12 December 2005

Injak! Maka Beres - Ulasan Yang Terpulas


Pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas, aku telah menyaksikan raptai tak penuh produksi Injak! Maka Beres di The Actors Studio Greenhall. Walaupun raptai tak penuh, tapi aku kagum dengan usaha yang dilakukan oleh mereka. Dengan aktivis teater yang hebat seperti Izzardzafli (Awal & Mira), Megat Samsul (Di Mana Bumi Dipijak), Maizul Effendy (Misi serta Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Teater Kebangsaan 2003) serta Mislina Mustaffa (Bukak Api, Ombak Itu), aku sememangnya sudah menjangkakan persembahan yang mantap.

Tapi sayang sedikit kerana pada malam itu aku tak dapat melihat Mislina beraksi kerana beliau sibuk membantu pengarah Jamaludin Ahmed (Siti Zubaidah, Awal dan Mira, Waiting For Godot), kerana khabarnya pada malam persembahan, persembahan beliau memang memberangsangkan. Tanpa sebarang dialog, beliau membantu tempo persembahan dengan memastikan persembahan itu sentiasa bertenaga. Ishh….. rugi pula rasanya, tapi apa nak buat, komitmen lain memaksa aku melupakan hasrat murni aku itu.

Walaupun sekadar menonton raptai tak penuh, tapi aku terkasima dengan idea-idea teknikal mereka (memang tak dinafikan, aku ni tergolong di dalam kelompok technical freak). Dengan meletakkan dua kain hitam yang besar untuk melindungi dua pelakon di sebelah kiri dan kanan pentas, mereka berjaya menghasilkan bayang-bayang pemain yang mewakili id, ego dan superego watak utama. Kelakar memang kelakar, tapi kekadang aku terfikir, siapa yang menjadi watak utama; sang bayang-bayang atau sang watak utama. Kerana seringkali sang bayang-bayang itu memakan sang watak utama. Itu pun, belum lagi termasuk watak Mira, seorang perempuan yang sedang menunggu dan menunggu dan menunggu………

Mungkin sang bayang-bayang itu yang menjadi cerita utama, sedangkan bebelan Awal (watak utama) cuma sekadar bebelan semata-mata. Mungkin…. Mungkin dan seratus dan seribu kemungkinan, sukar untuk aku membuat kesimpulan dengan sekadar menonton raptai yang tak penuh. Tapi apa-apa pun, tahniah kerana berjaya memeriahkan lagi arena teater Melayu.

Dengar katanya, malam pertama cuma empat orang penonton. Kenapa ye?

Malam kedua……?

6 comments:

Anonymous said...

Akum!!

Sedih pula aku membaca keluhan dan rintihan seluruh tenaga produksi INJAK MAKA BERES ini, aku sebenarnya salah seorang penonton yang datang menonton pada hari pertama show. aku tak mahu cakap pasal crowd tapi aku nak ucapkan tahniah pada suluruh tenaga produksi kerana membuatkan pelaburan aku sebanyak RM 15 untuk tiket sangat berbaloi. aku tak tahu macam mana nak cakap sebuah show yang langsung tidak memberi aku ruang untuk menguap dan rasa mengantu. mengasak jiwa kecil ini dengan berbagai-bagai perasaan, bersilih ganti dan bercampur baur. menjadikan aku seorang penonton yang aktif dan rajin kerana terpaksa memberi perhatian kepada tiga fokus yang berbeza yang belaku serentak di atas pentas. artikal kes ERRA-YUSRI yang ditampal dpapantanda luar memudahkan aku untuk memahami show ini. aku suka endingnya, membongkar segala rahsia yang disimpan sepanjang show dan sangat2 menyentuh perasaan. show yang kaya nilai2 estetika dan sangat artistik. oleh kerana dah DIHALKAN aku akan jadi orang pertama yang mencedok sedikit idea dari show ini. Terima kasih pengarah artistik ;p .
sekali lagi syabas buat tenaga produksi 'INJAK MAKA BERES'

DEWA CINTA.

Pegawai Khalwat said...

Wahh...

Marah nampak? Atau kecewa?

Janganlah marah wahai cik Pengurus Produksi. Nak buat apa-apa kerja pun kita mesti sudah tahu apa risikonya dan kalau perkara yang melibatkan duit ni mesti ada untung ada rugi.

Memang pelik, memang jelik, sebab orang sanggup belanja RM10 untuk tengok Harry Potter & The Goblet Of Fire daripada sebuah produksi teater Melayu.

Tapi itulah senarionya di Penang, yang kita perlu faham dan kita perlu ubah. Memang akan ambil masa, tapi kalau bukan kita yang ubah, siapa lagi?

Dan janganlah marah penggiat lain yang tak hadir (kelepuak! aku pun rasa macam kena panah Apollo), kerana aku rasa masing-masing berkeinginan untuk hadir, tapi komitmen yang membatas.

Setuju, memang setuju yang kalau show free barulah boleh penuh panggung. Tapi inilah yang perlu kita didik masyarakat Penang agar tetap datang untuk menonton.

Suatu ketika dulu, show free pun orang tak ramai, tapi baguslah sekarang orang dah ramai hingga sesak panggung.

Hamba yakin tak lama lagi show berbayar pun akan penuh panggung. yang penting kita jangan putus asa dan sama-sama kita orang teater kena berusaha.

Jangan putus asa dan berbanyaklah bersabar. Sabar itu lif kejayaan. Nak naik dari tingkat satu ke tingkat atas mestilah tersangkut-sangkut sebab ramai yang berhenti nak naik. Kekadang lif rosak. Tapi selepas semua masalah, masih boleh naik juga, cuma sama ada cepat atau lambat.

Panjang kalo nak komen. Cukup la, nanti dalam sessi pertemuan mata ke mata bolehlah berbicara panjang.

Komen ini untuk semua juga....

Hidup Teater Melayu!

Hidup Teater Malaysia!

artisticklytouch said...

hmmmm...Miss Producer... baguslah, sekurang-kurangnya eh, bukan, selebih-lebihnya kau belajar sesuatuh. kita hanya akan belajar sesuatuh apabila kita dilanda kesusahan atau mengalami permasalahan atau yang paling selalu melakukan kesilapan. Dalam hal production ni aku tak tahu mana silapnya dengan crowd tapi kesimpulan aku inilah crowd penang yang masih belajar... belajar menghargai satu naskah seni. Mcm pegawai_khalwat kata, dulu citer free pun org tak hengen nak tgk skrg dah ok..... tpi dah jadi gila citer free la plak .... bila ajak Pegawai Kebudayaan Negeri Pulau Pinang berbincang dia kata:

"Haa...ummmpp....Ha...Ummmppp. tulah, mcm mana kita nak buat tu? aku nak btkr ke Kl dah hujung tahun ni."

hehehehehhe

anyway IMB memang bebest... mai la sini tengok kat TASGreenhall

Pegawai Khalwat said...

Injak! Maka Beres akan di restage malam ni. Mungkin aku berpeluang tengok malam ni.

Then only I can make my review.

Anonymous said...

ayaaaarrrkkkk!!!
sebuah show garapan luarbiasa???!!
watsay!!!wadda**!!
hhhhrmmm......
is this one of tos antirealist thing!!!
hrrmmmm....
man....
well let thos badut merah je plays..they are the real stars..at least they make me laugh!!my thought?hhrrmmm...let me keep it to myself...hrrmm...man!!!wadda..!!

Me

Pegawai Khalwat said...

Any counter comment anyone?