27 May 2007

Kopi O, Roti Bakar, Telur 1/2 Masak

Di Tanjung, makan di kedai mamak atau India Muslim itu biasa. Tapi makan di kedai Cina bagi orang Melayu itu luar biasa. Kalau ada pun setakat minum sahaja. Itupun sebab ada gerai Melayu yang menjual makanan menumpang premis itu.

Tapi di Kelantan, minum dan makan di kedai Cina bukan perkara luar biasa. Kecualilah kedai makan Cina itu memang menghidangkan makanan seperti nasi, mee dan sebagainya. Tapi kalau kedai-kedai antik, memang menjadi biasa.

Aku tengok ada Melayu, ada Cina, ada India makan di kedai-kedai kopi antik ini. Dan sepertimana yang kalian tahu, orang Cina di Kelantan memang kebanyakannya fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan. Kalau ada makanan yang dijual seperti nasi lemak, nasi dagang ikan aye, aku yakin vendornya orang Melayu.

Aku bercerita ini bukan apa. Kerana baru-baru aku berada di Kelantan beberapa hari untuk satu projek. Sambil itu, aku ikut orang lama di Kelantan yang mengusahakan batik tangan, maka dialah yang membawa aku dan teman kerja ke kedai kopi antik Cina. Satu di antara Buluh Kubu dengan Pasar Besar Siti Khadijah, dan satu lagi dekat Istana Lama atau namanya White House.

Menu utama? Tentunya kopi O, roti bakar dan telur setengah masak.

Sungguh, di Tanjung pun ada, tapi auranya itu tak sama.

13 comments:

crunchyahcock said...

kat kampung aku, tempat peberet aku tuk rasa menu mcm tu adalah kat gerai 'pak teh'... dlm market!

Anonymous said...

ditempat aku ada restoran cina mualaf. memang sedap. sampai orang cina pun makan di kedai dia walhal ada kedai makan cina lain depan restoran tu.

Butaseni@Wan Raja said...

jom kita try makan kat kedai cina di penang tgk hehehe.
kat kedai tu takda jual makanan cina ka?
orang cina kelantan mkn makanan melayu je ka?

sinaganaga said...

rasa mcm sedap jeee...

jinggo said...

eeerrmmmmm.....
roti bakar.... telur setengah masak...
eeerrmmmm sseeeddaaaapppp...........

Pegawai Khalwat said...

Crunchyahcok
Tempat hang bukan dah kira pekan ka?

Kamarul
Itu terbukti sedap.

Butaseni
Kat sini pun ada telur 1/2 masak dan roti bakar. Tapi kalau kedai Cina, cuma kedai muhibah ja orang berani order dan makan.

Naga
Memang sedap! Hang patut try.

Jinggo
Sedap brada, 3 kali ganda dari kedai mamak yang selalu hang lepak sampai 2 3 pagi tu.

tegezoot said...

kalau menu tu disantap di penang, waktu standard 12 keatas!

Mari mengumpat hours!

Nur Hafiza Hasan said...

Salam..

Saya org jati Kelantan pun x pernah ke White House.
Maybe sbb di Kelantan, janggal kalu perempuan minum di kedai kopi.

Anak sapa yg kerja di Redang tu?
Kem salam sket..
Kalau dpt kenaikan July ni ingat nk gi..

Pegawai Khalwat said...

Tegezoot
Sini kureng sedap. Maksud aku, tak jumpa lagi tempat yang betul-betul sedap.

Mis_tree
Janggal tu barang kali ya.

Nak gi Redang cakap ja.

ah_zan said...

saudara yusoff..
hang sorang yg "perak" kot nak minum or makan kat kedat cina kat penang..aku ok jaa..biasa jaa..buka minda & pikiran hang tu brader...jgn think in a box..peace

adie said...

aku belum pernah order kopi O + roti bakar + telur setengah masak.tapi dari n3 ko nih,ia telah merangsang hormon selera aku.huhu..kena cari kopitiam nih.

Pegawai Khalwat said...

Ah.zan
Rasanya kot, memang aku perak. Sebab orang yang tak perak makan minum kat kedai macam ni tak ramai, memang jenis tak kisah apa yang disajikan kat situ. Apa saja!

Penyu
Kena pi bang. Tapi kalau tak sedap, salahkan tokey kedai.

Amiene Rev said...

kalau diadakan di kelantan, teater plus dikir barat menarik juga.