Ada ruang dan jarak yang lompong di antara mata kita dan mata pengamal media dan mata aktivis seni, nak pula seni tampak. Kirai berus, lenguh tangan hayun tetikus, petik punat kamera, ukir kayu paku kayu semuanya menerbitkan rasa di atas medium yang mereka pilih. Mereka bercerita. Kita tak perlu baca, kita cuma perlu tengok saja.
Sebab itulah tafsirnya berbeza-beza. Ada yang nampak kotak, ada yang nampak ketak, ada yang nampak katak, ada yang apa pun tak nampak. Tapi bak kata Gilberto Frometta dari Cuba, lukisan bukan untuk dinikmati dengan mata tapi untuk dirasa. Jangan pula memilih lidah sebagai deria, biar hati yang buat kerja, di samping otak memberi bantuan.
Mentaliti kita berbeza-beza. Ada yang suka pada kecantikan semata-mata, ada yang suka pada kegigihan, ada yang suka pada tangga kreatif, ada yang suka pada keberanian. Maka karya seni tampak dirai dengan cara yang berbeza, tidak semuanya sama. Itulah cabarannya.
Seni tampak mungkin termasuk dalam golongan elit di Barat sana, ada juga yang kata mereka borguies. Tapi di Barat jangan lupa mereka juga ada pelukis jalanan, pemberontak graffiti dan macam-macam lagi. Di tanah kita tidak ramai pelukis yang dianggap elit tahapnya kecuali beberapa nama; Ibrahim Hussein, Syed Ahmad Jamal, Latif Mohiddin, sekadar menyebut beberapa nama. Yang lain elit mungkin cuma pada karya atau pada pengumpulnya.
Maka di sinilah datangnya kita, makhluk Allah berasaskan karbon yang menapak di bumi Malaysia, untuk mengangkat seni tampak kita ke pentas yang lebih tinggi. Kalau syarikat insurans boleh kaya-raya cuma dengan hasil insurans di Louvre, biarlah mereka semakin kaya dengan hasil insurans di Balai Seni Lukis Negara dan juga di galeri seni seluruh Malaysia.
Tapi selalu juga bila kita menjunjung langit, kerap kita lupa akar di tanah. Yang kita guna bila tak ada rotan. Seni tampak tradisi kita tidak kurang hebatnya. Ketika Van Gogh baru mula menyiapkan The Potato Eaters, tukang kayu kita telah pun melorek awan larat pada rumah kayu tanpa paku, pandai besi telah pun menempa keris hulu pekaka.
Tangan orang kita sangat berseni, halus dan penuh metafora. Motif pucuk rebung bukan setakat satu gurisan tak ada makna, tapi penuh dengan isi, menggambarkan seantero alam Melayu. Kita tengok pun cantik, kita faham lagi cantik. Maka kita tidak akan mengagung-agungkan pasca – impressionisme, romantisme dan pelbagai isme Barat lagi. Malayisme itu sendiri sudah begitu mengagumkan.
Sayang ilmu itu orang sudah tidak pandang. Kalau pandang cuma sekadar ooohhh dan ahhhh sedangkan mendalaminya langsung tidak ada usaha. Ahli yang ada pula tidak ada yang betul-betul mahu menjaga. Karya seni dinilai pada tenaga dan kos bahan mentah. Habis ilmu dan pengalaman nak hanyutkan ke mana?
Bukanlah memaksa mencinta seni, kerana cinta itu tidak boleh dipaksa meskipun ia buta. Tapi benih jika tidak dipupuk dengan baja yang betul akan terbantut tumbesarannya, menjadi habitat tumpang binatang dan parasit.
Hadir melihat dengan mata hati dan merasa dengan jiwa pada pameran-pameran seni tampak jika berkesempatan, sebenarnya adalah satu langkah pemupukan yang bermakna. Pupuk diri kita, pupuk kawan kita, pupuk anak-anak kita; hargai seni.
