19 December 2005

Tak Menjadi Lagi! Tak Boleh Jadi!


Letih… letih aku. Bukan apa, nampak gayanya apa yang aku rancang berkebarangkalian tinggi tidak akan menjadi. Dengan varian yang pelbagai, aku rasa aku tidak akan dapat mementaskan Vakum tahun ni. Tapi aku tidak rasa menyesal atau bersalah kerana tidak menepati janji aku pada kalian, kerana ini berlaku akibat perubahan pembolehubah yang di luar kawalan aku.

Masih kelabu asap? Biar aku letakkan kipas pesawat Perang Dunia ke-2 untuk menghalau asap itu. Perancangan awal aku ialah untuk mementaskan Vakum ini di Manifestasi Teater/Festival Teater Peringkat Negeri. Kerana pementasan di program seumpama ini akan menjimatkan kos publisiti. Segala urusan publisiti akan dijalankan oleh penganjur, kebiasaannya Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara (sila semak, ini istilah baru yang aku dapat). Dan kebiasaannya juga, publisiti mereka ini tidak pernah mengecewakan kerana kehadiran audien di setiap pementasan tidak kurang daripda 80% kapasiti panggung (dibantu pula oleh prinsip masuk percuma).

Hal ini tidak mungkin berlaku sekarang kerana ura-uranya pada tahun hadapan cuma akan wujud Festival Teater Peringkat Kebangsaan. Manakala bagi peringkat negeri akan diadakan pada tahun berikutnya. Maka selanglah setahun bagi Festival Teater Kebangsaan dan Negeri. Natijahnya, tahun hadapan aku akan berhadapan dengan situasi pementasan sendiri, terpaksa mencari publisiti sendiri, dan terpaksa mencari audien sendiri.

Sebab itulah aku tidak jadi mementaskan Vakum. Kerana aku rasa kalian sendiri lebih arif dengan audien teater Melayu di Pulau Pinang, lebih suka pementasan percuma daripada yang berbayar. Dan oleh itu, aku tidak boleh mengambil risiko nama aku dan sahabat-sahabat aku dijenamakan dengan pementasan yang sesetengah orang tak faham (atau memang mereka yang sesetengah ini tak mahu nak cuba faham), kerana itu bukan cara yang sihat untuk mengekalkan pengikut teater.

Biarlah aku dan sabahat-sabahat aku bermain dengan karya provokasi minda yang menuntut kerahan otak di ruang yang sudah pasti ada penonton, daripada menjauhkan potensi mendapatkan audien dalam jangka panjang. Setelah aku yakin yang mereka telah bersedia, maka kami pun bersedia.

Jadinya, sebagai menggantikan Vakum, aku berkemungkinan besar (juga masih dalam perancangan) akan mementaskan sebuah Purbawara Kontemporari (seperti dalam entry aku sebelum ini, sudah dibincangkan) yang bertajuk (juga tajuk sementara) Neraka Petualang. Vakum? Akan aku bawa ke tahun yang berikutnya.

Tunggu….. aku akan bercakap tentang Neraka Petualang bila-bila masa.

15 comments:

jiGOMorrison said...

Kau rasa kalau bikin skrip adaptasi boleh jalan tak? Adaptasi dari skrip luar negara tapi diberi latar setempat. Macam "Macbeth" tapi ditukar jadi "Mak Beh" dengan latar Sarawak.

Anyway, kau selalu check e-mail tak? Aku ingat saja nak tukar-tukar pendapat dengan kau. Kalau ada masa.

Pegawai Khalwat said...

Aku selalu cek e-mail.

Dan aku selalu juga cek komen kat situs ni walau aku takdak entry.

Mana-mana pun bole, dan aku alu-alukan sangat nak bertukar pendapat dengan aku dan sahabat-sahabat sini.

Skrip adaptasi ni boleh jalan, asal kau dah set nawaitu kau, misalnya:

1. Show untuk suara hati kau
2. Show untuk audien
3. Show untuk seronok dengan kawan2
4. Show untuk duit
5. Show untuk entertain audien
6. Show nak test power/test market
7. Dan lain-lain lagilah......

Sebab ada mazhab (dan aku kenal ada pemegang mazhab tu di sini) yang mengharamkan adaptasi. Ada pula yang lebih terbuka.

