Kami trekking dari Sungai Tukun, ke Muka Head, dan seterusnya ke Teluk Duyung. Kami tak memilih ke Pantai Kerachut kerana tidak begitu berkenaan dengan muka bumi di sana, di samping perjalanannya yang sekali ganda lebih jauh. Nikmatilah entri aku yang punya pic terbanyak.
Destinasi kami adalah teluk di sebalik tanjung ini.
Keajabain alam, tiang elektrik senget.
Pemandangan dari atas, kawasan bot-bot nelayan berhenti.
Dah sampai ke Muka Head. Sebelah kiri adalah Pusat Kajian Pantai dan Samudera USM. Destinasi kami adalah..... sekali lagi teluk di sebalik tanjung ini. Dua kali tanjung dah jumpa.
Peluh dah mula memercik. Pokok-pokok tumbang banyak yang memberi cabaran.
Tetamu ini pun lapar juga. Tapi dia pun dah tahu, dia cuma berkumpula waktu pelancong ada saja. Dah petang sikit, semuanya balik ke hutan.
Habuan lapik perut atau appetizer dulu. Sebelum main dish siap.
Demonstrasi bagaimana menghalau kera menggunakan daun kelapa, jika tiada batu atau kayu.
Sedang memberikan taklimat mengenai permainan yang akan diadakan, permainan Pontianak Ultraman Rambo.
Rambo bertemu Rambo, maka kena ulang sekali lagi. Kalau Rambo bertemu Ultraman, maka Rambo kena lari. Kalau Rambo bertemu Pontianak, maka Rambo kena kejar Pontianak.
Otai sedang memasak menu utama, nasi dengan kari ayam dengan papadom dengan hot dog dengan ulam pucuk putat (kutip pokok di pantai).
Tidak tahan lapar, makan bola dulu.
Terlebih makan, maka dikebumikan di sisi pantai itu juga.
Abang pemandu bot @ tourist guide sedang bercerita tentang sejarah pantai dan perangai pelancong asing.
Balik dengan speed bot, sebab semua dah tak larat nak trekking balik. 5 minit sampai.
Akhirnya..... sampai ke jeti nelayan Teluk Bahang.
Keletihan memang terasa. Tapi release segala stress itu lebih penting. Bukan selalu dapat berkumpul macam ni, bekerjasama, berseronok, berehat. Kalau kalian mahu retreat juga ke sini. Maklumlah pada aku.
Maaf aku tak tulis banyak. Satu gambar membawa seribu makna.
14 comments:
alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan tiada kejadian tidak diingini berlaku cuma ada insiden kecil saja -anak perumpuan otai terkena serpihan obor-obor(cedera ringan)dan bisanya hilang apabila dilumur tembakau.
Aku suka gambar-gambar tu. Bernyawa dan berjiwa.
Banyak sungguh 'keajaiban alam' di sana ek...
alhamdulillah selamat semua.......
Salam,
Wah, bestnya pergi trekking! Laut, ombak dan pantai, nyiur melambai ... ooh! Cemburunya saya..
Eh, mana pergi lagu?
psss...lupa:
Jawapan kepada soalan brunch
= breakfast + lunch
:)
Walla.. jungle trekking tuh. isyh.. kalo tau tempat tuh cantik lagu tuh, memang konpom ajak sedara mara serbu kat tempat tuh he he he he ... la la la la la ...
semua gambar org lain je....mana gambar penulis,mau sembunyi ke..
buat tahana la kat org....
Uwah... dengkinya... masuk taman negara!!!
soalan: kenapa rambo kena kejar pontianak? dah desperate sangat ke rambo tersebut?
Butaseni
Alhamdulillah......
BP
'Keajaiban alam'? Hehe.... yang tu satu ja.
Jinggo
Alhamdulillah.....
BR
Cemburu tandanya sayang....:P
Psss.... lagu nanti naik bila dah dapat player yg bagus. Yang ada suka tersekat-sekat
OO.... brunch kami panggil kudapan. Kuda atas papan.
Nuraddeen
Tunggu apa lagi? Serbuuuu!
Keris7
Gambar makan ruang.
TT
Aku lagi dengki kat hang... pi pulau yang ada cenuram tinggi.
Sayuti
Sebab rambo lari dikejar Ultraman.
eermmmm............
ada yang satu tu memang nampak macam bangla hanyut..........................
kalau la semut ada kat atas dada dia gerenti sesat tak leh keluaq......................
masa tu aku yg paling baik hati tau! dikala org lain melupakan ang, aku ikut jalan dengan ang, walaupun kelajuan ang sangat menghampakan...
Jinggo
Kalau.
Tegezoot
Lama tak servis.
nasib baik kalau..................
Post a Comment