Kali ini aku berjaya menonton hingga habis Injak! Maka Beres setelah pementasan itu dipentaskan semula di The Actor's Studio Greenhall. Lega rasanya. Dan aku tak nafikan, pementasan itu memang kaya dengan nilai artistik yang menyejukkan pandangan mata. Dengan kekadaran teknikaliti di panggung berkenaan, Injak! Maka Beres dapat dipentaskan dengan menjemput rasa taksub di mata penonton.
Sessi balas cakap yang dibuat selepas itu sangat aku sokong kerana sangat bermanfaat dan membina. Kehadiran artis multi disiplin; Grafik, Teater, Seni Halus, Arca, Multimedia iaitu Hasnul J. Saidon banyak membuka gerbang kepada ilmu-ilmu baru yang pada aku boleh dilarutkan ke dalam proses pembikinan sesebuah produksi yang baik (tidak semestinya berjaya). Teori 'Get High With Kites' juga pada aku sangat relevan dalam konteks pelbagai perkara.
Kita abaikan Hasnul dulu, lain kali aku berkira. Kita bercakap tentang Injak! Maka Beres. Terus terang aku katakan bahawa pada awalnya sedikit sebanyak aku terganggu dengan kaedah tri-fokus yang diambil oleh pengarah. Tapi makin lama, aku sudah faham apa yang cuba dilakukan oleh pengarah. Sebagai audien, adalah menjadi hak audien untuk memilih, sama ada memilih untuk melihat emosi Mira dan mendengar sahaja bait-bait puitis Awal dan ngomelan Syaitan kembar, ataupun mungkin mengabaikan visual emosi Mira dan memfokuskan kepada Awal lalu cuba empati dirinya dan menyelami emosi Awal melalui kata-katanya, ataupun boleh saja mentafsir perbuatan-perbuatan bermakna oleh bayang-bayang Si Syaitan Kembar dan melupakan langsung Awal dan Mira.
Itu hak aku, hak audien yang diberi oleh pengarah yang membuatkan aku rasa terharu! Kerapkali kalau kita menonton sesebuah pementasan, kita pastinya akan diheret oleh arus penceritaan. Kita tak diberi peluang untuk memilih. Pilihan yang ada sekadar untuk menterjemahkan lapis-lapis konotasi-konotasi yang dihamburkan oleh penulis naskhah atau pengarah. Tapi dalam Injak! Maka Beres, aku diberi keistimewaan itu.
Tapi entahlah, aku bercakap bahasa aku. Bahasa orang lain mungkin lain pula. Kalau yang datang menonton itu adalah penganut fahaman yang berbeza, mungkin mereka akan menuduh pengarah produksi ini songsang. Teater yang tiada pemfokusan akan mengabaikan penonton. Secara peribadi aku setuju dengan pandangan itu, cuma kita perlu kenal pasti lapis audien kita jika kita mahukan sesuatu yang un-ortodoks seperti ini.
Bahasa yang digunakan dalam Injak! Maka Beres ini memang bombastik. Kalian boleh menonton pementasan ini laksana mendengar drama radio; pejam mata dan dengar apa yang hendak disampaikan. Sekali lagi, itu hak audien. Tapi seperti juga prinsip ekonomi, setiap perihal pasti ada kos melepas. Sekiranya kalian memilih untuk mendengar maka penglihatan kalian akan terabai, dan begitu juga sebaliknya.
Tahniah kepada pasukan produksi ini yang mementaskan semula teater mereka. Tahniah juga kerana jumlah penonton yang hadir telah meningkat hampir sekali ganda (daripada 6 orang pada malam pertama dan kedua kepada 11 orang pada malam ketiga). Satu peningkatan yang mendadak.
Aku rasa tidak perlulah aku yang naïf dan daif ini mengulas dengan terlalu dalam. Cukuplah perkara utama yang asyik merentap benak aku. Kerana mereka-mereka yang menjayakan pementasan ini pun bukan calang-calang manusia. Cuma menyampaikan rasa di hati.
Tegur-menegur itu baik untuk kesihatan.
Pendek kata, semua datang dari nawaitu. Tahu nawaitu kita dan kita boleh merancang kejayaan.
Selebihnya….adalah kuasaNya.

5 comments:
avant garde is french for bullshit
-- john lennon
Of course la, John Lennon is not French, thats why he said that.
And thats one of the reason he got shot.
rajin tul ko dlm dunia seni nie. aku memang ada minat tapi takde member......
Rajin kerana ada passion.
Kalo ko ada passion, ada minat, meh la join.
Seni ni banyak cabang, ko cabang apa?
Sebab dalam teater ni semua cabang boleh masuk.
Yok... kita memeriahkan seni!
kesiankan John Lennon, ustaz aku (masa sek. rendah) kata mati katak mcm tentera abrahah. anyway BEATLES rulesss...
betul chorpe, nawaitu penting... mcm aku dah byk kali bernawaitu utk wat entry tapi tak wat2 gak hehehehe sepi blog aku.
Injak rerun ni aku rasa kurang sikit tapi semua orang suka yang ini... hmmm... tapi ok la walaupun kureng still lebih tinggi kualitinya daripada pementasan yang sering disajikan di PP. kita tunggu OAC... Bangsawan Puteri SAadong???
Post a Comment