Tapi kena tengok nawaitu kau. Kalau setakat mahu mencuba, memang boleh jalan, tapi takut audien pun jalan.

Kalau kau berorientasikan audien, pun aku rasa boleh jalan, dengan menyerapkan intipati cerita itu saja, dan sesuaikan dengan audien kau.

Aku pernah mencuba mengadaptasi Mayat, ditukar kepada "Death Of Zeus; Chaos in Mout Olympus" dan diterima baik oleh audien di sini (maksud aku audien percuma dan pementasan berbentuk sitkom). Tapi aku kekalkan intipati cerita, point-point dalam skrip dan sebagainya.

Panjang kalau nak cerita ni. Tapi, pendek kata, memang boleh jalan kalau kau nak jadikan Macbeth ke Mak Beh. Cuma perlu sesuaikan penerimaan audien. Audien Sarawak mungkin tak sama dengan audien Tanjung.

Ada komen lain? Sahibul sekalian?

jiGOMorrison said...

Bro,
Macbeth bertukar jadi Mak Beh memang orang dah pernah buat. Kalau tak salah aku, Marzuki(?).

Tapi aku berpendapat, susah nak hidupkan teater di Malaysia ni. Nak percuma dan nak gelak-gelak. Kalau tak ada dua faktor ni, tak jalan.

Melainkan kalau kau pentaskan di Universiti. Tapi tu pun ramai pelajarnya yang lebih dangkal dari orang-orang yang mahu percuma sahaja.

Apa kata kau?

Pegawai Khalwat said...

Dah ada orang buat? Maaflah, aku ni memang naif dan daif sikit.

Aku setuju kalo kau kata orang lebih suka cerita yang nak gelak-gelak dan percuma. Tapi sebagai permulaan atau dimulakan kembali, itulah mediumnya sambil diinject dengan elemen-elemen seni seperti falsafah, nilai estetika, anti-realis, kebangsawanan/kepurbawaraan, etc. sebagai pengenalan kepada mereka ini.

Aku harap dalam masa beberapa tahun (mungkin lebih awal jika pementasan lebih kerap dan orang yang sama juga menonton), mereka ini akan dapat menerima cerita-cerita yang bukan lawak semata-mata.

Lagi satu, buat kat IPT pun bang, lebih kurang sama saja. Yang datang lebih ramai kerana terpaksa mencari markah atau attendance daripada kerana minat atau kerana mahu belajar. Harapnya tak semua IPT macam tu. Dangkal tu lain persoalannya kalau dia mahu belajar dan bertanya. Kalau tidak pada produksi, setidak-tidaknya menjadi perbincangan ilmiah antara rakan-rakan ataupun paling kurang roommate.

Kau di sana bagaimana?

jiGOMorrison said...

Maaf, aku BUKAN LAGI penggiat seni. Cuma sebab dah pernah belajar pasal ni semua masa di IPT. Itu yang buat aku kembali bersemangat.

Bekerja pula di padang yang lain, cuma sesekali terasa juga giannya.

Anti-realis maksud kau yang bagaimana? Absurd? Minimalis?

Pernah cuba hidangkan teater minimalis pada khalayak?

Pegawai Khalwat said...

Entahlah...

Aku ni daif dan naif seni. Setahu aku apa yang aku buat lebih kepada experimental. Anti-realis tidak mencapai tahap absurdity. Minimalis mungkin ya.

Kau mungkin belajar di lapangan ini tapi berada di lapangan lain. Aku pula berada di lapangan lain, tapi kini berada di lapangan ini. Tapi aku cuma bergerak sebagai NGO dan individu.

Aku tak belajar apa-apa tentang teater. Yang aku tahu cuma disiplin pentas, itupun melalui pengalaman mengikut produksi.

Yang ada cuma passion untuk memartabatkan seni kita. Agar kita tak terus-menerus dibelengu globalisasi. Pada aku, biarlah kita punya identiti sendiri. Kalau di barat ada broadway, kita ada bangsawan. Di sana ada anti-realis, di sini pun ada anti-realis tapi dengan acuan kita sendiri.

Kau ada ilmu, kau turunkanlah pada kami yang dangkal ni. Agar boleh kami praktikkan dan sebarkan.

jiGOMorrison said...

