01 August 2007

Festival Teater Pulau Pinang - Konklusi


Festival Teater di Tanjung telah melabuhkan tirainya secara rasmi semalam. Kalau kalian dah tertanya-tanya, ingin aku maklumkan Devian Dogma cuma merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik serta dicalonkan di dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Tidak ada nombor 3 atau 2, 1 apatah lagi.


Aku akui tahun ini memang hebat-hebat. Sukar untuk meramal kemenangan kecuali Johan. Johan dirangkul oleh Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau, Naib Johan Persatuan Teater Resdong's dan Tempat Ketiga oleh Persatuan Te.Ta.Mu. Berikut adalah senarai lengkap pemenang.


*Kumpulan Berpotensi : Kumpulan Teater Penang Free School - Sayang Sri Tanjung

*Kostum, Set & Props Terbaik : Angkatan Budaya Daerah Balik Pulau - Ayu Si Puteh

*Teknikal Terbaik : Resdong's - Titik Mula Titik Akhir

*Pelakon Harapan : Mohd Fitri Tamnami - Watak Mansor - Waktu Sesudah Itu (SICK)

*Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Yuslina Yusof - Watak Surti - Devian Dogma (Bakawalee)

*Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Razmi Che Man - Watak Khalid - Telefon (Bomba)

*Pelakon Wanita Terbaik : Milyana Arshad - Watak Puteh - Ayu Si Puteh (ABAD)

*Pelakon Lelaki Terbaik : Ahmad Shazli Hashim - Watak 2 - Titik Mula Titik Akhir (Resdong's)

*Pengarah Terbaik : Azrul Azizi Amirul - Ayu Si Puteh (ABAD)


Tahniah aku ucapkan. Bagi kalian-kalian yang mengenali aku secara personal, aku telah membuktikan tohmahan kalian bahawa aku bukanlah orang yang kalian perlu rujuk. Aku cuma deus ex machina, hadir cuma bila perlu.


Ralat : Aku telah beberapa kali cuba muat naik imejan Sayang Sri Tanjung tapi gagal. Harapnya dapat dinaikkan sebagai imejan tertangguh.




9 comments:

jinggo said...

tak pa
hang tetap dewa.......
ooopppppp....
silap...........

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Sekurang-kurangnya kau mencuba.

tegezoot said...

apapun aku masih menunggu ang mengeluarkan credit card ang utk belanja kami lagi!

Butaseni@Wan Raja said...

Walau apa pun kebenaran mu,kau tetap dewa!!tiada yang lain selain mu!

crunchyahcock said...

hidup otaiiiii.....

Pegawai Khalwat said...

Jinggo
Langsung tak tercalon, mana boleh jadi dewa. Yang tercalon dua kategori dan sekarang jadi PLT tu paling layak.

BP
Terima kasih.

Tegezoot
Dah susah. Aku tak menang duit apa-apa pun.

Butaseni
Baca komen di Jinggo.

Ahcock
Wah.... hang sokong pendita rupanya.

Butaseni@Wan Raja said...

apa pun,kita tak hampa dengan keputusan tu.Bak kata ketua juri,Devian Dogma adalah satu persembahan yang cukup menarik dan berkonsep tinggi.tapi cara baru ini lebih sesuai untuk persembahan bagi mendidik teater kepada khalayak supaya mereka berfikir disamping berhibur,ia tidak sesuai untuk pertandingan.Set dan prop nya pulak berbentuk mobile dan terlalu ringkas yang memang sesuai untuk 'tour".Jadi kita perlu berbangga.

artisticklytouch said...

alah...bukan banyak sangat pun duit menang..pi kejaq solectron nu!! kepuk2 duk mai dah...kaya!! kaya!!

ada duit semua jadi..

Bunga Rampai said...

Merangkul satu anugerah dan dicalonkan dalam dua kategori. Satu kejayaan buat DD. Tahniah!

Teruskan usaha.

Salam.