Seni itu ada harganya, yang meletakkan harga itu adalah tangan-tangan yang menghargainya. Jika tidak ada tangan-tangan ini, maka cabuklah Monalisa Da Vinci, berabuklah Kabuki Ibrahim Hussein. Karya darah baru akan setakat jadi hiasan dinding dan laman. Yang ada bakat akan terus berkarat. Karya yang dah dibuat akan reput berkulat.
Itupun baru bercakap tentang seni tampak saja. Seni persembahan apa kurangnya. Tika tinta pada naskhah Midsummer Night Dream oleh Shakespeare baru nak kering, watak pak dogol dan wak long dengan lancar dituturkan oleh tok dalang, menceritakan kisah sita dewi. Panjang ceritanya, cukuplah.
Pendek kata.........
Seni ini yang mengangkatnya adalah manusia, yang memijaknya juga manusia. Jadi pilihlah, nak jadi pengangkat atau pemijak?

29 comments:
Seusai membaca, saya pun termenung ...
Terima kasih nukilan ini. Sangat menghargainya. Saya amat tersentuh. Sungguh.
Panjang-panjangkan kata, andai ada masa luang ...
terbaca terkikir,
termenung terfikir,
tentang benar nya kata,
tentang sungguh nya bicara,
dimana seninya?, dimana karyanya?,
siapa yg memandang? siapa pula yg di pandang?
unggulnya siapa? agungnya siapa?
wahai....
Bukalah mata wahai memandang..
WHO'S STILL BLIND??? soalnya.
pegawai khalwat...
entry mu kali ni memang sesuai sangat aku gunakan untuk mengajar subjek history of art aku.
bolehkan?aku suka entry ni,membantu aku...........
tapi bila komen entry aku jgnlah asyik titik je,k tq
The Potatoes Eater adalah hasil kerja VanGigh yang dia sendiri tak mau mengaku,benci.
Dia cuma mengaku karya dia selepas painting bertajuk Sun Flower kerana dia dapat cetusan ideadari sahabatnya Paul Goguin.
Pelukis tempatan seperti Hussen Enas juga dipengaruhi oleh ideolisme barat-realism huhuhu
Seni itu sememangnya subjektif. Bergantung siapa yang melihat dan merasanya.
Aku terlibat dalam senirupa bumi. Seni bagi orang-orang seperti aku tapi mungkin kerja yang tak berfaedah bagi sesetengah orang yang tak memahami dan menghargainya.
Jiwa manusia itu sesetengahnya masih teraba-raba dalam terang dalam menilai 'seni'...
SENI..........
apa itu seni.........
tak ada tafsiran pada seni.........
berbeza tafsiran bagi org yang berlainan...............
apa itu seni.........
pengertian nya bergantong pada yang menafsil dan yang mengolahkannya.....
adakah seni tu halus........
apakah seni itu kasar........
terpulang pada yang memikirkannya............
Oh! Aku baca dan terus baca. Oh! Seni? Oh! Yg aku tahu, seni itu anugerah!
*Chekgu, saya kat sini.."
salam, sy menyampuk disini sketika.
sy suka seni...
tp tak rmai yg hergai.. mungkin remeh pada pandgan segolongan,
tp hanya yg berperasaan akan memahami...
nice entry bro...
salam.
sebagai budak kelulusan spm yg membaca entri kali ni, fuh! penat jugak aku dibuatnya! Nak angkat seni? ramai yg kata nak angkat, tapi yg sedihnya mereka bukan mengangkat seni, sebalik menjadikan seni sekadar batu loncatan untuk mengangkat nama sendiri. Dan manusia jenis ini digelar manusia yg maju atau dgn gelaran yg sewaktu dengannya.
Saya baru balik dari melihat-lihat & mengagumi karya-karya Van Gogh, Rembrandt and the gang.
Nanti saya balik Malaya, saya nak refreshkan dengan melihat-lihat @ mengagumi karya-karya orang kita pula.
Terima kasih kerana mengingatkan.
BR
Andai ada masa... boleh.
Crunchyahcock
Elok-elok Melayu, tiba-tiba tukar omputeh?
Butaseni
Membuktikan hang tak buta seni.
Mineral
Pepatah Inggeris ada menyebut, 'a man without arts, is a man without hearts'
BR
Itu juga betul.