Apa yang aku cuba fahamkan, mahzab kau ini seperti analogi ini.

Buat ikut acuan kita sendiri. Metallica buat konsert bersama okestra? Kita di sini, ada kumpulan rock (Search, contohnya) yang buat begitu juga. Tapi okestra bukan datang dari belah sini. Yang ada gamelan, dikir barat. Dan kau berpendapat, kenapa tak ada kumpulan rock kita yang buat konsert bersama gamelan atau dikir barat?

Ok, kita keluar dari analogi ini. Menyimpang jauh dari analogi di atas sebenarnya. Aku berpegang pada mahzab tapi ada bagusnya kalau kita cuba menyatukan timur dan barat. Mencuba apa yang tak pernah dibuat sebelum ni.

Seperti kata kau, kita ada bangsawan yang pada aku lebih menghampiri aliran realisma. Maksud aku, dari segi penataan pentas.

Kalau kau mahu bereksperimentasi, bagaimana kalau kau gunakan pentas minimalis saja? Atau dialognya yang lebih minimal.

Sekadar mencadangkan, tak perlu diikut kalau tidak praktikal.

jiGOMorrison said...

Atau pernah kau bayangkan Hamlet dibuat atas pentas bangsawan? Dengan pantun dan gurindam?

Pegawai Khalwat said...

Minimalis bagus. Tapi aku tak rasa target audien aku bersedia dengan dialog yang minimalis. Kecuali dialog itu bernada realism.

Dan aku sangat bersetuju dengan fusion timur barat yang kau maksudkan. Mungkin ada yang kata aku melacurkan budaya, tapi malangnya budaya sudahpun terlacur dengan asimilasi globalisasi.

Pada aku, biarlah kita cuba menarik kembali perhatian generasi baru dengan cara ini, setidak-tidaknya kita merapatkan mereka kembali kepada akar kita.

Aku pernah bayangkan Hamlet di atas pentas bangsawan, atau Laksamana Bentan di atas pentas broadway. Tapi pada keadaan sekarang, sensitiviti bangsawan masih tajam. Baik aku tak menjolok sarang tebuan.

Untuk pengetahuan kau, kita ada kumpulan rock Malaysia, Metalasia yang pernah buat persembahan dengan gamelan kat IB.

artisticklytouch said...

wah Macbeth berirama Malaysia... hmmm best gak idea ko tuh 786 (sori, maleh nak eja pjg2 - hope it convey the same meaning). Anyway seingat aku, Marzuki Ali ada mementaskan sebuah adaptasi karya Shakespeare iaitu Julius Ceasar yang diadaptasi kepada perjalanan hidup masyarakat iban di sarawak. dipentaskan di Panggung Eksperimen KBN pada tahun 1997.

The actors studio juga selalu membuat adaptasi karya2 shakespeare seperti Romi dan Joo Lee (Romeo & Juliet), Merchant of Venice (latar cerita asal adalah perselisihan budaya antara yahudi n kristian di eropah ditukar kepada antara cina n melayu d m'sia), GEDEBE karya Namron juga adalah sebuah hasil adaptasi daripada karya Shakespeare.

Lecturer aku pernah mengingatkan, jgn tiru bulat2 apa yg dilakukan oleh shakespeare (pd masa e2 kami membincangkan karya2 shakespeare utk dipentaskan) cuba adaptasikannya kepada suasana dan masyarakat setempat kerana mereka yang akan menontonnya bukan Her Queen of England hehehhe ....

aku berminat dengan idea sebuah pementasan yang bersifat minimalis. minimal setingnya, lakonannya, pencahayaannya dan segalanya... bila ini berlaku seakan ada sesuatu misteri yang menyelebungi naskah itu jadi penonton tidak akan dapat satu malah bermacam2 mesej bergantung kepada tahap pemikiran mereka. Namun khalayak di Penang ini belum sampai situ lagi - by the way, 786, ko di mana? - but as pegawai_khalwat said... theres always a start...

