Apa yang boleh aku puji pada kumpulan ini, ialah selain daripada pelakonnya yang layak masuk agensi modeling, mereka semuanya boleh berlakon. Tiada lakonan yang kaku atau dialog yang teratur lain macam, biarpun mereka ini kebanyakkan orang baru. Anomali yang paling besar, adalah pada pengarahan, teknikal dan pengurusan pentas. Visual Dato' Hassan dan Datin Limah, anak Nek Indun sedang bercerita kepada Karim dan Yati.
Mengarahkan sebuah karya yang banyak latar serta banyak kali tukar babak, memang sangat mencabar. Jika pengarah berkenaan bijak merancang, maka percaturannya akan menjadi dan persembahan itu akan jadi sempurna. Tapi jika sebaliknya, maka jahanamlah. Berlakon di dalam gelap adalah salah satu pantang larang di dalam pementasan teater. Keadaan sebaliknya jika pelakon sekadar membuat voice over di luar pentas, atau setidak-tidaknya voice over di dalam gelap. Tetapi jika ada aksi, reaksi dan dialog di dalam kawasan tanpa cahaya, maka ada yang tidak kena. Visual Fauzi cuba mengorat Suratman, orang yang mencari Nek Indun untuk dianugerahkan anugerah Srikandi Negara.
Begitu jugalah dengan pertukaran babak. Bila melibatkan set dan prop, sudah tentulah akan melibatkan tenaga kru. Tanpa raptai, keadaan boleh menjadi kelam kabut. Kontinuiti juga boleh lari jika pelakon tidak sedar apa yang mereka lakukan itu, boleh menyebabkan kru hilang punca, hingga tidak dapat membetulkan apa yang tidak kena. Perkara-perkara kecil seperti inilah yang boleh mencacatkan pementasan kerana menganggu konsentrasi audien. Audien akan mula ketawa dan tertanya-tanya. Visual Yang Berhormat, rakan seperjuangan Nek Indun sewaktu sebelum merdeka sedang memujuknya, yang sedang ditenangkan oleh Karim.
Selepas ini........ Sayang Sri Tanjung. Yang terakhir......................
11 comments:
Bila Mamu nak pi naik Haji?
Sebeb musabab yang ramai orang tunggu sampai habis mungkin kerana pelakon pompuannya cun cun belaka.hahahahahahahahahaha
jadual agak sendat... namun berjumpa pada malam final yakni pada 31julai......ber 'tema' pakaian kita
pelakon tahap model dan pada masa yg sama boleh berlakon? wau! jarang tu!
" Beta sukannya...beta mahukan kesemuanya..finger lickin gud"
Tegezoot
Ntah, aku bukan pak menakan dia.
Butaseni
Yaka.... aku pun tak sangka pelakon dia cun, sampai lah nak dekat habis. Muka tak nampak.
Ahcock
Ohh... hang kira mai nak ambik anugerah saja la.
Kamarul
Ada.... Nasha Aziz, Betty Benafe, Dynaz.... aaaa..... Maria Farida.... aaa...
hehehe....anugerah sri angkasa
recycle! bagusnya bergantung pada niat
mamu haji...belajar tak habis..ambil mayat kat belakang rumah....hehehehehehehe....
macam cerita pak pandir..
dulu i pun suka gak teater...ingat lagi sejarah Raja Pengemis dalam pertandingan teater di Matic...tapi itu dulu....
mayat scooby-do cam teater 'mati' tahun 1999 kat pekan negeri kedah ker?
Post a Comment