BR
Seni lanskap itu pun seni juga. Jika tidak mana mungkin manusia akan mengaguminya.
Tegezoot
Seni itu batu loncatan? Hummm....
Kalau seni itu ruang khatarsis, macam mana pula?
TT
Tak aci! Aku pun nak tengok jugak!
wahai dewa...
aku tak faham subtext ayatmu itu..
adakah ia satu statement atau satu seruan suruh aku buktikan?
kalau nak suruh buktikan pun nak buat apa?nama aku pun dah buta seni maksudnya memang aku tak celik senilah huhuhuhuhu
reformasi reformasi reformasi
reformasi reformasi reformasi...
lagi tentang lagi lawan,
lagi tentang lagi lawan,
lagi meeting dengan tok wan.
bahasa omputeh tu bukan apenyer...
as trade mark aku la.....
aku mmg suspek ngan kerepek la kat post hang kali ni!! aku bagi 4 bintang ngan 2 taik bintang!!
ruang khatarsis? ang perli aku ka?
huh..bro..ayatmu sungguh power..mcm profesor madya la..apa lagi saya nak kata,,memang ternyata kata2mu betul...saya sokong.....tabik tuan!!!
penantian aku ni sungguh menyiksakan,nak kelangit x sampai nak ke bumi x tiba.....mcmana nak mengarah ni....skrip otai tu.....kalau x berjaya mampus kena hamput...
Butaseni
Don't think the hard way, think the easy way.
Crunchyahcock
Nak suh aku belanja ayaq la tu.
Tegezoot
Pinjam....
Azrul
Mudah saja, sapa yang mengarah? Ikut suka la hang nak buat apa, hang yang mengarah, bukan penulis.
Sangat teruja dan terkesima...good job.
orang kita kadang2 terlupa...
garisan antara mengangkat seni dan "mempergunakan" seni.
Seni itu satu luahan, seni itu satu ekspresi, seni itu satu provokasi.
Terpulang kepada individu, hanya perlukan keikhlasan dalam berkarya.
-salam perkenalan. Izinkan saya pautkan blog kamu, kalau tak keberatan.
pegawaikhalwat.... nak minum mai la umah.
aku nak pilih yg maner ye? ahh! aku jadi pengangkat yg berpijak dibumi yg nyata.kita mesti realistik!
seni itu halus. tak nampak dek mata kasar. kena pakai mikroskop.
p/s: mula2 baca, rentak tulisan tu macam lagu hiphop. hehe.
nak tau y aku still solo?
baca blog aku!!!
Cuaca
Good job bukan usaha saya seorang. Anyway terima kasih.
Nezjoe
Ada yang tak perlukan keikhlasan pun, suntikan wang juga memungkinkan.
Psss... silakan melink.
Crunchyahcock
Tak mau minum, mau RM10.
Pss... tak payah la pulun iklan blog hang, tak iklan pun aku dok cek tiap-tiap hari.
Penyu
Tak semua orang suka realistik. Tapi tidak salah apa yang hang kata.
Sayuti
Hang ni orang sains betoi la.
Psss... lagu hip hop? Ha ha, betullah, pandangan setiap orang berbeza.
zaman semakin maju...dulu2 aku selalu jadi yang first letak komen, la dah masuk 20 komen baru muncul nama aku..ha ha
tapi kenapa masa dekat sekolah kita cuma belajar seni lukis? lepas tu kalau kita menari, kengkawan kata kita pondan (tak terasa pun), kalau kita berlakon, cikgu matematik kata kita membuang masa, kalau kita buat ukiran cantik-cantik, cikgu KH kata dia dah nak tutup bengkel.
lawatilah aku...........
aku yang sememangnya aku.........
sila la masuk pintu tak berkunci...
Art
Hang boleh buat ukiran ka? Awat tak buat set dulu? Takla terpaksa serah kepada member yang ke Langkawi sekali dengan hang tu.
Jinggo
Alamat mana?
alamak lupa la pulak..
jinggo-apit.blogspot.com
sila la pintu tak berkunci........
Post a Comment