21 May 2007

Siapa Yang Betul?

Siapa paling layak menilai persembahan seseorang. Adakah para pengkritik atau juri yang memang ahli dan berkaliber dalam bidang masing-masing? Atau para penonton yang tahu serba sedikit tentang persembahan tetapi menghabiskan masa, tenaga dan wang untnuk menonton persembahan itu? Polemik ini rasanya dari dulu lagi dah diutarakan dan seperti tiada penyelesaian.

Sesebuah persembahan yang dinilai dan diiktiraf oleh para juri yang cerdik pandai, dikatakan adalah persembahan yang terbaik. Kerana mereka tahu apa yang harus dinilai dan apa yang harus diabaikan. Tapi timbul pula persoalan, setakat mana kredibiliti juri itu, nak lagi juri itu pun masih lagi dinilai oleh penilai yang lain. Dan jika tidak pun, juri itu tidak mewakili para cerdik pandai lain secara keseluruhan, kerana masih ada cerdik pandai lain yang mungkin lebih layak untuk menilai.

Bila sesuatu persembahan itu dinilai dan dipilih oleh para penonton (melalui sms misalnya), maka ada pula suara berkata yang mereka ini dikaburi oleh pelbagai perkara lain yang tidak penting, seperti paras rupa, gaya, sifat, sikap, kronisme dan sebagainya, sehinggakan perkara yang penting seperti kualiti persembahan itu diabaikan. Sedangkan mereka berkata itu hak mereka yang menghabiskan masa menonton. Tentulah mereka memilih persembahan yang memuaskan hati mereka, buat apa pilih yang kononnya dikatakan terbaik, tapi tidak memuaskan hati.

Siapa yang betul?

Jadi aku cuba membuat satu hipotesis. Bayangkan orang seni termasuk cerdik pandai seni diberi peluang untuk memilih senjata api yang terbaik. Senjata ini telah dicuba, dilenjan dan sebagainya. Maka aku yakin senjata akan dipilih berdasarkan keselesaan, prestasi, rekabentuk, kronisme dan beberapa perkara lagi. Mungkin mereka akan memilih Steyr contohnya, yang berekabentuk futuristik dan digunakan oleh tentera kita.

Tapi jika yang memilih itu adalah jurutera atau pakar senjata, pastinya mereka akan menilai dari semua aspek; binaan dalaman, ergonomik, keselamatan, ketahanan, efisiensi, ketepatan, jangka hayat dan sebagainya. Dan pilihan mereka belum tentu sama, silap gaya sebuah senjata yang tidak menarik rupanya menjadi pilihan, contohnya AK-47 atau Kalashnikov, yang tidak menjadi pilihan kita kerana buatan blok Komunis, sedangkan senjata itulah yang diiktiraf terbaik.

Jadi siapa yang betul? Orang seni yang tidak tahu menahu tentang senjata api atau jurutera dan pakar senjata?

Begitulah yang terjadi, di dunia seni dan di mana-mana.

Seni itu relatif dan subjektif. Tidak mudah menilai siapa yang betul dan paling hebat, kerana sudut pandangan kita berbeza-beza. Satu-satu keputusan itu dibuat atas dasar yang memilih yang terbaik dan dibatasi pelbagai kekangan-kekangan yang adakalanya langsung tidak boleh dielak. Yang penting perlunya rasa hormat kita pada pandangan orang lain dan juga keputusan orang lain.

Maka kita akan rasa tenteram. Bukan tidak puas hati tak tentu hala.

Nak aku beri contoh yang lain lagi?

12 comments:

tegezoot said...

cukup2! kau memang tahap dewa!

Akademik dan Pengalaman bukan kayu pengukur sesebuah karya seni.

Anonymous said...

kerna mulut badan binasa.skang ni ramai org yg pandai bercakap tentang sesuatu yg dia tak tahu.contohnya bagi komen bab2 agama.

crunchyahcock said...

mmg kalu diikutkan, hanya mereka yg berglar 'cerdik pandai' layak menjadi juri.tapi bagaimana kita tahu yg mereka tidak lagi dinilai oleh org yg 'cerdik pandai' tika mereka menilai? contoh senjata api? belum tentu tepat!

sms... sekarang menguasai juri. setuju? aku x setuju, kerana yg memilih hanya sandar pada luaran! apa yg patut dinilai langsung x kena gaya.komen aku baik dari teater atau program realiti tv.

mcm yg aku slalu kata...they're still blind!!

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot
Aku tak pernah mengaku.

Penyu
Agama lain pula ceritanya. Ia tidak subjektif seperti seni sebab bersandarkan Al-Quran dan Hadis dan bukan buatan manusia.

Tidak boleh dinilai.

crunchyahcock
Hang paham tak apa aku cakap ni manajer? Sebab aku tak paham apa yang hang cakap.

jinggo said...

setiap penilaian ada kelayakan...
setiap kelayakan ada penilaian...

layak kah penilai itu kalau setiap kali nilaiannya akan dinilai oleh penilai yang lain.....

siapah kah yang layak untuk menilai seni.......?

tepuk dada tanya selera...
selera berkata hati bercakap...
hati bercakap akal berfikir.....
akal berfikir persoalan terjawap...

Butaseni@Wan Raja said...

itu semua terpulang kepada kita untuk menentukannya...
kalau pandai,baiklah mutunya.
kalau jahil maka hampehlah ia.
kadangkala 'we can't right all the wrongs in this world by ourself...
itulah kata ahli falsafah bijak-BATMAN

blackpurple @ jowopinter said...

Aku setuju.

Seni itu terlalu halus dan sangat subjektif sifatnya.

Tapi pandangan tetap pandangan. Samada dari segi seninya, teknikalnya atau penyampaiannya. Pandangan itupun subjektif juga bergantung siapa yang memberi pandangan. Mungkin dibatasi oleh faktor-faktor tertentu spt politik, persekitaran, ilmu, latarbelakang, emosi dan sebagainya.

Tapi kalau pandangan itu dicetuskan oleh pihak yang memang ahli dalam bidangnya memang lebih diakui.

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Tanya selera aku tau hang terer.

Butaseni
Batman kata benda tu masa dia jadi batman atau Bruce Wayne?

BP
Itulah persoalannya, antara hasil nilaian ahli dengan orang kebanyakan.

Anonymous said...

siapa pula yg menentukan siapa yg bijak pandai dan layak?

crunchyahcock said...

I HAVE NO IDEA.....

Bunga Rampai said...

Salam,
Sekadar pandangan ...

Karya seni memerlukan penilaian/kritikan/kajian untuk mengetahui sejauh mana karya yang dihasilkan itu berjaya. Penilai perlu bersikap terbuka, dan dalam penilaiannya perlu ada appresiasi jujur diguna untuk mengangkat karya itu. Namun akur jua, sesebuah karya itu tidak dapat lari daripada aliran-aliran penilai/pengkritik yang sedia ada.

Dan yang dinilai juga perlu bersikap terbuka, menghormati keputusan. Akur, manusia punya sudut pandangan yang berlainan.

Oopss, terpanjang pulak dah komen kali ini ...

Pegawai Khalwat said...

Kamarul
Itu pun satu persoalan.

Crunchyahcock
Always!

BR
Panjang dan betul.
Takpa.