jgn takut untuk membuat sebuah teater gelak2 kerana teater komedi adalah saluran yang paling baik untuk menyampaikan mesej. seperti pernah berlaku kepada pementasan THE 2ND 1ST ANNUAL BOLEHWOOD AWARDS oleh ICT di TASBangsar dua thn lalu, teater ini adalah sebuah naskah komedi yang menhentam sesiapa sahaja namun sesiapa sahaja datang menonton juga... kiranya menegur dalam sinis la. Ha, yg ini aku terima tapi kalau buat lawak senario, slapstik tahap badol... hmmmm.... org gelak pastuh balik...

anyway... aku pun nak join gak korang punya perbincangan ni... let me know the update k... 786, mai la visit blog aku plak... heheheh but no latest entry la - writers blok la.

kalau kau ada d penang bleh aku offer TASGreenhall utk ko buat pementasan hehehhe semua bisa diurus n tertakluk kepada perbincangan

da

jiGOMorrison said...

Bagus! Sorang lagi ahli diskusi dah join.

Fusion budaya dalam teater ni menarik kalau dibincangkan panjang lebar tapi bila nak dihidangkan tu yang susah. Sejauh mana kita perlu bertoleransi dengan fusion ni semua?

Pegawai,
Metalasia dan gamelan tu first time aku dengar la. Aku dah banyak slow down sekarang ni. Hah!

Art,
minta maaf! Terima kasih atas tawaran, tapi kalau aku nak buat pementasan memang tak bolehlah. Aku bukan ada kaki. Kabel pun tiada.

Tapi kalau kau nak aku bagi skrip untuk kau pentaskan, insyaAllah aku boleh usahakan. Tapi skrip adaptasi sajalah. Meniru sambil belajar.

Aku pengikut minimalis aliran Pinter. Beckett pun suka juga, tapi aku faham, teater absurd tak selalunya mendapat tempat di belah sini.

Teater minimalis jangan disalahtafsirkan sebagai teater miskin (zuhud, barangkali!), tapi untuk eksperimentasi, apa salahnya. Namun teknikaliti pentas kalau diabaikan, mesej yang padu pun lambat ditangkap.

Aku setuju untuk menyuntikkan jenaka dalam teater. Filem arwah P. Ramlee pun ada lawak dalam tragedinya. Dan memang tepat sekali, orang lebih suka ketawa daripada menangis.

Dan yang paling bagus, masa tengah-tengah seronok ketawa tiba-tiba mereka terfikir, "Alamak! Kena sindir lagi aku nampaknya."

Cuma tak seronoknya, ketawa ni buat orang mudah lupa!

Ha ha!!

Pegawai Khalwat said...

Toleransi pada aku bukan kepada fusion. Tapi kepada audien. Kalau kita boleh dapat audien dengan paksa rela datang tengok tiap kali ada pementasan sebegini, rasanya tak jadi masalah bagi mana-mana pementasan. Tapi kesan jangka panjang.

Aku setuju dengan apa yang Art kata dan apa yang kau kata. Kadangkala bila terlalu asyik ketawa, tak ramai yang sedar mereka disindir. Kalau yang sedarpun kelak ada yang terlupa.

Tapi kalau menghentam depan batang hidung, esok lusa yang terhentam tu barangkali tak datang lagi menonton akibat terasa makan cabai.

Kuranglah lagi masyarakat yang celik teater. Kecualilah yang terhentam tu sedia menerima dengan hati terbuka.

Kalau kau ada skrip, hulurkanlah pada kami ni. Kami ni mengumpul skrip independen. harapnya boleh dibukukan nanti. Tapi kami tak bolehlah nak janjikan royalti. Faham2lah no!

artisticklytouch said...

ko tak ada kaki 786? OKU ke? hehehehe I understand, apa kata gunakan kakitangan n kabel mabel aku n pegawai utk ko beraksi tapi kakitangan kami bermastautin kat Penang la. Diaorang anytime tambah2 kalau pegawai yg kuar arahan... pegawailah katakan...

Skrip2 absurd ko kena bagi pada pegawai.. dia lagi fhm, aku ni meng'anti-realist'kan skrip realist pandai la.

Anyway, emailkan skrip ittew ke greenhall@theactorsstudio.com.my nescaya aku akan considerkan & share dgn pegawai.

jiGOMorrison said...

Pegawai,
Aku ada email skrip untuk kau pertimbangkan.

Pegawai Khalwat said...

Tq, skrip udah diterima. Mungkin ambil masa untuk dibaca.