami tidak membuang masa, meneruskan cita-cita menawan bukit tadi.

Dah sampai ke puncak. Papan tanda itu pesanan jangan gunakan laluan naik sebagai laluan turun, kerana sangat curam.


Pemandangan Perlis dari atas bukit berkenaan. Boleh tengok timur dan barat.... err.... utara dan selatan kot.....errmmm..... entah.


Laluan turun. Biar graviti yang menyelesaikan segalanya.

Sedang memasang scaff holding di Kedah. Bar di sini tidak boleh turunkan, kenalah panjat.




Menikmati ganjaran sebelum berpenat pada sebelah malamnya. Nak tahu di mana? Mesej aku.

Rumah Seri Banai

Rumah Tok Su

Relic Hunter?

Rindu pada bapaknya.

Hummm.......... foto menjelaskan seribu kata.

Pintu masuk auditorium Taman Budaya Kedah.

Pemandangan di kawasan lembah di sebalik Gua Kelam, Perlis

Burung unta a.k.a. Kasawari malu-malu.

Pasukan produksi yang telah merealisasikan Devian Dogma @ Kedah & Perlis. Terima kasih!


11 comments:

jinggo said...

masa makan tengah hari tu.........
banyak yang belajaq makan siput sedut...........
memang best..........
lawak pon ada..............
memang best lah..............
yang kat kedah tu............
tengok la muka masa pasang menatang besi tu...........
memang ganas muka tu maklum la bapak.............
tapi apa nak buat............
kami semua terlambat untuk makan kenduri kat rumah Tok Su.......

Pandang Dengar Diam said...

My adventure is your adventure to!

Butaseni@Wan Raja said...

perjalanan pulang agak kelam-kabut dengan komunikasi sebab kereta yang meneraju di depan pasang 'RADIO KUAT' sgt sampai tak dengar orang belakang hon dan beri isyarat untuk isi minyak.akibatnya kami terpisah di bumi yang asing.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka rumah kayu tradisi itu. Kalaulah dapat bina satu di tengah-tengah KL ini.....

tegezoot said...

aku tetap Leonidas!!!

Butaseni@Wan Raja said...

kami tetap akur dengan petunjukmu wahai maha penjimat

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Hummmmm........

Cuaca
Ha ha... betol!

Butaseni
Drive tak tengok orang....

Tegezoot
Sikit lagi hang nak jadi Caligula

Butaseni
Tak paham...

Bunga Rampai said...

Teater, makan-makan, jalan-jalan,lawat-lawat...masuk hutan...aduh aduh aduh bertambah cemburu saya (tandanya bertambah sayang? hehehe...)

DD dah sampai utara, selatan bila lagi?

Rumah-rumah tu kat mana?

Manjanya anak tu :)

Salam.

Anonymous said...

menariks.....
good luck 4 the production!!!!

Pegawai Khalwat said...

BR
Sayang? Hehehe....

Selatan kalau ada fulusnya.

Rumah di Aloq Staq.

Anak tu memang manja.

Ann
Dah selamat.

Anonymous said...

haha.. aku suka gambar kera yang sedang tidur di perut manusia.. hehehe.. ayat sinisan yang tajam tu..haha